Kejamkah aku ?

by - Selasa, September 12, 2017

Atas permintaan dia.. aku kena hantar dia gi tadika ari ni. Ambik pon sama gak... dia nak aku ! Bila ditanya kenapa tak nak ibu , dia jawab ibu garang ! Aku garu kepala.. Aku lagi garang kot ? Apakah helahnya ???? 
Sampai di tadika.. dia suruh aku tunggu kat parking. Jangan gi mana mana sampai dia balik ! Amboiii.. Tetiba teringat aku waktu aku sekolah dulu.. er , tingkatan 3 kot masa tu. Awal pagi... Yang hantar aku gi sekolah ialah arwah ayah. Bila dia berlalu pergi, aku berair bijik mata. Kenapa ? Kesian kat dia... Pagi pagi dah hantar aku gi sekolah.. setiap hari lak tu. Apakah balasan aku pada dia nanti ? Nak banggakan dia , aku rasa tak mampu ketika tu.. Hurmmm..Belajar tak rajin.. nak bangga camana kan ?
Berbalik pada Qhaliff.. Aku keraskan hati. Dia tau , aku lembut. Sebab tu dia nak aku yang hantar. Maka adia mula berdrama... menangis beria riaa ! Maa pulang pulak , dia akan suruh aku singgah Petronas untuk beli air Ice Lemon Tea untuk dia. Kalau ngan mak dia , jangan mimpi la nak dapat bodek. 
Perangai Qhaliff selepas cuti panjang akibat demam campak dia tu membuatkan dia jadi terlalu berlemak ! Tak nak gi sekolah dah dia ! Nak duduk umah... teman daddy katanya ! Aaahhh... aku tak kisah la apa pun alasan dia , aku tetapi tinggalkan dia kat situ.. bersama Ticer Ummi. Terima kasih sudi layan Qhaliff pagi tadi yer.
Aku terpaksa tinggalkan dia. Kalau aku layan dia , jawabnya aku akan bawak dia pulang ke rumah je laaa... Dan dia akan senyum kemenangan !! Dia meraung. Ada budak nampak. Bikin malu company jer ! Haahahah... Kejamkah aku ? Aku terpaksa ! 
Aku ada kerja ari ni. Di dalam ERL , aku mesej Ticer dia. Dia kata Qhaliff dah ok. Dia pujuk gitu. Huhuh.. Lega aku dengar.
Kata Ticer Fahmi dia terus ok bila jumpa kawan. Hurm... nampaknya dia tak leh cuti lama ni ! Cuti lama , naik berlemak ! Harap esok ok la gi tadika. Dan itu bukan saja masalah aku sekarang ni.. Ada masalah lain .. sentap mak dia ! Huhuhuh... Dah pandai dah dia... pandai wat keras ! Hurmmm..

You May Also Like

3 comments

  1. Bila baca kisah ben ni sama sebijik kisahnya dengan anak juju...anak ben dengan anak juju kan sebaya...so mmg anak juju tak mau juju hantar dan ambil dari tadika...nak bapak dia jugak ambil...mmg betul kami ni garang hahaha...garang sebab sayang...x nak bagi di berlemak hehe...bijak Qhaliff!

    BalasPadam
  2. emosi anak2 bila nak perhatian lebih..ibu/bapa kena cekal hati masa hantar anak2 pergi sekolah

    BalasPadam
  3. Hehehee biasa tu bila cuti lama. Macam anak sayalah, cuti sekolah seminggu pastu dia mula sekolah mula berdrama.

    BalasPadam