Isnin, 23 Oktober 2017

Bila si kecil demam..

Kesian dia... mak dia pun kesian gak. Bila si baby demam , abis semua orang akan demam ! Kenapa ? Sebab dia tak tidur lena.. kejap kejap nangis. Dan si ibu turut terjaga juga bila baby menangis.. kan ? Si bapa rilek berdengkur kat luar ! Tak semua bapa begitu yer. Aku antaranya la... aku memang alert si Aariz nangis... Haaa... tak caya tanya wife aku ! Heeee...
Demam tiba tiba... apakah sebab gigi nak tumbuh ? Beberapa hari lepas , dia cirit birit. Dah gi jumpa doktor pon. Ubat dah amik. Tengok camana dalam sehari dua ni. Tak boleh biar gitu je sakitnya. Kalau berlarutan , kena jumpa doktor. Macam macam penyakit dah di zaman ni. 
Yang tak sedar diri berpenyakit pon satu hal gak ! Penyakit kunyit dan yang lagi kronik , penyakit makan duit rakyat !  Maaf cakap la.. baik mati sebab makan banyak dari mati makan hak orang ! Eh , terlari tajuk la.. hehehe... sakit hati bro ! Heeee.. 
Harapnya Aariz cuma demam sebab nak tumbuh gigi. Daddy pon nak tumbuh gigi susu gak ni. 

Ke'stress'an di pagi hari ! Jika berlaku kemalangan , camana ?

Bila teringat pejabat , stress datang.. kan? Nak ke pejabat , dah satu hal ! Nak kena redah jammed.. nak kena redah insan insan yang memandu hanya memandang ke hadapan saja , yang tak reti nak perlahan , yang tak reti nak bagi signal , yang keje dia asik mencilok kiri kanan  dan ada nampak awek cun kat sebelah pon boleh mengundang stress gak ! Hee.. yelah , tak sempat nak kasi kad... berkenalan gituu.. kan kan ? Hee..gurau jeee ! 

Ni yang selalu berlaku pada aku la.. awal pagi , keluar dari lorong.. tengok kanan... kereta sayup je jauhnya. Aku pun celah masuk ke kiri... Bawak Bezza. Paham paham la kereta bajet ni kan ? Bukan pick up ala ala kereta Cristiano Ronaldo yang berharga RM11 juta tu ! Dan kereta yang sayup tadi tu... fuh , dia punya tak nak slowkan kereta sampai himpit belakang pastu nak potong beria ria ! Aku tengok jam.. baru jam 6 lebih kot ??? Ko nak gi New Zealand ke awal pagi ni ??? Dan bila lane bertentangan clear , dia potong.. double line pon rembat je ! Dan aku jeling kat pemandu kereta tersebut. Perempuan ! Aku geleng kepala. Bukan pertama kali begini !! Banyak kali.. dan kebanyakkannya perempuan !! 
Maaf.. aku bukan la nak bersikap jantan betina tapi kita sedia maklum , perangai memandu tak bertimbangrasa ni , 'milik' lelaki. Tapi bila perempuan buat perangai gini , rasa cam ianya salah satu dari keajaiban dunia yang semakin berkembang ! 
Bukanlah apa... bila berlaku kemalangan , majoriti perempuan tak tau nak buat apa ! Abis satu keturunan dia call suruh datang tolong ! Tadi sikit punya jaguh bawak kereta. Ni bila eksiden , dah kalut tak tau nak wat apa ! 
Ok ok... tak pe.. Kita jangan cari salah sesiapa di sini. Tapi apa yang penting ialah memandu dengan kewarasan fikiran. Biar segalanya selamat yer. Dan wajib tahu apa yang kena buat bila berlaku kemalangan walaupun kecil ! 

Berikut adalah 7 perkara yang perlu lakukan sekiranya terlibat dalam kemalangan.

  1. Dapatkan maklumat asas mengenai pihak terlibat adalah penting. Dapatkan nama orang yang terlibat, alamat mereka dan nombor untuk dihubungi adalah langkah pertama.
  2. Selepas itu, catat nombor pendaftaran kenderaan mereka, serta dengan jenis dan jenama kenderaan dan maklumat-maklumat lain yang berkenaan.
  3. Minta maklumat syarikat insurans orang yang terlibat, termasuk nombor polisi atau sijil. Jika mereka tidak dapat memberitahunya di waktu itu, pastikan anda mendapatkannya kemudian.
  4. Buat catatan tentang saksi berkecuali (jika ada) dengan mengambil nama, alamat dan maklumat untuk menghubungi mereka. Mereka dapat membantu menyelesaikan sebarang bakal sengketa.
  5. Buat laporan polis. Di Malaysia anda perlu beritahu pihak polis dalam masa 24 jam berlakunya kemalangan jalan raya.
  6. Beritahu syarikat insurans anda dalam bentuk bertulis secepat mungkin. Kegagalan membuatnya mungkin menyebabkan anda akan menanggung sebarang kerugian, termasuk tuntutan pihak ketiga terhadap anda. Walaupun anda dan pihak terlibat tak mahu buat tuntutan atas kemalangan tersebut, anda patut beritahu penginsurans secepat mungkin, kerana ini adalah satu dari syarat dalam polisi anda.
  7. Bergantung kepada keparahan kemalangan, anda mungkin perlu hantar kereta ke bengkel panel yang diiktiraf oleh syarikat insurans anda. Kebanyakan syarikat insurans mempunyai senarai lengkap bengkel panel di laman sesawang mereka. Jika anda tak hantar kereta ke bengkel yang diiktiraf, anda mungkin tak dapat tuntut kerugian kemalangan dari penginsurans anda.

Setelah kemalangan dilaporkan dan kenderaan anda ditarik ke bengkel diiktiraf terdekat atau ke balai polis, syarikat insurans anda akan hantar seorang penaksir kerugian. Penaksir kerugian ialah seorang yang akan menilai kerugian yang berlaku ke atas kenderaan anda dan bertanggungjawab menyiasat punca sebenar kemalangan. Penaksir kerugian akan memberi nasihat kepada syarikat insurans tentang berapa banyak anda boleh tuntut atas kemalangan tersebut - Sumber Imoney

Yearghhh.. dah sampai opis ! Legaaaaa ! Teringat nak balik umah lak.. jammed lagi ! Aduhhhh.. Naik pengangkutan awam je laaa jawabnya ! Huhuhu.. Tapi jenuh nak keluar awal pagi. Hurmm...  Jom pindah New Zealand je la... heeee...

Ahad, 22 Oktober 2017

Isnin datang lagi ! Arghhh, stressnya aku bila teringat boss 'hanat' itu !

Huihhh..bahasa itu !! Tidak molek dibaca oleh anak anak kecil yang gemar membaca blog best ini. Huhuhu.. Maafkan si penulis ini. Sekadar meluahkan perasaan rakan rakan yang cukup stress bila menjelangnya ISNIN ! 
STRESS.. Yer, aku paham sangat camana perasaan gitu terutamanya bila di pejabat , mengadap muka muka insan yang bijak mengambil peluang terhadap bos bos yang mudah ditipu bulat bulat ! Bukan salah bos yer... Bos cuma tertipu jer ! Heeee.. Maafkan bos itu ! 
KAKI JILAT.. Aduh... bila tengok muka ni di pejabat , automatik sakit kepala datang ! Rasa nak gi bom hidup hidup insan tersebut ! Geram giler babas punya  perasaan ini. Aduh.. nak kerja pun tak best dah ! 
"Dah tu , nak buat camana Abg. Ben ? Ginilah nasib kami yang makan gaji ni ! Nak tak nak , terpaksa gak la join menjilat bos. Kalau tak... hurmm. ". Jawab kawan yang baca blog ni. Tak perlu komen dah. Aku tau... hehehe.
TERINGAT cerita seorang kawan.. Bos dia cukup hanat ! Malas aku nak ajak korang mengumpat dalam entri ni. Tapi serius , kawan tu dah mula sakit tengkuk ! Jangan gitu ! Kalau dah mula sakit tengkuk , tu bermakna hypertension dah mula nak jengah ! Bahaya woiiii ! 
NASIHAT... kalau rasa tertekan sangat , carilah keja lain. Tak guna 'mati' kerana orang gini ! Ingat insan tersayang. Jika bos korang pun perangai tak leh pakai , cuba pakat ramai ramai... ajak buat report kat pihak atasan. Tapi kalau takut , tukar jer kerja.. InshaAllah , walaupun gaji tak besar... tapi yang penting , hati mau senang ! Apa guna gaji besar tapi hidup sebagai kaki jilat ? Tak berkat... dilaknat kawan kawan je senantiasa.. Hurmm..
Cuba pekena Gaba Cafe pagi pagi.. Confirm hilang stress ! Heeee..

Aku takut nak beli barang secara online kerana...

" Nak pm ke tak nak eh ?
Kekadang itu persoalan yang timbul di benak aku bila ternampak ada kawan atau iklan di media sosial. Berdasarkan pengalaman aku , banyak kali la selepas aku bertanya , pastu jawapan sentap diberikan. Aku mampu terkedu dan seterusnya membatalkan niat nak membeli. 
Masalah pembeli ni banyak... bukan tak mampu atau berkira tetapi risau... risau sebab produk tu sendiri. Jangan cakap la pasal testimoni sebab testimoni pon ada dah yang palsu... Bila ada pembeli percaya . maka hargailah. 
Antara sebab lain ketulenan produk tu... banyak sekarang ni produk tiruan ! Sebab tu pembeli banyak bertanya sebab dia nak beli.. bukan nak curi ! Benar.. rezeki tu luas. Kalau kita tak nak , ramai lagi nak tapi kalau dengan perangai gitu , rasa rasa pelanggan nak kekal ke ? Atau bertambah ? 

Antara produk kegemaran beli secara online di www.cosmoderm.com.my
Jangan besar kepala ! Bila kita dah mula dikenali... dah jadi jutawan, tak perlu nak meninggi diri ! Berapa ramai dah jutawan jatuh bankrupt dalam sejarah ? Ingatlah... dunia ni berpusing. Kita tau tak bila kita berada di bawah dan siapa yang akan bantu kita bila kita di bawah nanti kalau kita dok amalkan sikap begini ? 
Sebab tu masih ada orang tak berminat nak beli barang secara online.. bukan sebab melecehkan tapi sikap penjual tu sendiri.. Yer , anda tak rugi tapi bayangkan jika kita kehilangan pelanggan berkualiti? Tak ke merugikan ?
Ingat.. kita bukan nak meniaga satu produk jer. Meniaga bukan sekadar menjual barang tapi turut mempertaruhkan diri kita sendiri ! Ada orang membeli bukan sebab barang tu.. tapi sebab kita ! Kita jual la apa sekali pon , ada yang membeli sebab mereka support kita ! Support sebab kita seorang yang merendah diri ! 
Teringat baru baru ni , aku pergi ke satu tempat untuk deal satu projek. Katanya ketika awal nak deal , dia takut nak berurusan dengan aku. Risau aku sombong dan berlagak ! Tapi selepas perjumpaan pertama , dia dan staffnya suka sangat dan terus berminat untuk panjangkan lagi urusan malah beri apa saja yang aku mintak ! Anak buah aku turut dapat tempias juga.. Rezeki berkat kita rendahkan diri. 
Dan yang paling penting.. di saat kita mati nanti , mereka inilah akan doakan yang baik baik buat kita. Bukankah itu satu keuntungan besar ? Jangan fikir dunia jer , kak long ! 


Bila sahabat dikasihi pergi untuk selama-lamanya..

Semalam.. awal pagi , aku dikejutkan oleh berita pemergian sahabat yang membesar dan belajar bersama ketika di sekolah menengah dulu. Punca , stress @ tekanan darah tinggi ? Hurmm... sesungguhnya , ianya satu penyakit yang mudah 'hinggap' penduduk Malaysia sekarang ni.. 
Aku lewat. Namun tetap juga pergi ziarah kuburnya.  Sebak dan sedih tapi aku kuatkan semangat juga.  Yer , seperti mana ketika aku melihat arwah ayah buat kali terakhir. Andai setitis mula terbit , aku tak pasti bila akan terhentinya. 
Arwah.. Hamdan Bin Hassan , seorang yang periang , bijak dan sabar orangnya. Senantiasa senyum walaupun dalam keadaan duka. Rezekinya murah... kerjanya bagus. Mengutamakan kesihatan. Dan punya keluarga yang bahagia. Yer, Allah lebih sayangkan dia.. Semoga Allah ampunkan dosa dosanya dan tempatkan arwah disamping mereka yang beriman. 
Hurm... stress atau hypertension. Arghhh... sungguh tak berbaloi hidup ni stress dengan kerja ! Ada manusia yang bijak... dia lepaskan segala tekanan pada kita dan dia hidup gembira ! Kita yang stress ! Akhirnya , kita yang derita. dan dia bahagia ! Hampeh.... serius tak berbaloi ! Nasihat aku laaa.. sila la fikir panjang skit ! Biarlah tak kaya asalkan tak derita dek si binawe tu ! Cari je kerja lain tapi sebelum tu , report je kat orang atas pasal perangai dia ! Huhuhu.. 
Aku dulu ada hypertension. Tahap boleh kena tidur sebulan la kat hospital ! Apa yang aku buat ialah.. aku keluar dari kehidupan stress aku tu ! Dan Alhamdulillah.. aku ok. Wat pe aku nak stress pasal makhluk asing tu ! Huhhhh.. baik aku hidup tenang dan gembira ! Huhuhuh.. 
Minta sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Hamdan bin Hassan. Semoga Allah berkati kita semua. 

Jumaat, 20 Oktober 2017

'Kotornya' dunia ni !

Mampu geleng kepala bila baca berita mengenai bekas menteri ditahan penguatkuasa atas tuduhan tertentu. Tak reti nak komen apa tapi yang pasti aku berada di dunia yang semakin kotor dan hanya menanti masa untuk 'dibersihkan'. 
Dah tak tau mana satu betul , mana satu tidak ! Akal ketika ini amatlah diperlukan sama sekali. Pengalaman membantu menaksirkan segalanya. Selebihnya , berserah pada Allah. Tadah tangan . mohon perlindungan dan bantuanNya. Tu je yang termampu... buat masa ni ! 
Teringat cerita seorang kawan... Penatnya dia bekerja di pejabat. Boss dia yang makan gaji tu , bijak sungguh 'menjilat' ! Bertaruhkan muka 'kasihan' dan suara ' lemak manis' ketika berbicara , bos bos besar tertunduk bangang. Mengiyakan jer.. Kasihan staff bawahan.. bekerja bagai lembu New Zealand... aku rasa lembu New Zealand lagi beruntung kot... tapi dia dapat nama ! Datang pagi , punch in.. pastu ghaib ! Cukup masa.. masuk... pura pura wat kerja. Marah sana sini ! Amboiii... sedapnya yer ! Dia tak sedar kot gaji yang dia dapat tu... berkat ke tak ! 
Ah , aku letih nak bicara pasal ni. Sangat letih. Nasib la diri masing masing. Tercampak ke mana benua... dan tanggunglah sendiri ! Samada nak berenang keluar atau terus duduk dan ikut saja ragam manusia tak tau jenis apa orangnya ! 
Pergh.. boleh gila siut... 

Langkah bijak menyewakan rumah sebagai pendapatan sampingan melalui Property Guru !

Beberapa kali aku terbaca posting rakan di Facebook yang menyewakan rumah kedua mereka atau rumah utama mereka kepada kenalan atau penyewa yang bersesuaian. Malah jiran aku sendiri pun melakukan begitu sedangkan dia berada di luar negara ! Ianya merupakan satu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan. Harga rumah pun susah nak jatuh , kata mereka. 
Aku pernah bertanya kepada beberapa orang rakan aku mengenai tindakan mereka menyewakan rumah sebab aku tak sanggup nak melakukan begitu ! Jiran aku yang sewakan rumahnya turut pernah mengadu kepada aku tapi peliknya , dia tetap menyewakan rumahnya tapi kali ni dia terpaksa bersikap pemilih dan akhirnya dia melakukan tindakan betul. Harga sewaaanya melebihi harga bayaran pinjaman rumah tersebut ! Bermakna dia untung lagi melalui sewaan rumah itu. 
Patutlah ada yang sanggup ikat perut dengan beli dua tiga rumah lalu sewakan sebab tahu akan untung di kemudian hari ! Hurmmm.. Persoalannya , kat mana nak cari rumah yang bersesuaian dan berpotensi tinggi untuk mendapatkan penyewa berkualiti ??? 
Ok... katakanlah aku yer. Nak cari rumah kedua untuk disewakan di sekitar Sepang atau Bandar Baru Salak Tinggi. Kenapa sini ? Yang pertama , sini pun ada banyak dah pejabat kerajaan negeri dan juga persekutuan. Yang kedua , akan dibina lagi  kolej swasta dan juga awam menjadikan Sepang dan Bandar Baru Salak Tinggi ni , kawasan berpotensi untuk lebih maju. 
Alasan dah ada... Sekarang ni nak cari rumah , camana ? Sapa boleh dipercayai ? Kaki scammer banyak dah sekarang ni ! Haaaa... tak yah pening pening.. Kan PROPERTY GURU ada ! Gunakan jer. Bukan susah pon nak guna ! 
Kita boleh je 'search' mana mana lokasi dan juga kriteria yang kita nak melalui laman web Property Guru ni. Dan bagusnya , ada juga ruangan khas yang mana ada property yang dah siap mereka review! Review dari mereka yang profesional yer ! 
Mudahnya, kan ?


Tak yakin ? Tak pe.. kita cari yang dah mereka review khas. Contohnya seperti di bawah ni..
A 5.4 acres worth of freehold land is where Ehsan Residence will be built in Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang by Ehsan Plant & Property Sdn Bhd, one of the many new developers in the country.
Venturing into property development in 2008, this developer though fairly new is actually backed up by one of the big players in the property auction field, Ehsan Auctioneers Sdn Bhd that has been around since 1993.
So don’t expect their portfolio to be extensive just yet, let alone awards and recognitions. Ehsan Plant & Property has completed small projects like modifying a shop office unit into a 5-storey budget hotel simply called Ehsan Budget Hotel, demolishing a surau to be rebuilt as a Madrasah (a college for Islamic institution), and the development of a medium-cost apartment by the name of Apartment Dimensi.
Of their ongoing projects include the development of Taman Pinggiran Markisa in Nilai, Taman Salam Nadiah in Tampin, and of course this one, Ehsan Residences in Sepang.
This project offers 320 in total of condominium units whereby 288 of them are standard units, and 32 are penthouse units, with sizes ranging from 1,070 sq ft to 2,073 sq ft, and prices ranging from RM378,000 to RM965,000.
And like their two ongoing projects mentioned, Ehsan Residence will be their first foray into developing medium to high-end properties. December 2017 will be the expected date of completion for this property. Being far from KL, how worthy is then this project either for own-stay or investment?
Continue reading this review for Ehsan Residence to find out. " - Property Guru
Kan ? Mudah kan ? Haaa.. aku kata dah ! Banyak je pilihan cuma ada antara kita tak tau nak cari camana dan di mana walhal PROPERTY GURU kan ada ! Bila dah dapat rumah baru tu nanti , kasi ubahsuai sedikit untuk keselesaan penyewa korang. Kepada siapa korang nak sewakan. 
Ok... ni satu lagi berita baik yang aku dapat tau laa di khabarkan di laman web Property Guru. Korang berpeluang untuk memenangi hadiah utama yang mana duit tu akan digunakan untuk membayar downpayment rumah baru korang nanti ! 
Menarik kan ? Camana nak join ? Mudah jer nak sertai peraduan yang dianjurkan oleh PROPERTY GURU ni.. tak susah mana pon.. Caranya begini : 
Langkah 1 : Sila ke 'My Dream Home'. Cari rumah yang korang minat di laman web Property Guru sahaja. 
Langkah 2 : Hantarkan pertanyaan ke pemaju perumahan dengan langkah yang ditunjukkan di dalam gambarajah di atas.
Langkah 3 : Lawat ke tapak perumahan yang dipilih kemudian buat pembayaran booking dan kemudian confirmkan booking transaction. 
Langkah 4 : Lawati semula ke laman web Property Guru di bahagian 'My Dream Home' dan kemudian hantarkan bukti pembayaran booking atau borang booking ! 

