Buat buat tak nampak atau memang tak perasan ?

by - Sabtu, September 09, 2017

Positif je la... Aku naik LRT tadi dengan Qhaliff ke PWTC. Asalnya aku tak nak bawak dia tapi kesian kat wife kena jaga 3 orang sekali gus.. maka aku bawak la dia walaupun aku tau , aku berisiko tinggi bila bawak dia nanti.. huhu..
Tujuan ke PWTC ialah untuk ke MATTA Fair. Lama dah aku tak gi sana.. Kali ni pergi sebab nak lokasi percutian untuk tahun depan lak. Tahun ni , dah tak nak dah.. Heee.. Tak kira la dalam atau luar negara.
Ok.. terus ke point.. Aku bawak Qhaliff naik LRT. Dalam LRT , tak ramai orang.. aku dan Qhaliff berdiri hampir setengah jam. Aku bukanlah nak duduk pon. Tapi saja nak tengok reaksi pengguna yang lain.. Sapa yang sudi offer kami duduk..
Aku pandang cermin tingkap train. Ada tertera Zon Keutamaan. Dan di kerusi tu ada sepasang suami isteri bersama anaknya. Di sebelah mereka ada seorang wanita. Hurmm.. Di depan mereka lak.. ada orang orang muda duduk. Hurmm.. Mungkin mereka tak perasan sebab leka main telefon ? Hurmm..
Aku bersangka baik. Mereka tak perasan tu... Tapi kalau aku lah.. kalau akulah.. bila naik LRT di waktu kemuncak.. memang aku takkan duduk la.. walaupun ada tempat kosong. Melainkan memang LRT tu , kosong sama sekali.. ada 3-4 orang satu gerabak. baru aku duduk.
Mintak rakan rakan pengguna pengangkutan awam , peka lain kali yer.. Bagi yang memang peka. terbaik ! Semoga lebih ramai lagi insan seperti anda.

You May Also Like

6 comments

  1. selalunya cam tu laa kalau naik kenderaan awam. haritu g KL jugak, xde tempat duduk utk Mak..depan tu anak2 muda org kita...last2 omputeh lelaki bgn beserta dengan isterinya bg tempat duduk kat mak..kite plak x duduk sbb segan. Ada lagi yg lebih memerlukan.

    Melainkan masa tu tak sihat & x larat nak berdiri, mmg kene duduk jugak la..tu pun mesti ada perasaan x sedap hati...

    BalasPadam
  2. Sama dengan saya, kalau betul2 penat atau tak larat baru saya duduk tapi selagi boleh saya akan berdiri je.. bagi ruang pada mereka yang lebih memerlukan.

    BalasPadam
  3. Memang orang kita selalu buat buta je kalau nampak pun. Saya pernah kena masa mengandung naik komuter, sorang pun tak nak bagi tempat duduk. Last seorang lelaki cina tua yang bagi walaupun dia duduk agak jauh. Memang respek bangsa lain, lebih prihatin!

    BalasPadam
  4. betul tu. husnuzon sahaja. mungkin orang muda tu tak nampak ataupun sakit kaki kan hehe

    | helloaiman |

    BalasPadam
  5. mmg gitu ler, tgk org muda lebih ramai duduk dari yg memerlukan
    memasing buat nampak tak nampak ajer, udah merasai juga

    BalasPadam
  6. Take note...pernah tau juju dulu masa tak kahwin lagi naik bas...memang this guys respect wanita bagi tempat duduk...tak habis2 juju wish terima kasih kt dia...terus doa moga di dimurahkan rezeki...bukan susah nak buat baik ni...jadikan sebagai habit...jadi mudah.

    BalasPadam