#KBBA9 di antarabangsa !

Satu demi satu... hasil dari kerjasama dari dulu hingga kini. Segala usaha , segala idea... perkongsian demi perkongsian.. akhirnya membuahkan hasil yang mana masing masing mendapat manfaat darinya. Antara sedar atau tidak saja. 
Bukan mudah...semangat perlu kuat. Yer , kejayaan bukan datang sekelip mata. Biarlah mereka nak kata apa.. yang penting  aku tahu apa yang aku buat. Nah , sekarang terbukti ! Kelab Blogger Ben Ashaari , atau sekarang dikenali dengna #KBBA9 , telah menjadi media rasmi untuk kejohanan bertaraf antarabangsa.  Kejohanan Supermoto FIM Asia adalah kejohanan SuperMoto yang pertama dan terhangat di Asia dengan lebih daripada 20 penunggang menyeberangi seluruh dunia yang bersaing untuk gelaran juara kejohanan keseluruhan. Musim 2017 akan dibuka di Thailand Circuit Motorsport Complex, Nakhon Chai Si pada 2 dan 3 September 2017.


Kecil , tapi besar bagi aku dan rakan rakan. Sapa sangka , logo kebanggaan #KBBA9 dipasang di acara sukan bertaraf antarabangsa.. kan kan ? Haaaa..
" Kelab Blogger Ben Ashaari adalah kelab bereputasi tinggi dalam menyampaikan kandungan digital yang berkualiti. Saya percaya kehadiran mereka pada pusingan terakhir tahun lepas di Shah Alam memberi kesan dalam meningkatkan status kejohanan, dengan peningkatan pengikut dan kemunculan di pelbagai dataran digital. Kami berharap melalui kolaborasi rasmi ini, portfolio kejohanan dan komuniti blog di mata awam akan terus memacu, "kata Satheswaran Mayachandran, CEO Asia Supersports Group.
Nak kata apa lagi ? Heee.. kena kerja lebih keras lagi pasni ! 

6 ulasan:

  1. Baek!

    Proud to be one of them.
    Tq ben

    BalasPadam
  2. tahniah dan syabas...

    semoga KBBA9 terus menerja kejayaan

    BalasPadam
  3. Tahniah dan alhamdulillah.
    Bangga sangat jadi sebahagian dari team KBBA9.

    BalasPadam
  4. Semakin hebat, tahniah Dan syabas KBBA9

    BalasPadam
  5. Semakin hebat, tahniah Dan syabas KBBA9

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI