Jumaat, 29 September 2017

Kembara #KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS ke New Zealand : Berlepas !

Saat yang ditunggu-tunggu tiba sudah ! Tak sangka sangat sebenarnya impian akan menjadi kenyataan. Yelah , projek melibatkan 4 orang... yang mana biasanya di saat saat akhir pasti akan ada perubahan. Tapi segalanya dipermudahkan Allah. Kesemua blogger yang terlibat , berjaya menepati perancangan awal..
Selepas Maghrib , dari rumah aku ke KLIA2 cuma amik masa dalam 15 minit jer. Perasaan berbelah bagi untuk pergi wujud. Aku hampir nak batalkan sebab Zahra dan Aariz demam. Dengan berat hati aku melangkah keluar dari kereta yang dipandu wife. Anak anak ikut sama. Nasib baik mak mertua datang menemani mereka. Terasa lega la sikit.. skit jer ! 
Janji bertemu di KLIA2 jam 8 malam.. dan kesemua tiba pada masanya.. Yelah , naik Air Asia X ni kena awal skit. Diorang tegas bab bab ni.. Hehehe.. Tu yang bagusnya. Jangan datang minit minit akhir.. meraung nanti !
Tapi ada masalah sedikit sebelum tu... masalah yang tak dijangka tapi berjaya diatasi dengan berkat kesabaran dan kepantasan membuat keputusan. Hehehe.. Terbaik !


Tugasan pengurusan dari awal lagi hingga ke saat akhir , semua dibuat oleh blogger Shehan. Maka segalanya terurus sehinggalah masuk ke dalam kapal terbang  Air Asia X. Masing masing ada bahagian tugasan dalam ni. Bukan goyang kaki bila terpilih.. huhuh..
Penerbangan kitorang jam 11.15 malam dan transit di Gold Cost jam 9 pagi (waktu Malaysia) dan kemudian dari situ ke Auckland , 10.15 pagi. Tiba sejam setengah kemudian. 
Oh ya... dalam kapal terbang , aku makan Nasi Lemak Pak Nasser's dan Nasi Ayam. Dua kali makan. Ok gak makanan dia. Nasi lemak dia kena dengan tekak aku. Kalau tak beli makanan dalam kapal terbang punya , korang leh beli di dalam air port. Beli selepas korang check in yer.. Tanya diorang dulu yer.. 

Tiba di Lapangan Terbang Auckland. Disini cabaran bermula. Hahahaha.. Aduh. 4 'check point' kena tempuhi wooo ! Nampak cam mudah tapi kena banyak bersabar. Mereka yang bawak makanan tu , kena betul betul ikut peraturan ! Bagi mereka yang nak datang ke New Zealand , sila amik tau apa yang boleh di bawa dan apa yang tak boleh ! Jangan main hentam jer woo.. Nanti kena denda gitu.. Tapi aku respek... pegawai kastam dan imigresen mereka sangat peramah. Tak de la garang walaupun mereka kelihatan garang. Senantiasa berikan layanan yang mesra gitu.
En.Suhaimi , pemilik Ikhlas Tours yang berpusat di Auckland , telah siap menanti di depan pintu keluar. Kereta yang bakal digunakan kitorang pun dah standby ! Tapi sebelum tu , aku beli sim kad ! Walaupun bawak juga Samurai Wifi tapi sebagai blogger tegar , segala kemungkinan kena amik kira ! Hahahaha.. Internet amat penting buat aku apatah lagi , anak anak di rumah tak sihat. Kena pantau juga mereka. 
500MB sehari data internet

Satu simkad , NZD 49. Dapat 3GB data internet.

Kereta sewa kitorang , Estima.
Terus balik ke motel untuk bersihkan diri. Badan dah berbau.. Nasib baik cuaca ketika ni di Auckland , sejuk. Dalam 13 darjah Celcius gitu. Sini , jam 7 malam dah gelap dah. Kena masuk bilik awal skit sebab diorang tak bekerja 24 jam , cam kat Malaysia. Hehehehe.. 
Motel kitorang tak jauh dari lapangan terbang. Tak sampai 10 minit pon. Dan selesa ! Boleh muat 7 orang untuk satu satu masa. Sesuai untuk mereka yang nak bawa family gitu. 

 En.Suhaimi memberi penerangan ringkas. Penting untuk amik tahu ! 
Selesai penerangan.. pelan malam ni , jom kuar gi jenjalan di bandar Auckland ! Nak menikmati udara malam di samping melihat kesibukan penduduk di malam hari.. Apakah seperti Kuala Lumpur? Hehehehe.. 
Tapi badan dah penat ! Nasib baik aku bawak Gaba Cafe, kopi 5 dalam 1. Dgn gabungan Tongkat Ali dan Ginseng ,Gaba Cafe pasti akan membuatkan aku kembali segar ! Yer , kopi ni khas untuk lelaki sejati jer yer.. hehehe.. 
Ok.. esok , best ! Nak kena kuar awal pagi.. Tak sabar nak gi ke lokasi pengambaraan Lord Of The Rings.. 



22 komen :

noorhaidaz eyda berkata... [Reply to comment]

Bestnye... selamat bergembira... dan semoga semuanya baik2 je..

TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO berkata... [Reply to comment]

Happy holiday untuk semua yg pegi... Enjoy the holiday korang..Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah swt

Umminani berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah dapat peluang bermusafir. Banyaakkan doa untuk semua orang Islam. and happy holiday

www.modernmumthingy.com berkata... [Reply to comment]

Mak aihhhh cepatnya update blog.. cayalah ben

mas saari berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah perancangan berjalan lancar dan dah selamat sampai ke New Zealand. Tak sabar nak ikuti kembara team NZ di sana.

Salina Johari berkata... [Reply to comment]

Insha Allah menyusul ke NZ..amik aura Aben & #kbba9..moga selamat ya di perantauan !

Shah Arshad berkata... [Reply to comment]

meraung adik tepi bucu katil ... Best nya G NZ dgn Air Asia X destinasi idaman jugak tu...

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah dah selamat sampai. Have fun aben & the gang

Mohaz Sue berkata... [Reply to comment]

Tak sabar nak baca entry aktiviti esok pulak. Mesti lagi best..

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Seronok ni...tunggu next entri..

IQ = Izyan Balqis berkata... [Reply to comment]

Fuhhh...menarik. walaupun masinh2 penat tapi masih dapat tumpukan perhatian dekat en suhaimi.

Minionlicious Enterprise berkata... [Reply to comment]

Enjoy the trip guys...

atika ibrahim berkata... [Reply to comment]

Wahhhh bestnyaaaa! Selamat berseronok !

Meliza Ibrahim berkata... [Reply to comment]

Dah sampai tanah NZ. Seronoknya ben.. Rezeki dapat jejak ke sana.

Diana Dy berkata... [Reply to comment]

Tak sabar nak baca next entry bila kembara bermula

Etuza Etuza berkata... [Reply to comment]

bestnya,,tahniah ya

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah...
Enjoy journey uolls..!!
Tak sabar tunggu next entri

Lela Nurjati berkata... [Reply to comment]

wahhh...bestnya..happy holiday abg ben..

Lynda Che Lah berkata... [Reply to comment]

We want more! Enjoy the trip korang!

Mimin Adam berkata... [Reply to comment]

Enjoy guys ! Meriah internett

mama arif berkata... [Reply to comment]

Tahniah aben, impian jadi kenyataan, doakan impian kitorang nak jejakkan kaki ke NZ pun tercapai.

Delimasari berkata... [Reply to comment]

enjoy semua - gud luck

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI