Sabtu, 7 Oktober 2017

Belajar jadi pemandu berhemah di New Zealand...

4 hari di New Zealand , aku rasa aku boleh dapat title pemandu paling berhemah di Malaysia ! Bayangkan kalau ada papan tanda tertera 20kmj , maka semua kereta akan bergerak selaju tu jer ! Takkan ada lebih dari tu... kalau ada , mesti diorang tau tu bukan rakyat tempatan... dan mesti datang dari Malaysia ! Hahahaha.. 
Kalau ada sesiapa cuba cuba berani memandu lebih dari had laju , siap la dia ! Tau tak kat sana ada komuniti polis ? Haaaaa... sapa sapa saja boleh snap gambar kereta korang dan disampaikan ke pihak polis ! Siap laa kena saman pastu. 


Aku peratikan je sikap pemandu di sana.. mereka tenang dan rileks jer. Takda apa nak dikejarkan pon walaupun masa bergerak pantas di sana. Tau tau dah gelap. Bukanlah aku kata takda kemalangan di sana pon.. ada je tapi kurang la berbanding kemalangan jiwa di negara kita ni.. mengerikan ! 
Aku rasa la... dari pacak kamera AES yang menguntungkan sesetengah pihak , lebih baik wujudkan komuniti polis atau JPJ. Mereka amik gambar , catitkan masa dan send terus menerusi whatsapp. Lebih jimat dan menyakinkan ! 

4 komen :

Leyla Nurjatiey berkata... [Reply to comment]

wow..bagusnya klau sistem ni kat malaysia..berdisiplin sikit orang malaysia..hihi

mrhanafi dot com berkata... [Reply to comment]

Betul juga pendapat nice..

Jauh perjalanan luas pandangan

tarmizi berkata... [Reply to comment]

Kat sana ada jem ke

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Malaysia kena banyak blajar dari NZ bab2 ni

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI