Ahad, 8 Oktober 2017

Aku terpaksa berhenti kerja demi..

Teringat lagi kisah aku... 5 tahun lepas. Aku ditanya oleh orang besar di sebuah kementerian. Sentap beb ! Setelah bertahun lamanya aku menabur bakti.. dah la tak pernah dapat diari tahunan ! Hahahaha... Katanya aku pun staff kementerian tapi bila part diari , hanya untuk kakitangan tetap jer ! Kontrak cam aku... krik krik jer ! Amboi.. part kena maki dengan boss , tetap ke , kontrak ke.. kongsi bersama kot ?? 
Bila aku ditanya begitu , aku tahu.. aku tak diperlukan dah di situ.Ditambah lagi dengan pemotongan gaji yang membuatkan aku sama je level dengan staff baru masuk , aku rasa dah tiba masa aku keluar dari situ walaupun ramai membantah ! Mengharapkan pengumuman yang staff kontrak diserap jadi tetap ? Hahahaha.. idok ler kawan ! Bersepah lagi rezeki di luar sana. 
Yer.. aku dah kawin masa tu dan keputusan yang dibuat bukanlah mudah kerana nak mencari kerja ketika tu, memang payah la.. Ditambah lagi dengan orang rumah baru mengandung , maka aku buat keputusan.. aku nak jadi suri rumah sepenuh masa.. jer !
Tak sanggup aku !
Alhamdulillah... keputusan aku keluar dari situ bersama pengalaman pengalaman serta ilmu dari rakan sekerja memberi aku kekuatan untuk melakukan sesuatu yang aku teringin lama dah.. yang mana sebenarnya itulah cita cita aku.. aku nak jadi penulis ! 
Dan sekarang.. 3 orang dah anak aku ! Aku jaga sendiri.. dan aku masih lagi bergelar suri rumah... di samping mencari rezeki secara kecil kecilan melalui blog.. Tak kaya tak pe , janji hati bahagia dan mampu membantu insan lain juga.. tu yang penting ! 
Hurmmm.. yang paling best , aku dapat ke negara orang sekarang ni ! Dulu , bila dapat je tawaran , ada je 'insan insan' membangkang dan mempersoalkan.. kenapa aku terpilih ? Sekarang.. aku yang memilih !
Berhijrah ni.. satu pengorbanan.. Dari kita terus di satu sudut tanpa berkembang.. lebih baik berhijrah keluar.. sapa tau , rupa rupanya kita mampu jadi gergasi ?
Jangan takut.. Bumi Allah ni luas dengan rezekiNya. 

13 komen :

noorhaidaz eyda berkata... [Reply to comment]

Skrg lg bahagia sbb nk keluar negara xperlu minta kelulusan kan... bila agaknya mampu nekad mcm Aben.

Umminani berkata... [Reply to comment]

hebat. i follow u one day in future

Lynda Che Lah berkata... [Reply to comment]

Rezeki Allah luas.. nak tinggalkan juga kerja govt ni suatu hari nanti..

Yulia Fajrin berkata... [Reply to comment]

Tabahnya. T.T

Papa Amyzal berkata... [Reply to comment]

Memang kena jiwa kental nak buat sesuatu keputusan nekad sebeginj. Terutamanya apabila sudah berkeluarga. Namun bak kata pepatah, rezeki Allah tu maha luas, insya Allah, asalkan niat, keazaman dan usaha yang gigih dan buat sesuatu kerana Allah, insya Allah pasti akan berjaya. Tahniah Ben. Tindakan anda adalah sangat wajar dan syabas atas kejayaan yang dikecapi selama ini dan berjaya mengharungi segala rintangan dan halangan demi mencapai cita-cita. Syabas sekali lagi.

Leyla Nurjatiey berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah..itu rezeki yang Allah bagi kat abang ben..LN doakan semoga dipermudahkan segala urusan abang ben..pedulikan haters..

zakiah ghani berkata... [Reply to comment]

aben hebat

Zaim Zahran Zulhilmi berkata... [Reply to comment]

Berhijrah..

Hmm bukan semua ada kekuatan nak berenti kerja, dan keluar dari zon selesa

macam teman ni leee

huhu

Salina Johari berkata... [Reply to comment]

Tanpa keberanian dan usaha..tak mungkin juga akan dpt apa yg kita nak..fokus ..takawal..Insya Allah

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah .. hebat hebat..ingat senang ke buat keputusan berenti kerja sekarang ni .. byk kena fikir tapi ben dah buktikan yg terbaik untuk ben..dulu masa mula2 nak.berenti kerja pon fikir banyak kali gak laa.. tapi ternyata keputusan berenti kerja lps mengandung anak pertama adalah yg paling indah dalam hidup..alhamdulillah..

Shikin Razali berkata... [Reply to comment]

Rezeki Allah sebenarnya luas, yang penting kita kena yakin dengan apa yang telah ditentukan olehNya..

mas saari berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah jalan yang dipilih membuatkan kejayaan. Moga Aben terus murah rezeki.

dorsett pink berkata... [Reply to comment]

suka baca kisah-kisah inspirasi mcm ni. teruskan menulis ben, ramai roang suka baca tulisan aben

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI