Menjelajah Hutan Royal Belum , Pulau Banding di Perak.

Lama dah aku teringin menjejakkan kaki ke Hutan Royal Belum ni. Dah banyak kali aku dengar cerita mengenai keindahan hutan ni malah baru baru ni , aku sekeluarga ada melalui Gerik untuk ke Kelantan dan terus jatuh cinta pandang pertama bila melihatnya , di depan mata lalu menyimpan azam untuk ke sini.
Semalam , 13/10/2017... impian aku jadi kenyataan. Aku bersama 3 orang lagi rakan blogger #KBBA9 , telah menginap di Royal Belum Rainforest Resort dan berpeluang menjelajah hutan dara ni. Satu pengalaman yang menarik telah aku perolehi. 
Di sini.. kitorang bukan saja menjelajah hutan tetapi turut belajar mengenai habitat flora dan fauna. Dengan menggunakan pakej yang telah disediakan oleh pihak resort , kitorang mengembara ke setiap pelusuk pulau ini. Bukan kecik tau kawasan ni ! Besar sangat !! Haaa.. 
Oh ya , nak masuk kawasan kawasan terpeliharan ni kena mintak izin yer ! Kena ada permit. Tak boleh main redah gitu jer ! Tapi jangan risau.. pihak resort uruskan semuanya. Hutan ni dijaga oleh Angkatan Tentera Diraja Malaysia dan juga Renjer. Maka , jangan risau yer.. Jaga mulut jer. Jangan cabul.. heee..

Kemana kitorang gi ? Ada beberapa tempat yang kitorang gi singgah.. Pertama , ke lokasi air terjun yang memang cantik. Nak ke situ , kena trekking setengah jam. Denai dia agak biasa je.. Tapi tetap kena berhati hati.. 
Cantik dan mendamaikan . Tapi nak dapat kecantikan ni , kena sabar..hehehe..
Lokasi ke dua , perkampungan rumah orang asli yang menetap di hutan ni. Kitorang diberitahu latar belakang mereka dan asal usul mereka sebelum mereka berada di hutan ni. Satu pembelajaran yang bagus ! Jangan hanya sekadar menanti keindahan bila berada di sini. Segalanya kena amik tau.

Saja tak nak masukkan gambar orang asli dalam ni. Tengok aku pun dah serupa diorg. Hee.. Gurau je.
Kemudian kitorang dibawa mencari burung enggang.. haaa ! Respek la tour guide kitorang. Mata macam helang ! Celah pohon pon dia leh nampak burung ! Bagai nak rak aku nak nampak.. dia yang berkaca mata hitam pon leh nampak burung.. siap bagitau warna lagi ! Dan kiorang mencari hidupan liar.. ternampak kijang ! Jauh ni aku zoom ! Haaa... nasib baik bawak lens panjang.. hahaha..
Pastu... lunch ! Makan di tempat yang takda orang !! Haaaa... rileks dan tenang jer.. Kemudian gi ke dua lokasi lagi.. Kawasan peliharaan ikan kelah dan juga tengok rafflesia.. Haa.. ni semua liar punya. Bukan belaan..heheee.. Kiranya tengok habitat original la.. bukan palsu punya.Nak kedua dua tempat ni , kena trekking. Kali ni mencabar gak la.. Aku tergelincir juga akhirnya.. heee... 
Bermain dengan ikan.. kepuasan setelah redah denai yang berlecak dan agak mencabar sedikit.

Dan lokasi terakhir... rafflesia. Takda rezeki kiorang nak tengok yang berbunga kembang. Katanya cantik dan misteri ! Huhuhu... 

Jam 4 petang.. pengembaraan kitorang selesai ! Terasa kurus aku ! Segala peluh keluar. Best ! Ni baru 1% jer kiorang terokai. Hahahaha... InshaAllah , ada rezeki dan umur panjang , kitorang kembali !

Terima kasih Royal Belum Rainforest Resort.

7 ulasan:

  1. Tempat yang menarik untuk dilawati..

    BalasPadam
  2. Satu pengalaman yang sangat best. Saya pun memang teringin jugak nak pi Belum ni.

    BalasPadam
  3. Rindu nya RB...best tenang sgt kat sana..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI