Giliran Zahra pulak kena campak dan apakah Aariz..

by - Khamis, September 07, 2017

Dah syak ari Isnin ari tu.. tapi rasa macam bukan pun yer. Ingatkan kena gigit semut sebab satu dua tempat je naik. Tapi menjelang semalam , merah dia dah bertambah banyak apatah lagi dia dok sedap mengaru ! Aduhhhh.. Dia ni berbeza dari Qhaliff. Qhaliff , kalau bab sakit.. dia memang betul betul sakit. Zahra , dia lasak. Sakit pun macam tak jer. 
Hari ni bawak gi klinik. Wife yang sepatutnya ada kursus dengan jabatan jabatan lain, terpaksa lupakan sekejap. Bawak gi klinik berjemaah. Sebab Aariz pun nampak macam dah macam ada gak ! Sebelum tu ada gak la sapu dengan Magic Lotion dari Cosmoderm. Memang hilang jap la gatal tu. Bagus Magic Lotion tu. Senantiasa simpan stok di rumah.



Zahra nampak macam teruk. Satu badan penuh. Berbanding Qhaliff , campak dia agak lebih kecil. Sian Zahra. Memang lembik dia. Asyik nak tidur jer. Patut la semalam tidur dia pun nak di lengan aku. Aku tak kasi.. dia meraung. Hurmmm..
Risau aku kena ? Hurm. kalau nak kena , kena la sekarang.. Jangan dah 20 hari bulan nanti baru nak naik.. Meraung tak berlagu aku. 

You May Also Like

6 comments

  1. Sekarang pun jgn kena aben. Haha.. moga cpt sht. Amin

    BalasPadam
  2. Besar2 campak zahra...moga semua anak2 sihat kembali...magic lotion tu nak standby gak la

    BalasPadam
  3. Moga Zahra cepat sembuh, sian dia. Memang akan berjangkit kat semualah campak ni kalau sorang dah kena.

    BalasPadam
  4. Allahu...kesiannya.. Ni kalau dah kena, memang abis la 3 beradik tu. Moga cepat sembuh semua

    BalasPadam