Apa novelis terkenal , Anis Ayuni buat di sekolah aku tu ???

by - Khamis, Oktober 12, 2017

Aku rasa aku add kak Anis Ayuni di Facebook , lama dah. Tak ingat tapi aku tak perasan sesuatu ! Sehinggalah satu ketika tu, aku ternampak di profilenya.. Eh ? Biar betul ??? Aku pun pm laa... Masa aku pm tu aku tak teringat langsung pasal popularitinya. Aku pm cam kawan kawan gitu.. hehehehe.. Dan kak Ayuni membalas dengan mesra. Baik orangnya.
Aku bertanyakan mengenai SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' LOKMAN. Sekolah aku satu tika dulu. Walaupun bukan sekolah terbaik atau sekolah bijak bistari pelajarnya, bagi aku sekolah ni berjaya mendidik aku menjadi insan yang berguna , akhirnya ! Hehehehe..Banyak kenangan aku di sekolah ni ! Huhuhuh..
Dalam cerita aku yang lepas di entri 23 tahun aku meninggalkannya, rupanya di sini.., aku ada menyatakan aku ke sana untuk bertemu dengan kak Anis Ayuni.. kan kan ? Haa... Selepas aku terdengar panggilan dari dia , terus aku bergerak menuju ke arahnya. Cuaca pula semakin gelap. Tanda tanda hari nak hujan. Aku tengok jam di tangan. Aku ada setengah jam untuk berbual dengannya. 4.30 petang , semua guru nak balik dah... kecuali guru kelas petang jer.. 
Aku diajak masuk ke biliknya. Aku tergamam ! Aku ingatkan dia cuma 'guru kecik' jer !! Rupanya tidak sama sekali ! 
Pengetua kauuu ! Kali terakhir aku masuk ke bilik pengetua , aku kena rotan ! Hahahaha.. Sebab datang sekolah pakai kasut sukan ! Hehehehe... waktu tu nak exam SPM. Ingatkan takda spot check.. ada gak tuuu ! Nasib la wahai bontot.. Tapi tak sakit pun. Rotan sayang sayang gitu. Tapi bukan Kak Anis yang rotan tauuu.. Pengetua masa tu.. seingat aku la.. peristiwa tu. Dah 23 tahun kot ! Huhuuh..


Apa projek khas tu ? Hehehe.. Kak Anis Ayuni bakal hadir dengan novel terkininya yang bertajuk 'Mungkinkah dia ? ' yang mana kak Anis mengambil latar belakang negara Jepun dan Filipina sebagai penarik jalan ceritanya. 
Apakah kisah kali ni ?? Kak Anis kata nanti dia kasi masa aku nak gi Jepun bulan depan. Baca dalam kapal terbang sambil baring.. Aummmm ! 

Bagi korang yang berminat , boleh buat pre order yang mana korang akan dapat tandatangan kak Anis dan juga cenderamata bagi pembelian awal. Haaa.. lewat kalu , aku kasi gambar tandatangan jer la yer.. hehehehe.. 

Untuk pre order novel Mungkinkah Dia.
012 6751100
RM36 Semenanjung/RM40 SS termasuk pos laju.
Sila beri:
1. Nama penuh
2. Alamat
3. No. Hp
Bayaran dibuat kepada:
Latifah binti Mohd Yusof
Maybank: 562188206230
Kak anis akan autograf....
Sila sertakan bukti bayaran dan tulis nama Ben Ashaari.
Terima kasih atas sokongan 💜💛💚💞💝💙

You May Also Like

9 comments

  1. Seorang pengetua dan seorang novel is..itu dah kira sangat bagus..

    BalasPadam
  2. hai singgah pagi khamis
    bz day hari ini

    BalasPadam
  3. wahh menariknya..anis ayuni satu nama besar novelis negara :)

    BalasPadam
  4. Saua salah seorang peminat novel tulisan Pn Anis ni.. Novel2 tulisan beliau tak pernah mengecewakan setakat ni.. Sentiasa memberikan yamg terbaik untuk setiap penulisan beliau..Novel yang ditulis ada jiwa didalamnya.. Bukan sekadar tulisan semata mata..

    BalasPadam
  5. Teringin pulak nak baca novel dari puan anis ayuni ni..

    BalasPadam