Antara LG V30 dan Samsung Galaxy Note 8 !

Hurmm... tengok di Youtube , video mengenai kedua dua phone ni.. LG V30 dan Samsung Galaxy Note 8. Hurmmm.. Kedua duanya baru je dilancarkan baru baru ni. Dan aku tengok spesifikasi dan juga kelebihan masing masing.. 

Secara jujurnya , aku terpikat dengan aplikasi LG V30 yang ditunjukkan di dalam Youtube yang mana memenuhi kehendak aku tetapi Samsung Galaxy Note 8 , lebih aku minat sebab ada S Pen dan semakin gempak penggunaannya.  Dari segi spesifikasinya , ke dua duanya tak jauh beza dan kebanyakkan telefon pintar berkelas tinggi , memang lebih kurang je cuma yang membezakan ialah aplikasi yang khas untuk mereka dan juga rekabentuk. 
Antara kedua dua ni , kalau korang tanya aku la kan.. andai ada orang nak kasi percuma , mana satu aku nak ? Antara kedua dua ni , aku pilih Samsung Galaxy Note 8 sebab aku nak mudahkan kerja aku.. aku perlukan S Pen. Kalau tanpa S Pen , aku punya Sony Xperia XZ Premium pon dah gempak dah.. 
Tapi ada satu masalah lagi.. hahahaha.. Tak lama lagi , Iphone pon keluar dah yang terbaru ! Hahaha.. Perang dah wehh. Cuma masalah sekarang ialah.. telefon pintar yang gempak gempak ni , harganya dha lebih RM3K. Ini bukan sebab gempaknya phone tu tapi nilai matawang kita yang semakin.. hurm.. 
Makanya, hasrat aku nak beli Note 8 ni , aku pendam je la.. Terlalu banyak komitmen kebelakangan ni. Nak gi gym pon kena pk banyak kali.. hurm... 
Ada yang nak belanja ke Samsung Galaxy Note 8 ni ?

4 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.