Khamis, 14 September 2017

Jangan la sombong dengan kanak-kanak !

Di IOI Mall semalam.. Bawak la anak anak aku gi sana semalam.. aku nak mencari barang untuk kegunaan trip ke New Zealand.. seperti baju tebal, stokin dan sebagainya. Sebelum mencari , makan pagi + tengahari dulu.. sementara orang tak ramai lagi.. tapi aku tak jangka ramai gak sebab tengah bulan , kan ? Heee..
Di sebuah restoran popular.. Hurm... Aku ni , pagi pagi gini memang sibuk sikit dengan telefon pintar. Sana sini orang mesej pasal kerja maka anak anak aku tu aku biarlah mereka buat kerja sendiri seperti bermain sesama mereka. Dan Aariz ni lak.. gemar jerit. Aku tak tau la mana dia belajar jerit kuat kuat. Zahra bergerak sana sini. 
Nak dijadikan cerita , dua dua anak aku ni... 'menegur' la ada 2 lelaki berusia yang dok bersembang dari awal kitorang ada kat situ lagi. Mesti bisnes juta juta. Serius je muka. Budak budak ni tengok pon jeling hujung mata.. Amboiiii.. sombong aihhh ! Sekurang kurangnya , pandang dan lemparkan sedikit senyuman ! Tau la awak berkerjaya besar ! 
Aku geram sebenarnya. Dah terbayang babak babak menhayun kerusi ketika tu tapi aku istighfar. Aku tak nak tengok anak aku membesar di sebalik tirai besi ! Sabar dan sabar. Aku bagi telefon pintar aku pada Zahra. Dia terus diam. Aariz , aku dukung dia dan bawak gi jalan jalan. Kasi wife abiskan makan dia dulu.. giliran aku makan selepas dia. 
Buat rakan rakan pembaca.. kita jangan sombong dengan mana mana kanak kanak sekali pon. Cubalah senyum andai disapa mereka.. InshaAllah hari anda akan ceria. 
Tak pe Aariz.. nanti besar jangan buat cam tu tak walaupun kita dah kaya. 

6 komen :

Usry Norie berkata... [Reply to comment]

Tak guna pun sombog ni..

mas saari berkata... [Reply to comment]

Ishhhh dengan budak² pun nak sombong.

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Kadang bila budak-budak tak tegur PC pun PC dengan en suami yang pergi tegur...kalau budak-budak tegur..fuhhhh gembiranya subhanAllah...tapi tak semua ibu ayah suka anak-anak mereka ditegur atau diagah-agah...

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

assalamualaikum
singgah pagi khamis

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata... [Reply to comment]

peliknya org2 tu..gamaknye tgh brgosip apa la serius sgt..hehehe..bsr dh aariz..muka sama je dgn si abang

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

Kalau diaorg dh cakap macam tu..memg sombong sgt org tu

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI