Bermasalah dengan usus ? Buang air besar tak lawas ? Sembelit ? Heeee.. Cubalah Clean 8 !

by - Rabu, September 06, 2017

Aku suka makan. Aku tahu korang pon , kan ? Tapi berapa ramai yg pengambilan pemakanannya tu , betul ? Maksud aku , ada serat dan sebagainya bagi tujuan 'nak memudahkan pembuangan hampas' dalam tubuh badan tu ? Haaa.. tak ramai yang tahu kan ? Tau bedal jer ! Kan kan ? 
Aku nak buat persediaan untuk ke New Zealand sebenarnya. Nak gi ngan perut yang stabil. Dan ditambah lagi dengan makan macam macam masa di Kelantan , perut aku memang rasa tak sedap. Membuang pun tak puas ! Huhuhu.. 
Tahu tak korang yang sistem penghadaman boleh mempengaruhi warna kulit korang , kekerapan korang jatuh sakit, dan juga mood korang ? Selepas otak, sistem penghadaman manusia adalah sama seperti pusat kawalan kedua! Perut tak sedap , mood hancur.. kan kan ? 
Masalah penghadaman bermula apabila usus kita kotor. Di dalam sistem penghadaman ini terletak satu organ yang dinamakan usus besar atau kolon yang memainkan peranan penting menghantar vitamin dan mineral ke seluruh tubuh. Adalah amat penting dan kritikal untuk kita terus melindungi dan memastikan usus dalam keadaan bersih supaya kesemua sistem dalam badan kita dapat berfungsi dengan lancar.
Hampir 80 peratus daripada rakyat di seluruh dunia menderita akibat daripada keadaan usus yang tidak sihat. Ini mendorong kepada keadaan sistem penghadaman tidak sihat yang berkemungkinan menjangkiti tubuh badan.
Usus kita umpama tempat kita melonggokkan semua bahan yang kita makan dan mereka terpaksa melakukan kerja-kerja kotor untuk mengasingkan bahan yang diperlukan dan bahan buangan. Sehingga satu tahap persekitarannya menjadi terlalu kotor. Apabila berlaku masalah penghadaman. Nutrisi tidak dapat diserap dan akan digunakan oleh bakteria dalam najis. Ini menyebabkan penghasilan gas yang banyak dan ianya terkumpul dalam najis.

Berikut adalah punca mengapa masalah pencernaan atau penghadaman ini berlaku :
  • Diet yang tak sihat. Kurang mengambil serat seperti buah dan sayur. Banyak makan makanan proses. Pengambilan garam dan gula secara berlebihan.
  • Stress. Mungkin tekanan kerja yang melampau sehingga terbawa-bawa ke rumah.
  • Pengambilan Antibiotik yang berlebihan boleh mengancam bakteria baik dalam tubuh.
  • Merokok dan minum alkohol. Perlu lagi ke penjelasan tentang ini?
  • Toksin daripada alam sekeliling. Zaman moden ini menyebabkan kita terdedah kepada radikal bebas yang merosakkan sel tubuh seperti pencemaran air, radiasi bahan kimia, logam dan raksa.
  • Penggunaan racun serangga dan rumpai yang disembur kepada buah dan sayur yang kita makan.
  • Tabiat makan yang tak suka mengunyah makanan lumat-lumat. Kunyah sedikit dan terus telan sahaja makanan. Ini boleh menyebabkan perut senak, kembung, angin dan sembelit
Tanda-Tanda  Usus Bermasalah!
Berikut adalah simptom yang korang perlu ambil berat untuk mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah ini sebelum menjadi parah : 
  • Selalu berasa pening kepala atas sebab yang tak diketahui.
  • Rasa sakit belakang atau sakit-sakit sendi.
  • Rasa susah untuk bernafas kerana sistem pernafasan terganggu.
  • Masalah sinus atau bau badan yang tengit.
  • Nafas berbau dan lidah rasa kelat.
  • Alergik terhadap makanan.
  • Susah nak membuang air. Sembelit kronik.
  • Perut kembung dan selalu gastrik.
  • Rasa letih, stress dan tidak selesa dengan tubuh.
  • Berat badan naik tanpa sebab walaupun makan sedikit.
Cara Semulajadi Untuk Bersihkan Usus :
  1. Ubah Tabiat Makanan -Makanlah lebih banyak serat daripada sumber sayuran dan buah-buahan. Ambil 20-35 gram serat sehari untuk menyapu bersih sampah dalam usus dan menurunkan berat badan.
  2. Minum Lebih Banyar Air Masak - Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari kerana air membantu proses pencernaan berjalan lancar sekaligus membebaskan usus dari kotoran yang tidak diingini.
  3. Ubah Gaya Hidup -  Lakukan lebih banyak aktiviti fizikal selama 30 minit sehari. Gaya hidup aktif akan meningkatkan metabolisme badan dan membakar lebih banyak kalori. 
Sebelum ni , aku amik satu produk untuk bersihkan usus aku ni. Tapi tak larat laa nak ulang alik tandas. Satu lagi , bila membuang pon terasa pedih jer gitu. Pastu , lapar semacam ! Haaa.. Mula la makan banyak balik . Ni dah salah la kan ? Huhuhu.. 
Dan baru baru ni aku ternampak satu iklan di Facebook. Sebenarnya lama dah aku nampak cuma lom tergerak hati nak mencubanya. Apa yang menarik perhatian aku ialah penggunaan herba. Aku pun pm laaaa.. tanya lebih lanjut. 
Menurutnya , beberapa herba digunakannya dan kelebihan herba herba tu seperti berikut : 

Ekstrak Aloe Barbadensis 
Digunakan untuk merangsang sistem imun, membantu fungsi usus dengan memperbaiki sistem penghadaman dan membuang kerak usus serta bakteria jahat dalam saluran usus. Herba jenis pekatan getah aloe kering semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak daun Lidah Buaya. Aloe Vera sememangnya terkenal bertindak sebagai pelega kesakitan, malah kandungan analgesik dalam asid salisilik tumbuhan ini sangat bagus untuk usus manusia.

Radix Aucklandia Lappa
Bahan semulajadi ini digunakan untuk masalah diarrhea,radang usus dengan tenesmus(masalah cirit secara mengejut)yang berlaku di bahagian usus besar. Bahan ini adalah baik untuk menggalakkan fungsi dan pergerakan usus besar juga bagus untuk mereka yang sering menghadapi kesukaran untuk membuang air besar dan tenesmus. Masalah usus besar seperti cirit-birit dan disentri dengan tenesmus, oleh itu Radix Aucklandia Lappa ini lazimnya digabungkan dengan herba tradisional China iaitu herba Huang Lian sebagai ejen untuk tindakan membuang kelembapan seperti lebihan cecair, dan menghentikan disentri.

Radix et Rhizoma Rheum palmatum
Herba ini digunakan untuk sembelit, masalah usus berkaitan pengumpulan tinja dalam usus. Herba pahit dan bersifat egen penyejuk ini mempunyai tindakan melawaskan pembuangan air besar sekaligus mengelakkan pengumpulan sisa dalam usus besar. Jadi ia merupakan herba yang penting untuk merawat sembelit yang berpunca pengumpulan sisa najis. Kehadiran najis dalam jumlah besar di bahagian usus akan juga menambahkan gas dan juga suhu dalaman disertai dengan demam panas, masalah keresahan dan akhirnya menyebabkan kesan perut kembung. Herba ini boleh digabungkan dengan beberapa jenis herba fungsi sama bagi menangani simpton yang berbeza.

Radix Polygonum Multiflorum
Herba ini digunakan untuk melancarkan proses pembuangan najis dengan cara ia akan melembabkan usus, dan meningkatkan kemampuan ritma pergerakan usus. Herba ini sangat sesuai untuk sembelit yang disebabkan kekurangan darah atau masalah usus menjadi kering dan kesat. Keistimewaan herba ini ia boleh digunakan secara tunggal atau digabungkan dengan herba lain untuk tujuan sama meningkatkan darah dan dan mencegah kekeringan bahagian usus besar.

Semen Cassia Obtusifolia
Herba ini pula berkesan untuk masalah sembelit yang akan menyebabkan kehilangan air di peringkat usus besar. Usus besar biasanya secara sendirinya menyerap cecairbdari tinja dan sembelit adalah kerana penyerapan itu sendiri.Fungsi herba ini sebagai bahan laksatif yang memudahkan proses pembuangan najis. Lazimnya digabungkan dengan herba yang mempunyai fungsi pelawas dan memberi kelegaan untuk sembelit yang disebabkan penyerapan melampau air dari sisa buangan hingga menyebabkan najis mengeras dan turut menaikkan suhu dalam usus. Kajian penyelidikan moden menunjukkan bahawa ia turut mempunyai tindakan menurunkan tekanan darah dan lipid pada darah. Herba ini juga berkesan untuk masalah darah tinggi dan hiperlipidemia.

Folium Cassia Angustifolia
Herba ini bertindak sebagai ejen penyejuk dan sangat berguna apabila timbul simpton perut berasa panas akibat sembelit disebabkan pengumpulan najis yang mengeras. Selain itu, keistimewaan herba ini adalah dapat membersihkan saluran usus secara berkesan. Ia boleh diambil secara tunggal, atau digabungkan dengan herba bersesuaian untuk saling meningkatkan tindakan pemulihan dan rawatan

Aku pun order laaa... Sekejap je dapat ! Hehehe.. Terbaik servis dia. 
Clean 8 sangat bagus untuk :
  1. Turun berat badan (selepas usus bersih)
  2. Bantu buang toksik di dalam usus
  3. Bersihkan kerak-kerak usus
  4. Keluarkan lemak berlebihan
  5. Keluarkan kotoran dalaman & makanan x hadam 
  6. Atasi masalah sembelit dan angin
  7. Bantu kurangkan berat badan
  8. Badan lbh bertenaga sebab toksin telah di buang. Nutrien baik dlm usus dpt serap dlm darah dgn baik
  9. Dan yang paling penting kempiskan perut boroi
Sebotol Clean8 mengandungi 60 kapsul, dimakan 2 kali sehari. Jadi ia dapat digunakan untuk sebulan. Memang jimat dan mudah kerana tak perlu bancuh. Tu yang penting tu. Tak yah bancuh. Heheheh. .Mudah dibawa ke mana mana saja.
Aku dah cuba.. Dan awal paginya , legaaaa ! Bukanlah aku nak bergantung dengan menda menda gini tapi untuk permulaan selepas aktiviti  harian aku tak beberapa terurus dek sebab dapat baby baru.. Nanti dah ok , aku jaga balik pemakanan dan juga kena ubah gaya hidup aku seperti dulu dulu.. g gym balik ! Hehehehe.. Tapi buat masa sekarang , aku kena jaga makan dan kawal berat badan. Tapi kalau usus tak ok , takda mood wooo !
Alhamdulillah.. Selepas amik dua kali , terasa lega usus aku. Tapi menurut En.Farhan , selepas seminggu dua baru akan nampak kesannya. InshaAllah. Nak tau lagi pasal Clean 8 atau nak order , boleh je whatsapp ke +60 14-508 0559 .  Harga promosi , RM100 . Abis promosi , RM130. 
Jangan risau.. ada sijil KKM yer.
Jangan tunggu sakit baru order yer. Usus sihat , minda pon cergas. Eh ? Heee.. Yang penting , legaaa !

You May Also Like

14 comments

  1. Saya amalkan teh hijau organik je untuk lawas.
    Tapi pil ni nampak menarik sebab gunakan herba, jadi takdelah kesan sampingan yang teruk kan?

    BalasPadam
  2. sedang mengalami simptom di atas. adehh..nak kena beli ni

    BalasPadam
  3. hari hari membuang, tapi dua tiga kali gak, tu kire tak lawas ke camne hihihi

    BalasPadam
  4. yes...usus sihat bila pembuangan lawas....so kenalah dapatkan sebotol

    BalasPadam
  5. Buang air besar dan kencing tk lawas. Bila buang air kecil rasa sakit di bahagian zakar

    BalasPadam
  6. Buang air besar dan kencing tk lawas. Bila buang air kecil rasa sakit di bahagian zakar

    BalasPadam
  7. pesakit buah pinggang boleh makan ke?

    BalasPadam
  8. Saya susah membuang perut keras semacam dan usus terasa luka kalau tidak lawas..saya pernah mendapatkan rawatan doktor pakar sdh buat colonscopy dan endoscopy sembelit blum tahap kronik tapi ada luka ddlm..

    BalasPadam
  9. Brp harga 1 botol dan macamana cara order

    BalasPadam
  10. Pesakit. Buah pingang boleh makan ke

    BalasPadam