Qhaliff kantoi depan guru-guru dia !

by - Khamis, September 21, 2017

Hahahaha.. aku mampu gelakkan dia jer. Memang seronok tengok dia terkedu. Menundukkan pandangan dia jer.Malu ? Segan ? Takut ? Semua ada.. Hehehehe.. Ceritanya gini.. Aku gi jemput dia semalam di tadika dia. Wife kena gi Melaka. Ada kerja kat sana. Tapi takda masalah pon untuk aku sebab aku ada menda nak buat kat tadika Qhaliff tu.
Sampai tadika dia.. jam 3 petang.. aku duduk kat cafe sebelah tu. Aku nak 'test' makanan dia buat kali kedua. Kalau dah capai piawaian tertentu , maka aku nak tulis dalam blog. Kalau belum , aku biarkan dulu la.. Hee.. 
Dan 5 minit kemudian , Qhaliff turun bersama guru dia. Aku gi jemput. Pastu duduk kat cafe tu bersama dia. Dia mintak handphone dari aku. 5 minit je , kata aku. Dan nasib Qhaliff kurang baik.. hahahah.. tiba-tiba Guru Besar tadika tu baru sampai ke cawangan situ.Aku tersenyum. Qhaliff cuak ! Hahahaha.. Dia singgah dan duduk bersama aku... borak jap.
" Ticer.. Qhaliff kan.. kat rumah dia selalu main game. Tak nak belajar. Kalau nak belajar , dia nak SATU jer.. pastu suka marah saya.. ". Hahahaha.. Dia tak angkat muka pun.. Hehehe.. Seronok aku dapat kenakan dia kali ni. Biasanya aku ugut jer nak call , dia dah menangis nangis.. Nah , sekarang bertemu mata lagi. Hehehehe.. 
Beberapa minit kemudian , Ticer Arina berlalu pergi.. kelihatan Ticer Ayub lak .. Haahahaha.. makin terkedu la dia. Ticer Ayub datang singgah jap. Aku tanya perkembangan Qhaliff.  Dalam kelas dia ok. Aktif. Tak macam dulu la.. sekarang dah dengar cakap. Dulu agak susah nak menurut arahan. Buat kepala sendiri jer. Hahahaha.. Ternyata lebih berdisiplin sekarang ni. 
" Ticer , Qhaliff suka main game.. ". Aku  mengadu. 
" Mana adaaa.. ". Jawab Qhaliff dengan pantas ! Heeheehee..
Ticer Ayub berlalu pergi... Aku pandang Qhaliff sambil tersenyum..
" Haaa.. nampak ? Semua ticer kawan daddy. Nak main game lagi ? " . Kata aku pada Qhaliff. Dan dia sengih jer.
Dia tak taksub sangat dengan game tapi kalau dah mula main game , dia lupa ingatan ! Dan baru baru ni , dia kasi aku alasan untuk simpan semua gadget ! Dia tau dia bersalah dan tak mintak pon gadget tu. Dia seperti akui kesilapan dia. Heheheeh.. semua gadget dibekukan. Kalau nak tengok gak , 5 minit jer ! 

You May Also Like

7 comments

  1. Hehehee mesti terkedu bila daddy mengadu dengan teacher.

    BalasPadam
  2. Terkedu Qhaliff..mesti dia tak jangka daddy bertindak macam tu..

    BalasPadam
  3. daddy nya ambil peluang kenakan Qhaliff.

    BalasPadam
  4. Better mcm tu Ben.Pengaruh games payah jgk skrg ni sbb banyak iklan yg tak sesuai ditayangkan.

    BalasPadam
  5. Hebatnya insan bernama Cikgu, padahal cakap mak pak anak2 boleh main2 jer tapi bila jual nama cikgu dia tahu takut...hehe

    BalasPadam