Khamis, 12 Oktober 2017

Gementar nak ke JAPAN AIRLINES !

Bila aku diminta untuk ke pejabat JAL di Menara OUA nun di Bangsar , aku jadi sedikit cuak ! Secara jujurnya , ini pertama kali aku punya trip ke luar negara tanpa blogger lain ! Aku sorang je nak oiiiii ! Opkos la cuak ! Takda geng ! Tapi peluang untuk aku berkembang lebih besar.. hahaha... Yesss ! Yelah , 10 top agen travel akan turut ke sana.. bayangkan peluang yang terbuka luas nanti ! Haaaa !
Awal pagi , aku bertolak dari Sepang ke Cheras. Sampai umah mak aku , jam 8.30 pagi. Ada banyak masa lagi. Ngantuk satu hal...  lapar satu hal ! Hahaha.. nak makan , agak sedikit cuak. Kenapa ? Cuak weh nak meeting ngan orang Jepun yang penuh disiplin ni... Bayangkan pada email dah tertera 11 am SHARP ! Amik kauuu.. SHARP tuuu.. bukan PANASONIC... bukan LG tapi SHARP ! 
Bermakna aku kena ada kat pejabat dalam jam 1045 gitu.. selebihnya aku leh tenangkan diri.. 
Tengok jam.. baru 9 pagi. Ada masa setengah jam untuk lelapkan mata jap..Sedapnya tidur ! Tiba-tiba terjaga.. tengok jam.. 10.15 pagi ! What ????? Oh noooo... terus gi basuh muka.. pakai kemeja. Nasib baik dah mandi awal awal... 
Pasang Waze.. dari rumah ke Bangsar , cuma 12km tapi amik masa setengah jam. Gulp ! Ah, sudahh... Memandu dengan hati hati... Biar sampai tanpa ada kecelakaan ! Hehehhe... Dan rupa rupanya... kalau naik LRT Kelana Jaya , aku cuma perlu turun kat Bangsar jer ! Adehhh.. Lagi mudah! Tak perlu aku kalut kalut dan paling penat nak cari parking ! Huhuhu.. 
Alhamdulillah.. aku sampai seperti yang dijadualkan.. 10.45 pagi. Aku dapat rehat dan tenangkan diri. Dan membaca majalah mengenai Fukushima, salah satu tempat yang bakal aku kunjungi kelak..InshaAllah.
Cantik ! Aku cuba google sebelum ni mencari info mengenai Fukushima tapi yang aku jumpa kebanyakkannya semua pasal kecelakaan 2011 tu jer.. Hurmm... Bila tengok majalah ni , baru nampak , cantik rupanya Fukushima ni ! Tak sabar pulak aku nak gi sana.. 
Jam 11 pagi.. dua pegawai JAL masuk ke bilik. Dan mereka sangatlah peramah ! Huhuhuh.. Asyik senyum dan ketawa je mereka. Soalan soalan mereka serius tapi aku jawab dengan selamba jer.. namun memberikan keceriaan pada mereka. 
Dan yang membanggakan aku ialah salah seorang dari mereka , bagitau aku yang dia ada membaca entri entri aku di blog.. dan sangat sukakannya... 'down to earth' katanya. Tetiba bersemangat aku nak update blog pasni ! Hahahaha.. 
Pelbagai topik dibuka mengenai trip kali ini dan paling aku suka ialah ianya berlaku di musim luruh atau Autumn. Fuh , memang aku lama dah sangat nantikan musim ni. Kalau nak gi bercuti pada musim ni , memang tak mampu la nak oiiiii ! 
Aku diberi itenary. Diperjelaskan segalanya dan aku sukakannya... sangat sangat ! Malah aku ada banyak masa untuk jelajah kawasan tu  sendiri nanti.. Persoalannya , beranikah aku seorang diri nak merayau ? Hahahaha... 
Jam 1200 .. selesai ! Entah berapa kali aku angguk ucapkan terima kasih pada mereka. Heheheh... Dalam hati aku... WOW ! Tak sangka... serius tak sangka.. Aku cuma seorang blogger tapi aku nikmati keindahan ini.. huhu... segalanya atas tiket JAPAN AIRLINES... sebuah syarikat penerbangan yang terkemuka dunia ! 
Hantuk dahi kat dinding jap.. moga bukan mimpi semua ini.. huhu.. 

7 komen :

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

Tahniah nakk.. Proud of u.. hehhe..

Leyla Nurjatiey berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah..LN bangga jugak ngan abg ben ni..
SHARP tu yg tak boleh blah..hahaa

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Tahniah aben! Tumpang bangga. U deserve it. Ishhh tak sabaq nak tengok gambaq aben kat sana nanti, mesti cantik cantik!

mrhanafi dot com berkata... [Reply to comment]

Tahniah bro..

Saya tumpang gembira ..

Seronok pula kisah nak ke Jepun nie

Lynda Che Lah berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah rezeki lagi. Teringin nak pergi Jepun tapi tak pandai makan Sushi. acaner tu? haha

mas saari berkata... [Reply to comment]

Perghhh naik Japan Airlines tu. Saya tumpang bangga atas kejayaan dan peluang yang Aben dapat ni.

saya manusia berkata... [Reply to comment]

Tahniah bro..nak ikot boleh x huhuhu

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI