Akhirnya wife tewas dengan aku !

Hehehehe.... Yesss ! Dia benarkan aku belikan Qhaliff dan Zahra , arnab. Qhaliff  dok mintak nak 'bunny , bunny' .. selepas balik dari Farm In The City  , baru baru ni. Adik perempuan aku lak tau mana nak dapat arnab tu.. huhu..
Suka betul dia kejar arnab tu.. tak pernah dia nak mintak bela binatang.. ni pertama kali.
Dan akhirnya... aku tunaikan hasratnya , dengan izin ibunya. Heee.. Dia tak tau lagi. Esok pasti dia akan teruja punya bila anak anak arnab ni dibawa pulang ke rumah dan aku , boleh la pergi ke New Zealand dengan tenang.. Diorang ada teman bermain di rumah nanti.. Tak la boring nanti.. huhu ..
Dua ekor.. comel. Baru berusia sebulan.
Sorang satu.. Aariz tak boleh lagi. Dia tak tau nak belai binatang lagi.. Dipijaknya nanti ada la ! Kan leh caya Aariz tu. Harap muka comel jer.. tapi penuh agenda tersembunyi.  Huhuh.. Masih buntu aku. Nak letak nama apa eh ?? Sepasang ni... Cadangan korang ?

11 ulasan:

  1. Comelnya. Suruh Qhalif namakan satu. Zahra satu. Silap2 Zahra bagi nama salah satu karakter Pony. Ngeh2

    BalasPadam
  2. Seronok lah anak2 nanti, comel betul. Aariz belum paham, nanti dipicitnya rabbit.. Hehe. Bolehlah daddy g NZ dengan lebih tenang yer..

    BalasPadam
  3. Conmelnya! Anak² saya pun nak gak bela binatang ni tapi maknya tak mau, hehehee!

    BalasPadam
  4. comel jer rebit tu...hihhi..kalau bela dari kecik, ok sikit..senang nak jinakkan.. kalau bela yg besar, kene hati2 sbb dia kalau gigit, lagi sakit dan beria dari kucing gigit... ikut pengalaman member yg bela rebit la.. hihih

    BalasPadam
  5. Salam kenal dari awak..

    http://www.mygreencanyon.com/2014/08/biaya-body-rafting-green-canyon.html?m=1

    BalasPadam
  6. Sepasang ya,,jantan betina..kalau serasi boleh membiak ni..comelnya la..

    BalasPadam
  7. Wahh beli arnab dah.. ok laa boleh laa diaorang layan main2 ngan arnab nanti..

    BalasPadam
  8. seko nama ben. seko lg nama matgebu hehehe

    BalasPadam
  9. salam tuan..beli rabbit dimana? mcm adik saya punya je...? hehehe. adik saya pun baru je let go 2 ekor baby rabbit..or kbetulan je kot.. best wooo bela rabbit.. dari 2 ekor, skrang adik saya dah ada 20ekor rabbit mcm2 spesis... :)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.