Air Batu Campur Aqilsha , sedap woi !

Ni kali kedua aku gi kedai ni.. Dua dua sebab aku nak ke Klinik Kerajaan Salak Lama. , Sepang. Aku lama dah nak singgah kedai ni. Apa yang menyebabkan aku nak singgah sini , disebabkan jiran aku punya cerita laa.. dia kata kedai ni sedap nasi ayam dia ! Aku malas dah nak gi satu restoran kat tempat aku ni yang jual nasi ayam. Ayam dia kedekut aih. Harga pun bukan murah mana.. sekurangnya kasi la ayam banyak skit apatah lagi bila kita order banyak. Huhuhu.. Insaf tak nak gi restoran tu ! 
Dan Aqilsha ni jadi pilihan aku sekarang. Kat sini ada jugak jual Laksa Kedah ori.. memang terasa cili arr... Ada jugal bihun sup ! Kena makan panas panas ... huhu. Dan killer dia ialah coconut shake dan ABC ! Power beb !  Harga RM4 ! Tarak kedekut punya arr... Kandungan banyak tuuu.. Aku makan sampai beku la pala otak aku ! Hahaha.. Mengigil kesejukkan gituuu... 



Aku post dalam group Facebook Sepang / NIlai... rupanya ramai dah tau pasal kedai ni ! Memang dah legend laaa eh ? Huhuh.. Aku je la yang tak tau.. dan ramai lagi ! Ari ni plan nak gi lagi... hahahaha.. Nak beli laksa Kedah dia gak !
Ikutkan sedap kalau makan kat situ tapi dengan anak anak.. payah skit la.. heheeee.. Tak pasti malam bukak ke tak.. kalau bukak malam , pekena ABC ni , memang tumbang kat situ gak laa.. Sejuukkkk ! 

12 ulasan:

  1. Selalu sangat lalu sini tapi tak pernah beli, hari ni akan pi jugak! Hehehee, terliur aihhh tengok ABC tu.

    BalasPadam
  2. aben memang mengundang betul. ggrrrrr

    BalasPadam
  3. menggiurkan...aben ni memang tau...

    BalasPadam
  4. Kedai ni memang terbaik. Dr dia niaga tepi jalan dekat Taman Desa Bestari lagi.

    BalasPadam
  5. Fuh kalau gitu memang puas hati...sebab banyak tu isinya..sebab yang ada ABC kurang isi...kakau nak tambah kacang merah atau jagung harga lain...

    BalasPadam
  6. tengah panas dapat abc gini siyes sedappp

    BalasPadam
  7. dappnyaa.. gambar dalam mangkuk takda ka? hehe

    BalasPadam
  8. Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema. TQ.

    https://tipsrawateczema.blogspot.my/

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI