Gegar Vaganza 4 : Permulaan yang lembab tapi..

Menguap ! Aku dah mula rasa yang Gegar Vaganza ni macam dah sampai penghujung dah. Seolah -olah pasni leh buat dah Gegar Warga Emas jer. Hehehee.. Permulaan yang macam entah apa apa. Terlalu banyak 'drama' dan 'skrip' entah apa apa. Artis yang masuk kali ni pun , nampak macam.. hurmm... nasib baik ada muka muka juara atau legend seperti Aishah. Hazami , Liza Hanim , Firman antara yang aku rasa bakal memberikan persaingan yang hebat buat Aishah... tu pun jika Aishah terus bagus seperti konsert pertama ni. 
Aqasha , Ferhad dan yang lain lain tu , masih belum teruji lagi... 

Konsert ke 2 nanti , lagu lagu memang gempak la. Itu daya penarik sebenarnya agar penonton akan menunggu konsert ke 2 nanti. Kalau tak disebabkan lagu lagu lejen tu , aku rasa aku tak teruja nak tonton konsert ke 2 nanti. Tapi bagi aku , lagu lagu tu masih belum menguji para artis GV4 ni sebab nampak macam makanan diorang jer. 
Sapa aku sokong kali ni ? Hurmm... Aku pilih Aishah. Sori Syura.. walaupun awak cun , saya terpaksa pilih Aishah.. Hehehehe.. Jangan risau.. pasni awak akan dapat banyak tawaran berlakon. Heheheh.. 
Permulaan yang lembab tapi penutup yang best... artis artis best banyak muncul hujung hujung... heee... 
Oh yaa.. Dan kalau boleh.. walaupun 'si dia' penaja premium ... bagi aku kena 'sedar diri' la skit. Tak perlu 'macam-macam' perangai sebab Gegar Vaganza ditonton oleh penonton luar negara juga. Tunjuk skit la sikap kematangan seiring dengan pangkat serta title yang ada tu.. kan jutawan kan... so chill je la.  Syarikat lain taja gak kan ? Rileks sudah.
Sedikit teguran buat Nabil dan Dato Ramli... kena jaga sedikit bahasa dan gaya.. Nabil tu , bab kentut.. ada budak kecil tonton juga yer.. Lawak tu ok jer tapi jangan keterlaluan. 

10 ulasan:

  1. Tak tgk gegae vaganza ni..tak ada astro..tp nk tahu gak apa yg penaja tu buat.

    BalasPadam
  2. betul tu..hambar sikit GV4 kali ni..

    BalasPadam
  3. setuju sangat! tk tau nk suka siapa..hihi..kita tengok je lh nnti konsert kedua..ermmmm..

    BalasPadam
  4. Ehhh Aben pun layan Gegar Vaganza ek.. Seronok tengok artis artis lama bertanding..

    BalasPadam
  5. Memang terganggu dengan lawak² penganjur, juri dan pengacara tu, over sangat. Kita nak tengok persembahan bukan nak tengok lawak bodoh depa.

    Memang peserta kurang menyengat tahun ni, tapi saya suka vokal Lan Kristal, Hazami, Aishah dan Liza Hanim.

    BalasPadam
  6. Tak tengok pun lagi Gegar Vaganza tu. Aura nak menontonnya tak sampai lagi.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI