5 barang hiasan rumah yang aku perlukan untuk kelihatan lebih mengagumkan..

Hurmm... setiap kali aku balik rumah , aku terasa macam ada banyak lagi kekurangan. Aku pandang tangga , ruang tamu , dapur kemudian naik ke tingkat atas.. ruang di bilik tidur rasa perlu beberapa hiasan rumah bagi nampak lebih menarik ! Tapi aku malas nak pergi kedai hiasan rumah sekarang ni. Leceh dengan parking berbayar satu hal. Tol lagi. Petrol jangan cerita laa.. memang boleh terbakar jiwa raga ni kalau memikirkannya...

Dah tu ? Mana nak cari hiasan rumah tanpa perlu keluar dari rumah ? Hahaha.. dasar pemalas dah aku ni ! Apakah faktor usia atau seperti yang aku kasi tau di perenggan atas tadi.. sebab sebab itukah yang membuatkan aku malas nak gi shopping hiasan rumah. Tapi wife suka kalau gi shopping ! Camana eh ? 

Aku pernah gi rumah kawan aku yang juga seorang blogger. Rumah dia simple je tapi hiasan rumah dia menampakkan rumah dia tu menarik ! Ala ala rumah klasik tapi moden ! Haaaa.. Aku tanya dia gak la mana dia dapat barang barang tu ! Dia cerita laaaa sambil bukak website yang jual barang barang hiasan rumah dan macam macam lagi ada ! Fuh , aku terkedu. Apasal aku tak tau langsung pasal ni ???? Selama ni aku ingat , nak beli barang barang hiasan rumah gini kena gi kedai dia. Maklumlah , banyak sangat kes tipu atau scam ni ! Maka aku kena berhati hati laaa...

Dari situ aku dapat idea. Aku masuk laman web tu dan tengok barang barang yang ada di dalam tu. Ada yang baru dan ada yang dah digunakan.. maksud aku second hand la tapi barang barang tu masih dalam keadaan elok dan sempurna. Dan semalam , selepas anak anak tidur.. aku kejut wife ! Aku tunjuk la kat dia barang barang hiasan rumah yang aku rancang nak beli. Kena tunjuk kat dia sebab dia menteri kewangan. Tak boleh suka suka beli atau aku kena dengar dia berleter sepanjang usia aku. Hahahaha..

Best part ni... dia pun tergamam bila aku tunjuk laman web tu. Rupanya dia pun tak tau. Huhhhh.. aku ingatkan dia dah tau sebab dia kaki shopping online. Bila aku tunjuk laman web tu , terus dia tarik laptop aku ni.. dia nak tengok satu satu. Murah !! Dia kata.. Aku garu kepala. Tak gatal pon tapi bila dia kata murah tu, aku rasa cam.. biar betul dia ni ? Payah dia nak kata murah bila tengok web beli barang ni ! 

Tak sampai 10 minit.. dia panggil aku.
" Bang , ni nampak macam ok..kan ? Beli ni eh ? " . Sengih je dia ! Amboiii... cepat je buat kata putus eh ? Alasan dia memang gempak la.. Tapi sejujurnya aku cakap.. memang perlu pon. Tempat letak kunci ni , memang nampak bagus sekali. Harga pon berpatutan. Baru RM80 jer. 

Pasni , kunci rumah , kunci kereta , kunci kandang arnab , tak diletakkan merata dah ! Kalau merata gak , aku rasa kena letak kat leher je la jawabnya. Huhuhu.. 


Ok... masuk dalam list. Aku setuju. Lagi apa ? Haaa.. dia tunjuk kat aku. Dia kata , setiap kali mak dia datang , mesti akan tanya.. " Mana jam dalam rumah ni ? ". Hahahaha.. Umah aku memang takda jam sebab setiap seorang dalam rumah ni ada gadget.. ada smartphone ! Maka rujuk pada handphone je la kan. 
Tapi.. jika letak jam di dinding mesti cun lagi kan ? Persoalannya.. banyak yang cantik cantik ! Mana satu yang sesuai dengan aku ? Korang ada idea tak ? Tak pe , tak pe.. Aku tau dah.. Aku rasa aku amik je semua. Hahahahah.. Cantik pe ? Letak dalam bilik satu.. Dapur satu.. dan ruang tamu satu ! Sempurna hidupku ! Masa itu emas.. kan kan ? 

Cantik,kan ? Haaa.. Yang merah tu sesuai letak kat ruang tamu dan yang klasik tu letak kat dapur. Ok tak ?

Ok.. lagi 3 barang hiasan rumah. Kali ni aku lak yang nak ! Aku nak letak sesuatu kat dapur dan pastinya nampak cute ! Hahahaha .. Saja nak kasi Zahra rajin ke dapur. Sekarang ni pon rajin dah cuma nak kasi bertambah rajin.. 
Aku cadang nak beli karpet dapur ni. Ok tak ? RM60 jer ni. Murah la kan ? Ada macam macam design. Tapi aku tak nak tengok sebab aku takut aku borong semua ! Buat masa ni , biarlah aku fokus pada Zahra dulu. Bukan apa.. dia gak nanti nak kena tolong mak dia kat dapur.. kan kan ? 
Dan aku nak beli lampu meja ni. Nak wat kerja selepas anak anak tidur. Senang skit. Cantik pun cantik.. kan kan ? Kalau kualitinya seperti yang aku harapkan , aku akan beli lagi. Nak kasi kat anak buah aku. Diorang mesti suka punya kalau meja diorang ada lampu macam ni. Baru bersemangat nak buat kerja rumah kan. Heheheheee..

Murah jer.. baru RM50 ! Ha , murah kan ? Aku kata dahhhh..
Dan satu lagi. Lampu meja ada dah tapi meja je takda. Maka aku nak meja laaa ! Tujuan utama ialah nak adakan ruang bekerja untuk aku. Anak anak tak leh kacau. Aku perlukan idea yang fresh setiap hari atau aku akan buntu ! Takda idea.. takda la entri. Tak entri , camana nak ada duit ! Hahahaha.. kan kan ? 

Cantik tak meja ni ? Kalau aku sebut harga , mesti tak caya punya.. RM100 ! 
5 barang hiasan rumah yang aku perlukan dan boleh dapati dengan mudah serta murah rupanya ! Hanya tengok mana yang berkenan pastu terus buat pembelian. Kalau ikutkan , banyak lagi nak beli ni. Tapi buat masa sekarang , biar 5 ni dulu. Kasi sampai dan hias dulu. Kalau rasa kurang , aku akan buat satu lagi entri baru yang bertajuk Nak tambah 5 lagi hiasan rumah rumah untuk pastikan aku takkan keluar rumah malam sebab rumah aku dah cantik dan selesa ! Heeee... 

Moga perkongsian aku ni pada korang akan membuka mata sedikit sebanyak.. Di zaman GST ni , kena berjimat cermat dan banyak barang murah boleh didapati sebenarnya.. Kena rajin cari jer.. kan kan ? 

19 ulasan:

  1. Katil n sofa tu cantik giler..

    BalasPadam
  2. wah, menarik nampaknya...makin berseri rumah =)

    BalasPadam
  3. meja tu nampak menarik sangat. Aduii nak meja dan lampu nii.. belanja laah.

    BalasPadam
  4. Set bilik tido tu ohsem sgt ben! juju pun suka deko rumah...rasa semangat nak bangun pagi pi kerja tgk rumah bersih hehe

    BalasPadam
  5. perghhhh meja tu... lawa dan murah.

    BalasPadam
  6. Wah!! Berkenan sangat dengan katil n meja belajar tu..

    BalasPadam
  7. Wahh menarik ni. Harga pun tak mahal. Barang pun cantik-cantik

    BalasPadam
  8. Dah pi terjah. Aduyai... Memang jatuh cinta! Cecantik, murah lak tu...

    BalasPadam
  9. carpet dapur tu best.. memang nak cari juga..

    BalasPadam
  10. jam tu nampak menarik sangat, nak ushar2 jugak la...hehe

    BalasPadam
  11. Alahai..cantik nyerrrr...terkebetulan nak mencari set sofa ni..

    BalasPadam
  12. Alaaa semua menarik ni dah harga pun berpatutan, nampaknya kena shopping jugak ni. Hehehee!

    BalasPadam
  13. lawonyaaaaa meja tu...huhuuuu tapi dalam misi reduce barang2 dalam rumahhuhuu

    BalasPadam
  14. wow, baru tahu jugak ni, boeh shopping hiasan rumah dengan harga murah! zaman sekarang memang kena jadi pengguna bijak!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI