Prihatin la skit kawan !

Tiba-tiba , sahabat lama aku hantar gambar melalui Whatsapp.
Hurm.. Lama sungguh katanya abang tu berdiri.  Aku tanya dia , mungkin dia terlepas pandang kot.. ada yang offer abang tu duduk.  Sebabnya kalau aku naik ngan Qhaliff atau Zahra, memang aku akan berdiri. Kasi yang lebih memerlukan duduk. Di Malaysia, memang ramai pengguna pengangkutan awam terdiri dari orang kurang upaya. Bukan cacat tau... Haaa.. Zaman ni , orang kurang upaya ada macam macam jenis. Antaranya wajib menelaah handphone , layan movie atau terlalu penat.. Mereka dah kurang upaya la tu kan ? Heeee.. Positif bak kata pelawak beli undi. 
Ok.. aku tak nak tuduh apa apa sebab aku tak berada di situ. Tapi kalau korang antara pengguna pengangkutan awam  seperti LRT , MRT dan sebagainya.. tolong prihatin skit la yer. Jangan leka belek handphone tu. Kalau rasa tau waktu tu waktu kemuncak dan korang terdiri dari insan insan sempurna dan fit , apa kata berdiri je la. Belum ada yang mati sebab berdiri terlalu lama dalam LRT dan sebagainya.. 
Dukung anak di situasi abang tu , serius sangat sangat penat.. lenguh ! Dan bayangkan , budak tu bukan berusia setahun dua.. Hurm... Otak tu , sesekali mau pakai skit. Kau , aku ... kita semua.. Prihatin yer.. 

7 ulasan:

  1. yg x oku,xmengandung pn dduk tmpt khas tu..klu sy,xduduk dh tmpt khas tu..baik berdiri

    BalasPadam
  2. rsenye msih kurang kesedaran sivik dkalangan rkyat msia ni..sometime foreigner lg alert. Depa yg offer seat pd org yg lbh mmerlukan drpd org kita yg hny sekadar bsimpati dlm hati kot :(

    BalasPadam
  3. Hurmmm masyarakat prihatin makin kurang dah kat Malaysia ni, harap kita janganlah begitu.

    BalasPadam
  4. bln posa aritu camni jugak..pergi KL..pastu tmpt penuh sbb ramai org time tu.. mak (umo 73) tak dpt duduk jugak sbb xde sape offer tmpt duduk kat dia wlupun dpn kitorg tu ade jer anak muda sado duduk. Last2 ade couple omputeh offer tmpt duduk utk mak... kdg2 yg foreigner ni lg prihatin menda2 camtu... huhu

    BalasPadam
  5. Masalah rakyat Malaysia.kdg malu dgn tourist. Dorang prihatin sbb tu budaya dorg. Kena tukarlah sikap dan budaya kita ni.

    BalasPadam
  6. Kalau naik kenderaan awam, setiap kali benti mana² station mesti toleh² tengok kot ade yang memerlukan tempat duduk lebih dari kita...

    BalasPadam
  7. Rakyat malaysia sekarang ni (bukan semua laaa..kan ada pulak yang kecam) kebanyakan mmg buta hati laaa.. jenia takde perasaan .. ntah pi mana laaa perasaan diaorang ni..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.