Ada ke Pajeri Rambutan ? Ben tipu je ni ???

Bila aku post di Instagram dan Facebook , ramai kawan kawan tak percaya ! Pada awalnya , aku tertulis caption Pajeri Nanas... takda sapa respon.. aku edit ke Pajeri Rambutan dan.. walaaahhh ! Ramai komen.. hahaha...
Terkejut mereka. Walhal kalau Google , ada je orang dah buat entri pasal ni. Huhuh..
Dan ada yang memang dah tau pon dan bersetuju dengan aku yang Pajeri Rambutan ni sedap terutama kalau kena yang masam tu.. Fuh , memang abiss laa nasi dalam periuk tu haa.. Kalau ada sambal belacan , memang boroi sepanjang hari. Hahahaha.. 
Semalam , buat kali ke dua berturut turut.. mak aku masak pajeri rambutan memandangkan ada banyak rambutan. Teringat dulu , arwah ayah suka makan. Dia la yang rajin kopek rambutan tu memandangkan anak anak tau makan jer. Heeee... Dan pajeri rambutan mak , memang laris ! 
Susah ke nak buat ? Tak pun.. macam pajeri nanas gak cuma tukar buah tu jer. Yang penting , masam tu.. mesti sampai ! Hahahaha.. Kalau manis ? Ok gak jer. Sedap ! Tapi macam aku kata tadi la.. kalau ada sambal belacan , wowwwww.... Macam semalam , aku makan dengan ikan pekasam. Hahaha.. wife kena pimpin aku berjalan balik ke kereta.. terlebih boroi ! Sebab tu aku malas gi gym dah. Cukuplah 20 tahun aku berdiet. Hujung hujung usia ni , nak rasa makanan sedap lak. Hahaha.. Mati tak kenal umur yer. Aku gurau je tu. 
Ok.. sekarang musim rambutan.. sila sila la cuba menu ni.. Pajeri Rambutan. Pas makan , jangan salahkan aku.. hahaha.. Selamat berboroi ! 

Baca juga entri Nasi Durian.

7 ulasan:

  1. Yuhuuu dapnyaa..yg penting ada nama kte kat ig tu hahaha

    BalasPadam
  2. Teringat arwah mak masak pajeri rambutan...memang sedap

    BalasPadam
  3. benda baru ni tak pernh dengar and rsa nak try la nanti...

    BalasPadam
  4. wah..pelik..tak tahu pulak rambutan boleh buat pajeri..

    BalasPadam
  5. Memang menarik, pasti akan cuba buat!

    BalasPadam
  6. Kena cari rambutan masam lah macam ni. Belakang umah mak tengah meranum rambutan. Boleh suruh tiru ni..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI