Kembara #KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS ke New Zealand : Bermalam di Rasa Sayang Villa Rotorua.

Malam kedua , kami bermalam di sini.. Rasa Sayang Villa Rotorua. Ikhlas Tours yang memilih buat kami dan ternyata pilihannya sangat tepat dan menepati citarasa kami... Memang cantik dan selesa malah cukup rasa bangga dapat duduk menginap di rumah milik En. Jeffri Haidzir ni.. anak jati Negeri Sembilan yang dah lama memiliki PR New Zealand.

En.Jeffri dan isterinya , Dianna sangatlah peramah sehinggakan tak terasa macam duduk tidur di New Zealand ! Ikutkan hati nak je menginap situ untuk 2-3 hari ! InshaAllah , next trip kitorang akan lama di sini... dan nexti trip nak bawak anak anak sebab anak anak mereka bagus bagus sangat !

No Tel : 64221584041
Email : info@rasasayangvilla.nz
Web : www.rasasayangvilla.nz

Cantik suasana rumahnya. Tak terkata aku dibuatnya.

Sarapan pagi disediakan dan sedap !

Malam , kami menghabiskan masa dengan berbual santai bersama tuan rumah. Banyak cerita dan maklumat dikongsi bersama. Memang tetiba rasa nak pindah sini sebabnya di sini mereka ' menikmati kehidupan dan kehidupan mereka sangatlah terisi dengan pelbagai aktiviti aktiviti yang cukup menarik ! 


Sememangnya , mereka cukup berpengalaman mengenai New Zealand. Amat disyorkan sama sekali bila kita berada di sini dan menginap bersama mereka. En.Jeffri akan syorkan tempat tempat menarik untuk dikunjungi terutama buat mereka yang bujang dan gemarkan aktiviti luar yang boleh membuatkan rasa nak kembali dan kembali lagi ke sini !

Rasa Sayang Villa Rotorua , aku akan kembali ! Dan buat korang nak menginap sini , sila booking awal yer. Kalau suka insan yang peramah , sinilah antara tempat yang disyorkan.

9 ulasan:

  1. mesranya depa..tak terasa berada di luar negara kan.. rezeki jumpa tour guide yg best pula tu. banyakkan doa jiga..jangan lupa..musafir dlm ilmu.

    BalasPadam
  2. bestnya bercuti ke new zealand

    BalasPadam
  3. Cantiknya villa ni.boleh masuk wishlist travel tahun depan.

    BalasPadam
  4. ok boleh masuk housestay ni dalam itinerary next year .. NZ here i come ke ben nak bawak shah? hahahah

    BalasPadam
  5. Cantik sgt! Bestnya kalau dpt pi tidoq sana gak

    BalasPadam
  6. Alhamdulilah syukur nikmat! Tahniah!

    BalasPadam
  7. Bestnya, memang lawa villa dia. Pastu dengan orang peramah camni memang tak terasa dok di luar negara pun.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.