23 tahun aku meninggalkannya. Rupanya di sini novelis terkenal , Anis Ayuni !

by - Rabu, Oktober 11, 2017

Terasa sayu sejenak. Terbayang saat saat suka duka aku belajar dan membesar di sekolah ni. Segalanya diflashback dengan pantas... Dari usia 13 hingga 17 tahun..  dari tingkatan 1 hingga 5 , aku di sekolah ni. 
Pada awalnya aku ditempatkan di sekolah ni , aku meraung ! Gilerrr !! Sapa nak masuk sekolah yang dikenali dengan sekolah budak budak nakal. Tapi aku bernasib baik abang aku ada di sini. Ketika aku di tingkatan 1 , abang aku tingkatan 5. Dia antara otai yang dikenali disemua peringkat.. bukan sebab pelajar pintar tapi kenakalkannya ! Hehehehe.. 
Tahap kenakalan pelajar sekolah ni , memang mengerunkan aku ketika tu.. Tapi selepas berjaya menyesuaikan diri , Alhamdulillah.. Walaupun pernah diugut tapi berkat 'network' aku , aku selamat, Hehehe... sebab tu aku tau , network ni penting ! 
Dulu ,Sekolah Menengah Dato' Lokman . Sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Lokman.
Banyak betul perubahan. Ditepi sekolah yang dulu belukar , dah jadi jalan raya. Belukar tu la port port pelajar menyorok dari dikejar pengawas dan guru disiplin... dan di situ la ada pelajar layan gam , ganja , merokok ! Nasib baik aku tak terlibat dengan semua gejala negatif tu ! Sapa kata kalau kita kawan budak nakal , kita turut ikut sama ? Segalanya bergantung pada diri sendiri dan didikan ibu bapa. 
Aku masuk ke dalam... Hampir menitis air mata.. 
1996. Selaku ketua pasukan bolasepak sekolah.

2017.. 
Aku pernah dirotan sekali dikhalayak ramai. Masih ingat lagi masa tu , menitis air mata.. bukan sebab sakit tapi sebab malu ! Seingat aku ketika tu perhimpunan dan aku bercakap dengan kawan aku.. hahahah.. Adehh.. Memori..
Aku tengok kiri dan kanan.. 


Padang bola. Inilah 'syurga' aku dulu. Dapat berlari dan bermain bola di sini ketika waktu tu , sangatlah mengembirakan ! Huhuh.. Aku jadi ketua bolasepak dan juga 'jurulatih' . Dan pencapaian membanggakan... jadi naib juara zon dan layak ke peringkat Wilayah Persekutuan. Pastu jadi 'ayam' sebab satu kumpulan dengan sekolah sekolah sukan bolasepak ! Hahahaha.. Tapi ianya tetap membanggakan. Aku terima sijil Wira Panji Sukan Sekolah.. Ok la kan ? 

 Aku pandang rumah ni.. Huhuh.. Rumah pengetua satu tika dulu. Sekarang dah jadi Bilik Gerakan..
Murid-muridnya , masih lagi seperti dulu cuma zaman aku tu , semua budak lelaki sehinggalah aku masuk tingatan 4 , murid perempuan mula ditempatkan di sekolah ni. Hurmmm... Dan segalanya mula berubah. 
Tiba-tiba nama aku diseru. Kak Anis Ayuni memanggil. Aku ke sekolah ni bukanlah dirancang pon. Kebetulan aku berada di kawasan sekitar. Terus aku mesej Kak Anis Ayuni dan nak jumpa dia... ada projek gitu ! Heeee... 
Secara jujurnya laa.. sejak aku bergelar blogger ni, aku banyak berkawan dan berjumpa dengan insan insan yang pernah aku sanjung satu ketika dulu.. Contohnya kak Norhayati Berahim , Ezad Exist , Rosyam Nor dan ramai lagi.. 

Kenapa Anis Ayuni berada di situ ? Nanti aku sambung eh... 




You May Also Like

4 comments

  1. dah lama tak baca novel..tertarik dengan novel ni..macam best jer..

    BalasPadam
  2. Wahhh kenangan terindah ni, tetiba teringat sekolah rendah dan menengah dulu.

    BalasPadam