Cikgu dan anak murid kesayangan..

Hari ni , bermula ujian peperiksaan penting buat insan insan terpilih. Semoga berjaya. Aku tak nak bicara pasal tu. Apa yang aku nak bicarakan di sini ialah Cikgu dan anak murid kesayangannya. Hurm.. 
11 tahun bergelar pelajar sekolah pastu sambung belajar dan kemudian berpengalaman mengajar di sekolah rendah seterusnya mempunya anak yang bersekolah... aku lihat perkara yang sama dari dulu hingga sekarang.. Akan ada anak murid kesayangan guru !  
Aku pernah lihat sendiri camana seorang guru 'melindungi' anak murid emasnya. Aku mampu geleng kepala jer. Apakah itu sepatutnya sikap seorang guru yang membeza-bezakan anak murid mereka ? Tau tak kesan psikologi pada murid murid yang lain ? 
Fokus ! 
Pengalaman aku mengajar dulu dah cukup dah.. Pening ! Semua berusaha nak menangi cikgu. Bila cikgu 'tertawan' maka dia akan selamat dari kena soal , kena marah dan sebagainya.. Dapat imuniti la kiranya ! 
Apakah ini patut berlaku ? Di zaman pendidikan yang dah berfikiran aras tinggi , tapi masih ada cikgu cikgu yang mempunyai anak murid kesayangan ! Sian murid murid lain. Semangat mereka nak ke sekolah pun dah kurang. Cikgu perlu lebih bijak menangani isu isu begini. Kawal skit perasaan tu. Jangan membeza bezakan anak murid. Layan sama rata.. 
Ikhlas bila mendidik.. amanah bila mengajar.. 

8 ulasan:

  1. Ikhlaskan diri bila kita bergelar seorang pendidik..Semoga cikgu2 diluar sana lebih alert mengenai hal2 seprti ini. Nampak macam remeh tapi ada kesan dikemudian hari.

    BalasPadam
  2. Lebih matang dalam mengemudi emosi.. anak murid walau bukan anak kandung tetap rasa terpinggir bila cikgu terang-terangan tunjuk tindak tanduk terlebih sayang atau terlalu sinis.

    BalasPadam
  3. perkara ni memang lumrah..

    dan selalunya jadi kat guru pompan.. ntahla, org pompan ni senang kena trick ke ye?

    teringat zaman sekolah dulu.. yg murid emas, walaupun buat perangai, sudahnye lepas..

    yang lambat pikup macam teman ni, kemain lagi bengkengnye

    ajenye yeee

    BalasPadam
  4. saya pernah rasa manjadi "bukan anak murid kesayangan' cikgu masa darjah 6 dulu. sakit ooo.. sakit mental. sampai skrang ingat lagi nama cikgu tu - cikgu noraini. cikgu tu tak suka saya sebab saya ni orang susah.. kawan-kawan yang lain anak orang berada, anak kerabat raja, anak hakim, anak menteri besar...huhu

    BalasPadam
  5. Betul tu, biasanya murid favourite selalu diberi kelebihan. Kesian murid² yang kurang menyerlah ni.

    BalasPadam
  6. Setuju sangat dengan Aben.. Sikap guru yang macam ni akan memberi kesan mental pada anak-anak murid lain.. Secara tak langsung sikap pilih kasih ni lah yang menyumbang kepada berlakunya banyak kes murid menjadi kurang ajar dengan guru..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.