Kannn mudah je ! Haaa... Diulangi , RM50 ribu jika anda terpilih ! Ada dua peluang disini iaitu , membeli rumah dan menyewakan ( untung wooo ) dan kedua , menang hadiah deposit rumah baru ! Ok ? Paham ? Kalau tak paham , sila ke www.propertyguru.com.my
Jangan lupa share ke Facebook korang yer. Berkongsi infomasi , apa salahnya kan ?


Khamis, 19 Oktober 2017

Petrol naik lagi ?

Hehehehe.... ada aku kisah ? kisah laa tapi macam pernah aku cerita di Facebook , aku kan ada guna I-CHARGER ! Hehehe.. setakat aku guna I-Charger tu pada Bezza , ada perubahan pada pickup dan juga penjimatan minyak. 
Tak de la tahap gempak giler tapi terasa la gak jimat seperti mana yang berlaku pada aku sebelum ni bila travel dari Sepang ke Cheras kemudian ke Kajang pastu ke Bangsar.. Meter petrol cuma menunjukkan kurang satu takok jer ! Corak pemanduan aku sama je.. tak berubah pon ! 

Ah , aku malas nak pening pening dah... Yang penting , aku buat sesuatu dari bising gitu je , kan ! Haa... Part nak tau mana aku beli , harga tu.. korang leh tanya sendiri nanti ! Tanya la sendiri kot kot dapat diskaun ke... hehe... tapi yang aku tau , kalau beli ngan 'diorang' , korang akan berpeluang untuk gi bercuti ngan aku.. sekeluarga ! Huhuhhu.. 
Ok... aku nak layan kopi Gaba Cafe ni jap ! Mana mana insan yang kena kopi ni , confirm terbukak mata ! Tak perlu bercawan cawan yer.. secawan je dah memadai. Kesihatan mau kena jaga gak kan ? Aku minum bila terasa penat dan bila nak gunakan banyak tenaga.. hehehe.. sebab ada tongkat ali dan ginseng wooo ! Heeee..

Mengenai Gaba Cafe , korang leh baca di Nasib Baik Bawak Gaba Cafe Ke New Zealand

Nasib baik bawak Gaba Cafe ke New Zealand !

Dah seminggu berlalu , perasaan di New Zealand masih seperti semalam jer lagi ! Teringat hari hari di sana , dengan cuacanya , dengan orangnya dan paling dalam ingatan , pastinya keindahan alam semulajadi yang tiada tanding taranya.. 
Cuaca sejuk di sana tidak mengundang untuk tidur... berbeza di Malaysia.. Aku ni , asal hujan jer mesti ngantuk. Kena angin skit, ngantuk ! Aduhhhh... letih cam ni aku dibuatnya ! Nasib baik sebelum pergi ke New Zealand , aku ditawarkan kopi 5 dalam 1.. iaitu Gaba Cafe ! 
Gaba Cafe ??  Pernah dengar tak ni ? Aku pekena seround dulu.. dan terus aku offer pada rakan blogger yang kebetulan tengah sangap rindukan kopi Malaysia... heheeeee. Aku kasi dia satu sachet. Dan dia rasa.... terus dia kata sedap ! Berbeza dengan kopi kopi yang pernah diminum sebelum ni !
Gaba Cafe , 5 dalam 1 Kopi Premium Terpilih ! Kopi yang diperbuat daripada ginseng dan Tongkat Ali Premium ni memang gempak rasanya ! Aku terus ketagihan nak minum setiap pagi dan malam. Terasa segar setiap kali minumnya. Antara kopi tersedap aku pernah rasa... Dan yang penting , gula tak banyak ! 



Apakah kelebihan Gaba Cafe ? Orang perempuan boleh minum ke ? Boleh je orang perempuan minum. Awalnya aku ingat tak boleh tapi rupanya boleh ! Harganya ,RM56.18 termasuk GST. Ada 15 paket isian. Kiranya RM3.75 setiap satu. Ok la kan ? Produk bagus bukannya murah. 
Kelebihannya ialah :
  • Membaiki tahap tenaga anda 
  • Membantuk menguruskan badan
  • Mengurangkan risiko diabetis
  • Mencegah penyakit parkinson , jantung ,strok , alzheimer dan demensia
  • Mencegah kemurungan 
Dan banyak lagi laaa... Yang bagusnya , jika korang beli sekarang Gaba Cafe korang berpeluang menang hadiah diantaranya penginapan 3 hari 2 malam di FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS HOTEL & SPA bersama Ben Ashaari untuk 2 pemenang bertuah dan pelbagai hadiah misteri.  Bagaimana caranya ? Mudah jer pon... :
  • LIKE Facebook ILHAM PINTAR RESOURCES
  • REPOST mana mana posting berkenaan Gaba Cafe
Tulis caption yang menarik kemudian sila guna 2 hastag berikut
#ilhampintar
#iPintar
Mudah je pon kan ? Ok.... Tu je la... Berkenaan dengan i-POWER , aku akan kembali lagi selepas 2 bulan bersama keputusan selepas penggunaan. Tapi yang berminat untuk mengetahui produk tu dan nak membeli , boleh baca di entri I-POWER ini.. Pastu tu korang turut berpeluang menangi hadiah yang aku bagitau di atas tu...
Bagi yang nak bertanya mengenai produk ni atau nak juga pasang tanpa tunggu aku punya result atas sebab percaya pada testimoni , boleh whatsapp ke kedua dua nombor berikut : 0173182999 / 012-4338082


Scott's Malaysia bawa program ‘Bright Little Explorers’ ke Kidzania.

Baru baru ni , Scott's Malaysia dengan kerjasama Kidzania Kuala Lumpur telah memberi peluang pada anak anak kecil yang bijak pandai ni untuk mengembara ke dunia 'orang dewasa' seperti mengalami sendiri dunia pekerjaan dan sebagainya. Ini satu usaha yang bagus dari Scott's Malaysia dan Kidzania sendiri. 
Yearghh... setiap ibu bapa tau perkembangan anak anak mereka yang mana zaman ni adalah sangat berbeza dengan zaman kita dulu.. Mereka hidup dalam era digital yang sangat mencabar. Maka dengan itu , kita wajar berikan mereka infomasi serta pengalaman yang betul dan sebaiknya. 
Maka dengan itulah Scott's Malaysia ( Scott's ) , sebahagian dari GlaxoSmithKline (GSK)  Consumer Healthcare Sdn. Bhd mahukan anak anak champion ni merasainya sendiri di Kidzania Kuala Lumpur. 



Antara produk Scott's yang Qhaliff suka sangat... Scott's DHA Gummies yang mana kaya dengan Omega 3 bagus untuk membantu mempertingkatkan lagi perkembangan otan serta penglihatan matanya.Kajian menunjukkan  90% perkembangan otak kanak kanak sebelum berusia 6 tahun lagi.

Di pelancarannya baru baru ni , Scott's dengan programnya ' Bright Little Explorers' berasakan kerjasama dengan Kidzania Kuala Lumpur bertepatan dengan hala tuju program mereka yang mengutamakan kanak kanak bagi memastikan mereka membesar dalam persekitaran positif serta membina skill skill yang bermanfaat buat mereka. 
Bermula November 2017 hingga Februari 2018 , Scott's akan beri peluang pada ibu bapa untuk tebus satu tiket dewasa dan satu kanak kanak untuk ke KidZania  Kuala Lumpur dengan cara kumpulkan 6 stamps. Untuk maklumaT lanjut , sila lawati  Scott’s Malaysia’s Facebook Page.

Kepenatan terlampau...

Aku perlukan rehat.. rehat yang secukupnya. Mata pon berair dah. Tanda mata terlalu banyak tengok skrin. Hurmm... Banyak job masuk. Rezeki... tapi jangan tamak. Amik yang termampu jer. Yang lain , berikan pada yang layak.. Eheee...
Ok.. nak rehat 2 hari... Sabtu Ahad ni , tak da event.. Minggu depan lak. Ikutkan ada tapi rasanya nak rehat je.. Pasni kena travel lagi. Banyak trip dalam negara dan ada satu ke luar negara.

Sementara 'masih laku' , berikan yang terbaik. kan kan ?

Rabu, 18 Oktober 2017

Meriahnya Sambutan Ulangtahun Pertama MBH Medispa Ipoh

Perasan tak pada 14 oktober lalu sekitar Bandar Amanjaya kena serbu dengan orang ramai?
Bukan semata-mata sebab acara Hari Sukan Negara peringkat Negeri Perak yang berlangsung meriah selama 3 hari berturut-turut, tetapi sebab ada satu sambutan majlis yang julung-julung kalinya di adakan di situ… Haa…majlis apa tu?



Bagi rata-rata orang Perak yang tau tentang MBH Medispa, memang menunggu2 detik jam 9 pagi untuk serbu masuk. MBH Medispa Ipoh ni merupakan cawangan ke 10 MBH Medispa, sebuah pusat kecantikan yang viral baru-baru ini. Sebab apa viral, sebab ramai sangat share testimony yang dah berjaya ubah penampilan dan hidup masing2….
 
 
Kebanyakkan pelanggan sudah menunggu seawal jam 6.30 pagi untuk merebut peluang mendapat diskaun istimewa. Terhad kepada tiga pelanggan terawal,  masing-masing akan mendapat diskaun sehingga 90%, 80% dan 70% diskaun. 
Pelanggan keempat dan seterusnya pula mendapat diskaun 60% untuk semua rawatan wajah
 
Antara rawatan yang dapat dibeli dengan penjimatan sehingga 90% ialah:
  •   MBH Dermapen – rawatan yang paling berkesan untuk merawat parut. Ia merupakan rawatan “hot selling” di MBH Medispa.
  •  MBH Clinical Acne -  rawatan khusus untuk jerawat yang mendapat paling banyak testimoni dari pelanggan.
  •  MBH Luminous Treatment – rawatan khas untuk kesan pencerahan wajah secara semulajadi dari dalam kulit
  •  MBH Oleous Treatment – rawatan khas untuk mereka yang bermasalah kulit berminyak
  •  MBH Oxydermal Hydrating Treatment – rawatan khas menggunkan mesin oksigen untuk pelanggan yang bermasalah kulit kering.
  • MBH Signature Facial – merupakan rawatan asas tetapi lengkap dengan 10 langkah perawatan wajah yang dapat merawat masalah whitehead dan blackhead.
  •  MBH Mudnetic Detox Facial – merupakan antara rawatan yang unik di MBH menggunakan masker lupur berkuasa magnet yang mampu merawat kulit rosak akibat penggunaan kosmetik berlebihan dan terdedah kepada pencemaran yang berlebihan.
  • RF Dark circle dan Eye bag treatment – Kedua rawatan ini ialah pilihan untuk pelanggan yang mempunyai masalah lingkaran hitam bawah mata dan mata yang sembab.
  •  RF Double Chin – menggunakan mesin yang sama seperti Vshape dan Facelift, RF double Chin memberi tumpuan mengurangkan lemak di bawah dagu.

Selain tawaran diskaun, pelanggan juga dapat membeli rawatan terbaru MBH, Cinderella Facial pada harga serendah RM53 sahaja dengan tawaran beli 4 percuma 1. MBH Cinderella Facial ialah rawatan khas untuk kulit lebih lembut dan bersinar. Ia member fokus kepada penggunaan mesin microdermabrasion iaitu semburan micro Kristal yang dapat membuang lapisan paling luar kulit yang mengandungi kotoran , debu dan cela.
Pelanggan yang datang juga mendapat peluang cabutan bertuah yang menawarkan hadiah rawatan wajah untuk 5 pemenang bermula dari RM200 sehingga RM1000.
 
 
 
Istimewa pada majlis tersebut, semua pengarah cawangan MBH turun padang termasuk pengasasnya, Puan Yaya Mohamad bagi memberi sokongan dan sama-sama meraikan majlis ulangtahun  MBH Medispa cawangan Ipoh. 
Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut , sila ke Facebook MBH Medispa Ipoh .

Selasa, 17 Oktober 2017

MBH HairCare , bukan sekadar merawat rambut...

Tiap kali aku bergambar , mata aku akan tertumpu pada rambut. Hurmmm... makin kelihatan kulit kepala ! Bermakna rambut semakin kurang.. Huhu.. Apakah tandanya aku sudah pun masuk ke usia emas ? Noooooo ! Belum dan tak sepatutnya itu berlaku lagi pada aku sebab aku baru je berusia 40 tahun dan orang kata lelaki di usia 40 ni la baru masuk ke alam lelaki kacak ! Haaaa... Elelee.. cemburu la tuu.. Sabar yer , masa korang akan tiba nanti.. dan apakah korang akan kehilangan rambut juga ? Hehehehe..
Ok.. sebagai insan yang 'mencari makan' melalui media sosial , pastinya rupa paras amatlah penting. Maklumlah , nak kena bergambar bersama produk dan sebagainya... kena la kelihatan elok dan menawan..gituuuu ! 
Tapi rambut aku memeningkan aku kebelakangan ni. Cerita banyak takda , aku ke MBH HairCare yang terletak di Kajang. Dan di sana , aku 'meluahkan masalah' aku pada yang pakar ! Kemudian aku menjalani pemeriksaan kulit kepala dan seterusnya diberitahu akan punca kepada masalah aku tu. 
Sebelum tu , sila daftar la dulu kan.. takkan terus masuk gitu jer ! Hehehehe... 

Sesi mendapatkan khidmat nasihat dan penerangan akan rawatan yang akan diambil aku nanti. Yer , aku punya masalah kulit kepala berminyak yang mana telah membuatkan liang pori pori tersumbat seterusnya rambut akan rosak dan mati. 
Penerangan yang lengkap dan mudah difahami. Tanya je apa nak ditanya. InshaAllah akan dapat jawapan. Untuk kes aku , aku kena amik 3 rawatan untuk kali ni. Rawatan tersebut ialah Rawatan MBH Ayur Theraphy Oil  pastu Rawatan MBH Signature Tricho dan kemudiannya , Rawatan Oxynano Diamond. 











Ok.. gambar diatas menunjukkan 3 langkah rawatan yang diambil aku. Apakah tujuan rawatan dan kebaikannya ?

Rawatan MBH Ayur Theraphy Oil ialah Ayurveda, sistem penyembuhan holistik   diadaptasi dari India, menggunakan herba ayurveda dalam bentuk minyak hangat yang diurut pada kulit kepala & rambut untuk  :

  • Mengurangkan keradangan kulit  kepala &  menghalang jangkitan
  • Memberi penyerapan vitamin ke dalam liang pori 
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Meningkatkan peredaran darah di kulit kepala

Rawatan MBH Signature Tricho ,  satu rawatan kulit kepala menggunakan 11 langkah lengkap khusus bagi merawat masalah rambut gugur dari akar umbi yang bertujuan :

  • Menggalakkan pertumbuhan anak rambut dalam setiap folikel  rambut
  • Memanjangkan fasa pertumbuhan rambut supaya tidak gugur cepat
  • Membunuh bakteria pada kulit

Rawatan Oxynano Diamond

  • Meningkat kekuatan ikatan protin dalam helaian rambut
  • Membantu memperbaiki rambut & mengurangkan kerinting rambut
  • Menjadikan rambut lebih bersinar sekurang-kurangnya  3 bulan

Selepas jalani ketiga-tiga rawatan ni dalam tempoh 2 jam , apa yang aku rasa ialah kesegaran dan kulit kepala tidak lagi gatal . Ini sebahagian dari kesan positif pada awal selepas rawatan. Dan aku perlu jalani lagi rawatan kulit kepala memandangkan aku adalah insan yang aktif. Hehehe.. 
Nanti aku datang lagi. Sekali je rawat, takkan terus ok kan ? Haaa.. tapi itu semua bergantung pada kulit kepala individu tu sendiri. Kena jaga selepas buat rawatan. Sila dapatkan nasihat dari pakar MBH HairCare , yer. 
Untuk maklumat lanjut , sila hubungi MBH HairCare di :
Facebook : https://www.facebook.com/mbhhaircaremalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mbh.haircare/
No tel : +60 19-206 6956
Alamat : 19G-1, JALAN REKO SENTRAL 8, TAMAN REKO SENTRAL,
Kajang, Malaysia

Nasib baik aku pakai Tea Tree Magic Body Lotion ! Kalau tak mesti pacat..

Nak trekking.. aku sedikit segan ngan pacat dan juga nyamuk. Bukanlah benci , tapi segan nak berdepan dengan mereka. Entah mengapa , aku pun tak tau tapi aku anggap mereka spesis makhluk Allah yang hensem lagi bergaya.. Masing masing ada cara mengigit mangsanya. Heeee.. tu aku segan tu ! 
Teringat ari tu , sebelum masuk... aku sapu dulu TT Magic Body Lotion kat seluruh badan aku. Sebelum tu , badan aku ada gatal gatal skit. Badan aku ni ,sejak cecah 40an.. jadi sensitif sikit. Kalau tempat tempat berhabuk dan kurang bersih, dia mula gatal ! Apa ini tanda tanda aku nak dapat Dato' ? Heee... Bila dah gatal , aku sapu ngan TT Magic Body Lotion. Sekejap je ok dah ! Baru selesa nak tidur atau nak beraktiviti.

Pastu masuk hutan.. fuh , nyamuk jangan citer la.. Dan ada dikalangan rakan rakan yang ikut trekking ke Hutan Belum , diserang pacat. Aku, selamat ! Hehehe.. kalau diserang , aku risau pacat tu aku jadikan bahan ujikaji mencari ubat kanser ! Huhuh.... kononnya.. 
Memang aku simpan beberapa produk Cosmoderm bila gi travel ! Membantu ketika aku dalam keadaan memerlukannya. Huhuh.. 
Apakah kegunaan Tea Tree Magic Lotion lagi ? 
  • Menyamankan kulit terengsa dan tidak selesa
  • Meredakan selar matahari tanpa pengelupasan
  • Membantu kurangkan ruam, jangkitan kulat dan kuman
  • Penghalau nyamuk, serangga, pepijat katil dan redakan gigitan serangga
  • Anti-bau badan dengan deodoran asli

Mana nak beli? Boleh dapatkan di web Cosmoderm atau di farmasi terpilih seperti Watson , Guardian dan sebagainya.  Harga ? Tengok kat web je la nak... sebab bila ada sale , harga jadi lebih murah.. hehehe...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI