Bersungguh mereka melaknat orang lain !

by - Isnin, September 25, 2017

Hurm... makin hilang selera dengan dunia media sosialkah aku sebenarnya ? Bila terlihat posting posting yang kena dek mata mereka , akan adalah komen komen yang bukan saja negatif tetapi ada yang sampai memaki hamun seolah olah dia seorang insan terpuji gitu ! 
Kekadang aku rasa aku dah tak mampu nak baca semua ni.. Dunia media sosial semakin hilang serinya ! Kalau dulu , nak buat bisnis di media sosial ni , memang digalakkan sama sekali tetapi sekarang ni... baik meniaga depan umah je la. Tak kaya pon tak pe laaa ! Itu bisik hati aku... 
Aku tak la kata aku punya posting bagus bagus... tapi aku tak la komen kat status terbuka dengan id palsu kemudian memaki hamun ! Dia rasa dia tukar id , Allah tak kenal dia kot ? Heh ? Terasa diri macam Flash la eh ? Lepas komen , terus lari laju dan hilang ? Aduhhhh.. 
Pastu bila ada yang komen baik baik , kena cop ustaz ustazah Facebook ! Aduh.. dah tu nak macam mana ni ? Hehehe.. buat cam aku je.. Baca je la.. Kalau posting kawan tu , kita kenal.. kita pm dan bagitau la... cara baik ! Kalau tak kenal , nak tegur... boleh je tapi bersedia la.. Kalau orang tu matang , dia terima. Kalau tidak , memang siap la !
Aku pernah kena dulu.. sebelum ada blog. Aku tegur dia. Dia punya melenting , perghhh.. Pastu kawan kawan yang sekutu dengan dia , turut sokong dia ! Aku mampu senyum je la. Unfriend dan blocked terus. Sekurangnya , aku dah buat kerja aku. 
Nak komen tu ok jer. Tapi jangan la sampai melaknat orang tu. Kalau rasa nak memaki hamun , cuba pandang diri sendiri di cermin dulu. Kemudian fikir... sapa nak tanggung dosa tu ?

You May Also Like

5 comments

  1. BIASALA.. dah namapun manusia mesti ada yang negative dan positip... bergantung pada pemikiran masing-masing. Hehehe.. skrg Lisa pun suka tengok je .. tak nak komen. KOmen baik kena kondem komen negative lagila kena kondem

    BalasPadam
  2. Media sosial sekarang dah jadi macam tempat orang-orang yang stress dengan kehidupan sendiri melepaskan apa yang terbuku kat dada masing-masing. Sedangkan hakikatnya media sosial ni boleh je jadi ladang tempat kita menabur benih-benih pahala..

    BalasPadam
  3. Semoga kita menjaga lidah Kita...

    BalasPadam
  4. Memang banyak sangat yang negatif di media social ni terutamanya Facebook. Kadang malas nak ambil kisah pun.

    BalasPadam
  5. Seeloknya diam. Tak puas hati diam.. setuju juga diam. Komen yg positif dan membina. Tak susah kot kan.

    BalasPadam