Kembara #KBBA9 COSMODERM - IKHLAS TOURS ke New Zealand :Nikmati 4 musim dalam satu percutian !

by - Jumaat, Oktober 06, 2017

Aku dah tak boleh nak buat entri ikut hari sebab segalanya berkenaan New Zealand , memang best ! Kalau boleh , setiap bulan aku nak gi sana dan beraktiviti sukan !! Kenapa situ ? Fuhhhh... korang gi la dulu dan berborak dengan Malaysian yang duduk di sana terutamanya yang kaki sukan.. Mesti dia akan ajak trekking atau main air di tasik yang ada di sana.. dan tasik tasik di sana , memang aduhhhh... jernihnyaaa ! Nasib baik aku tak reti berenang.. kalau takkkk !

5 hari 4 malam di sana , tak cukup langsung sebenarnya.

Ada yang gemar nak gi solo atau tak nak guna pakej. Ok jer ! Kalau dah biasa urus segalanya , ok la.. Tapi yang berkeluarga tu , dan malas nak pikir apa apa... kita serah pada yang pakar dan di sana , aku syorkan guna IKHLAS TOURS. Eeleeeee.. mentang mentang la diorang sponsor , aku cerita baekkk punya ! Tak pun ! Kalau tak ok , aku bayar balik dah semua dan aku kritik kaw kaw punya ! Tapi , Alhamdulillah.. En.Suhaimi aka bos Ikhlas Tours sangat mengambil berat client mereka. Setiap pertanyaan akan dijawab dengan pantas. Maka segala trip kitorang , berjalan dengan cantiknya. Kitorang pon balik dengan selamatnya , kan kan ? Haaaa..

Dulu aku tak paham... 4 musim dalam satu percutian ? Aku akan nikmati ?? Acaner tu? Tak pe.. orang cam aku ni memang cepat blur ! Hahaha.. Lebih lebih lagi bila terbayangkan New Zealand yang cantik menawan tu. Lebih baik alami sendiri.. kan kan ?

Ok... jom tengok gambar gambar ni.. InshaAllah boleh paham.. hehehe.





Minggu ni , setiap insan yang aku jumpa.. hahaha.. memang aku promote abis la New Zealand. Bukan sebab aku dibayar tapi jujurnya aku kata.. berbaloi gi bercuti di sana tak kira la bersama keluarga atau kawan kawan rapat.

Terlalu banyak tempat menarik untuk dilawati. Sememangnya korang pun dah sedia maklum akan akan tempat tersebut tapi kalau nak lagi best , korang mintak tempat tempat rare atau jarang orang luar gi lawat ! Haaa... Macam kami ari tu.. berpeluang menikmati taman yang mana di sini aktiviti gunung berapinya boleh dilihat di depan mata ! Bukan tengok lava tapi tengok kolam air panas yang berpunca darinya ! Haaa...





Aku dicadangkan datang ke New Zealand pada bulan hujung September kerana inilah... Cuaca yang berbeza dalam satu satu masak ! Boleh berubah sekelip mata.. Haaa.. Hujan ? Jangan risau.. takkan demam punya ! Hehehehe..

New Zealand , sekali seumur hidup wajib dirasai.... Guna jer perkhidmatan Ikhas Tours. InshaAllah, segalanya ditunaikan ! 

You May Also Like

7 comments

  1. Teringinnya nak pergi NZ, doakan moga ada rezeki nak bawak family ke sana...

    BalasPadam
  2. okay, boleh masuk untuk next trip ni hehe..thank u for sharing

    BalasPadam
  3. allahuakhbar...cantiknya..memang best travel ni,,lihat ciptaan-Nya

    BalasPadam
  4. cantik sangat..New Zealand in my list..semoga LN dapat menjejakkan kaki ke sana pulak..aminn

    BalasPadam
  5. semua tempat cantik-cantik belaka.. indahnya pemandangan NZ

    BalasPadam