Sabtu, 16 September 2017

Pemandu kereta ini baik orangnya tapi lihatlah apa yang terjadi pada keretanya !

Hahahaha.. aku teringin sangat nak tulis tajuk begini ! Hahahahaa.. Bukan apa , kebelakangan ni kalau aku tengok di Explore Feed Facebook , banyak blog blog 'viral' yang menulis tajuk gempak tapi bila baca hampeh jer ! Ada pulak tu tak kisah bab dosa pahala.. haaa.. asalkan dapat trafik ! Huhhh..
Ok.. cerita aku pagi ni. Aku tak tau la apa yang berlaku sebenarnya atau apakah semalam adalah hari kebesaran untuk kereta kereta tertentu ? Mungkin semalam adalah HARI PARKING SENGET SEDUNIA ? Kenapa ? Dalam satu baris tempat letak kereta tu , ada la 2-3 bijik tak silap aku.. kereta yg di letakkan dengan cara menyenget ! Aku terkedu melihatnya. Ini berlaku di dalam kawasan perumahan yang ramai penduduknya.. ye ! Aku sempat snap dua keping jer. 

Maaflah.. aku bukan nak ajak mengumpat berjemaah tapi sekadar nak ajak rakan pembaca lebih prihatin di masa akan datang. Bila parking gini , kita akan menyusahkan orang lain. Nak bukak pintu payah. Kang dia hentam kereta kita , kemek... haaa  ! Tau marah pulak kita kan ? 
Aku beranggapan mungkin pemandu kereta ni dalam keadaan terdesak sehingga sanggup parking keretanya begini. Sakit perut atau sakit kepala mungkin ? Atau paling tidak pun dia tertinggal cermin matanya di pejabat. 
Mintak leh  prihatin ye kawan kawan.. 

2 komen :

Juls Julie80 berkata... [Reply to comment]

semalam kat opis ade kete M**C parking terjulur keluar sampai melebihi kawasan kotak lot parking & betul2 kat org nak corner...jeling driver dia, dia buat muka selamba.. rasa nak tegur jer tp pakcik tu driver VIP opis ni..kang ngan aku sekali kene tukar opis 24jam hahaha..tp buruk nyer perangai pentingkan diri sendiri camtu...

mas saari berkata... [Reply to comment]

Kalau parking kat ofis saya selalu sangat jadi camni, memang susahkan banyak orang. Jadi nak cepat camne pun kita kena prihatin kan?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI