Wajar ke bawak anak kecil ke..

Semalam aku ke Matta Fair 2017 di PWTC. Lama dah aku tak ke tempat tempat gini. Maklumlah , ada anak kecil. Nak tinggalkan rumah , terasa cam... hurm.. Yelah , wife nak urus rumah bersama anak anak... kalau hal kerja , ok la. Kalau sekadar nak gi cuci mata , cam tak patut lak..kan kan?
Pada awalnya , aku nak gi sorang jer. Tapi memikirkan Qhaliff kalau bersatu dengan Zahra , rumah le tunggang langgang.. maka biarlah aku bawak dia jer.. sementara Zahra tengah tidur. Heeee.. Zahra lak kalau bergabung ngan Aariz , lom mampu menguasai rumah.. Heee..
Rancangan aku bila di PWTC , kalau ramai orang.. aku takkan masuk. Risaukan Qhaliff. Satu takut hilang..kedua takut gak la kan.. virus orang dewasa. Memang tak masuk akal tapi mau paham , kos perubatan zaman Najib ni , melambung tinggi ! Maka aku tak nak amik risiko.. Nak pikir mengarut pon pikir laa..
Di Matta Fair.. ketika aku masuk tu tak ramai lagi. Selepas jam 12 tengahari , orang mula memenuhi dewan..  Apakah ini tandanya rakyat Malaysia masih 'masyuk' ? Heee... Ok , itu cerita lain. 
Ketika aku berjalan ikut lorongan manusia , tiba-tiba terasa macam aku menda menolak nolak kaki aku. Sakit wooo.. Keras lak tu ! Aku toleh belakang. Ada satu pasangan bersama anak kecilnya.. Si ayah sedang menolak stroller ! Aduhhhhhh.. Orang tengah ramai kot ? Kot ye pon cuba la pikir skit.. Patut ke nak bawak anak kecil tu yang bawah setahun lagi usia..? Kalau nak dukung atau guna baby carrier tu , ok laa. ni stroller kot ??? 
Si ayah yang langgar kaki aku dan manusia lain.. wat dek jer. Mengharapkan orang memahamikah ? Agak agak la sikit kawan.. Aku pun ada anak tapi tak la bua gitu. Tempat gini sah sah dipenuhi orang dewasa kot ? Aku yang bawak Qhaliff pon mampu bertahan sejam lebih dalam ni pastu dia ajak keluar. Penat dan pastinya bosan ! 

Mungkin ada yang tak sependapat aku tapi kot ye pon nak gi mencari pakej pakej menarik.. gi la seorang je atau ajak kawan.. Yang pasangan tu , jaga la anak atau paling tidak pun , cari la pengasuh hujung minggu.. bayar lebih skit kalau dah nak sangat bawak pasangan tersayang tu.. kan ? Tapi fikirkan orang lain juga yer..

7 ulasan:

  1. Dukunglah anak tu.. takkan tak larat. Lagi satu tempat sesak macam tu.. alahai.. agak2lah nak bawak stroller bagai eh. Ruang sempit kot.

    Betul tu abg Ben.. patutnya salah seorang pergi atau pasangan je pergi atau tak pergi langsung. Itu lagi baik dari menjadi kemarahan orang lain dalam diam.

    Lepas tu, dah terlanggar orang di depan, ringan2kan mulut tu mibtak maaf.

    BalasPadam
  2. memang tak patut. tak sesuai bawa baby kt tempat ramai orang cam tu. penyakit senang berjangkit dekat baby.

    BalasPadam
  3. Betul tu ben. Tak faham dengan sesetengah parent yang selfish.

    BalasPadam
  4. boleh bawa anak kecil tapi mcm abang ben cadangkan iaitu pakai baby carrier...baby pun selamat dlm dakapan parents..tapi mcm sha memang x g tempat mcm tu bawa anak2 tambah aqeef ni sensatif..rela tak pegi...hihihi

    BalasPadam
  5. Kalau saya memang tak bawaklah anak sekecil tu ke tempat sesak camni, dah besar takpelah.

    BalasPadam
  6. mmg rmai yg mcm ni, tak ksian kt anak kecil dan tak amik kkisah psal org.hehe. Ida kalau ank kecil mmg xg la tmpt mcm ni...kalau g pun mmg takkan bw stroller..lebh baik bawa bby carrier..

    BalasPadam
  7. Setuju entry ben ni! Sebab pernah lihat bukan setakat matta je, pameran lain pun cm tu juga...bawa baby kecil masih merah pun ada...kesian faktor sekeliling penyumbang terbesar penyakit...huhhh...juju dulu masa anak masih baby jarang...jarang bawa ke ramai tempat orang...bila anak dh besar mcm Qhaliff baru la berani bawa...tu pun sekejap je...asben dah kasi hint jgn lama2...budak2 kan cepat bosan...nak masuk matta ni kena ada misi...misi pendek dan grab secepat mungkin...kalau nak tawaf semua hall...sebaiknya ikut saranan ben bawa kawan...anak2 bagi pengasuh jaga bayar lebih...lagi selamat.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI