Royal Belum Rainforest Resort, Pulau Banding untuk pencinta alam semulajadi !

Menginap semalam di Royal Belum Rainforest Resort ni sememangnya tak cukup puas ! Tak sempat  nak explore resort ni apatah lagi Pulau Banding sendiri ! Kehijauan dan kedamaiannya memang melegakan kepala otak yang sedang stress dengan kerja kerja yang berlambak ! Huhuh.. Terubat rindu pada New Zealand ! Eh... hehee...

Dari KL nak ke Pulau Banding ni , amik masa dalam 4 jam perjalanan. Tu kalau memandu ikut kelajuan yang dibenarkan. Kalau bawak keta mewah , rasanya leh cepat lagi kot ? Hehehe.. Tapi nasihat aku , bawaklah ikut had yang dibenarkan.. Jangan risau , Royal Belum Rainforest Resort akan berada di situ sehinggalah 'tak diperlukan' lagi.. Maka , hati hati yer.

Ok... berbalik pada resorts mewah ni... Yer , resort ni memang kelihatan mewah dan bilik biliknya memang kelihatan mewah walaupun ada yang direkabentuk ala ala kampung gitu. Harga bermula dari RM400 dan bergantung pada jenis bilik. Heee.. Mahal eh ? Yer , fokus mereka pada orang orang yang benar benar serius hargai alam sekitar. Dan nak honeymoon di sini memang best ! Hehehehe... Sesuai gitu ! 
Ok... Jom tengok bilik bilik yang sempat aku kunjungi.. dan aku inap untuk semalam. Bilik aku , Balau.. Yang ni khas untuk mereka yang datang sekadar untuk berehat dan kemudian gi menyelongkar hutan Belum !

Berlatar belakangkan hutan rimba , bilik di Azlanii dan Balau ni tiada tv , network pun hidup segan mati tak mahu dan wifi pon tak dapat ! Maka , korang boleh berehat sesungguhnya di bilik Balau dan Azlanii. 
 Bersih dan selesa
Ok... bilik bilik seterusnya ni memang gempak ! Harga pon gempak gak la.. Tapi kalau nak merasa sekali seumur hidup , ok je bagi aku. Memang cantik dan mendamaikan. Terus terang aku katakan , bilik di Chengal dan Tradisional Chalet ni memang menarik sangat ! Kalau baru kawin dan ada duit , aku galakkkan la lepak semalam dua kat sini. Hehehehe..

Barulah 'I LOVE U' akan terngiang di telinga selama 24 jam ! Hehehehehe..
View cantik. Rekabentuk moden tapi simple. Kepala tak semak kalau inap di sini.


View , tasik. Design , rumah kampung orang kaya ! Hehehe... Best !

Kalau nak layan houseboat , harga boleh tengok kat atas.. hehee. Houseboat pon menarik bagi mereka yang nak pengalaman lain dari yang lain. Segalanya lengkap di houseboat. Di sini ada banyak houseboat tapi Houseboat Royal Belum Rainforest Resort nampak lebih menarik dan moden.
 Bagi mereka yang inginkan kelainan , houseboat memang berbaloi !

Kalau nak tengok gambar lagi , boleh ke facebook Royal Belum Rainforest Resort dan juga laman web mereka , Royal Belum Rainforest Resort dan juga Instagram , Royal Belum Rainforest Resort . Nak buat tempahan , boleh telefon ke +605 791 6800 .


10 ulasan:

  1. wah..bestnya..
    memang dah lama da aim tempat ni..
    tapi bila tahu harga terpaksa menangis dulu..:'(
    #masukwishlistjemampu

    BalasPadam
  2. ni kalau dapat sekali seumur hidup sungguh rasanya!haha

    BalasPadam
  3. masuk dalam wishlist sejak 2016. huhu

    BalasPadam
  4. Bilik dia memang menarik, mahal sikit takpe janji berbaloi datang sana. Moga ada rezeki dapat bercuti ke sana nanti.

    BalasPadam
  5. Wow!! Menariknya Royal Belum ni.. Fapat menikmati sesuatu yang mewah dalam masa yang sama dapat menikmati suasana kedamaian rimba..

    BalasPadam
  6. Bilaa laa nak sampai sini.. Ade yang sudi sponsor tak

    BalasPadam
  7. View dekat bilik semuanya best..haish memang tenang sangat ni

    BalasPadam
  8. menariknya... slu duk lalu jer dr kedah balik kb... duk tengok kot tingkap je la... x pernah singgah! teringin sangat nak singgah tp lum ada rezeki

    BalasPadam
  9. Belum penah sampai lagi....
    Nampak menarik, harga pun boleh tahan tu....
    Kene kumpul² lagi ni baru boleh gi....

    BalasPadam
  10. Best yer, hope ada rezeki jejakkan kaki di sini satu hari nanti

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI