Zahra menggila !

Dulu ingat dialah paling cool ! Tapi selepas abang dia 'berakal' , dia lebih berakal rupanya ! Bayangkan tadi gi IOI MALL Putrajaya.. setiap booth yang ada gegurl punya barang , dia menjerit nak ! Dia tak meraung atau mengelupur di lantai tapi sekarang jerit.. " Daddy , nak tuuuu... nak tuu! ". Aku berjaya elakkan semua booth booth mainan serta yang jual gula gula lollipop tapi akhirnyaa... 
Aku gagal di satu kedai ! Dia berdiri tegak di situ sambil mengeluarkan air mata kesedihan.. keras kejung kat situ gak ! 
Hurmmm... Aku keraskan hati. Aku yang sedang dukung Aariz , terpaksa tarik dia. Menangis nangis dia. Ada awek cun lalu.. tengok.. senyum dia ! Kalau senyum kat aku, sah sah aku patah balik dan gi beli ! Heee.. gatai noooo ! 
Tengok muka Zahra. Meleleh air mata.. Hurm.. sian.. Aku cair. Gi la bawak dia dan beli. Huhuh.. Oh money.. 
Tengok harga.. uhuk... cedey... hahahaha... Tapi tak pe la. Dah jarang aku belikan dia mainan. Dia punya happy... tak lepas langsung Pony dia tu. Huhuhu...Tak sangka dia leh wat giler gitu.. tapi berjaya la kegilaan dia tu.. 
Dan di rumah.. tak sampai 5 minit.. semua abis berterabur.. Daddy lak wat giler ! 

2 ulasan:

  1. Bile baca kisah si zahra ni... teringat pada diri sendiri kecil2 dulu... mcm tu lah kalau xdpt apa yg dimahukan... berdiri tegak sambil air mata meleleh....hehehe

    BalasPadam
  2. Alahai daddy memang lembut hati, untung Zahra.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI