8 orang makan Meatball Naga Berapi, sorang je bayar di Restoran Cheese Banjir , Desa Pandan !

by - Isnin, November 06, 2017

Restoran Cheese Banjir di Desa Pandan sekali lagi jadi tumpuan aku gara gara aku makan kali pertama di situ , beberapa minggu lalu. Sedap ! Berbaloi dengan wang yang dikeluarkan. Kalau rasa tak puashati , panggil je manager ! Kasi tau apa yang tak kena. 

Tak perlu amik gambar pastu kasi viral. Sikap tak bertanggungjawab dan giler viral ! Huhhh.. walhal boleh je kasi tau manager , tu pon kalau tak sedap la.. kan kan ? Tekak aku , best ! Hahahaha.. Boleh baca entri aku yang lepas bertajuk Lunch dan Dinner Sedap Di Restoran Cheese Banjir

Kali ni , tumpuan aku dan rakan rakan ke sini adalah untuk menikmati Meatball Naga Berapi yang boleh mengenyangkan 8 orang sekali gus ! Huhuhuh.. Meatball Naga Berapi ni mengandungi beberapa jenis makanan seperti salad segar , potato fries , udang rangup dan beef meatball gergasi yang confirm kasi puas semua orang punya ! 



Haa.. amacam ? Besar ok ! Satu potong tu je dah cukup untuk aku. Yelah , ada udang dan ubi lagi. Salad lagi ! Haaa... nak kenyang camana lagi kan ? Hahahaha.. Harga ? Ni promosi untuk bulan November je ni.. RM250 jer ! Mahal ??? Apa lak... 8 orang makan tuuu ! Baru RM31.25 jer ! Ok la kan ? Bawak satu famili atau ajak kawan kawan open table sini jer ! 

Ok.. aku tau. Ada yang bukan tekak omputeh kan ? Nak makan masakan tradisional , kan ? Wajib makan nasi gituu.. kan kan ? Ok... ada pilihan menu kalau tak nak makan meatball ni. Ada banyak sebenarnya. Antaranya ialah.. 


Puashati la makan beramai ramai. Pasti akan tapau bawak balik.. cam aku ! Hahahah.. Aku tapau sotong gergasi dia. Fuh , ikutkan kena makan panas panas baru sedap. Tapi gara gara tak nak masak makan malam.. maka tapau je la. Heeee.. 

Bergambar sebelum bersurai. Kekenyangan ! Terbaik Restoran Cheese Banjir , Desa Pandan.  
Untuk ke sini , korang boleh je Waze ' Cheese Banjir' atau alamat penuhnya ialah Restoran Cheese Banjir , Lot G10 , G-Village , Jalan 1/76D . Desa Pandan, Kuala Lumpur. Telefon untuk booking , 017- 252 0031.

You May Also Like

18 comments

  1. Memang puashati makan kat Cheese Banjir ni..
    Sedap dan portion pun banyak!

    BalasPadam
  2. Yya Allah.. Memang sedap sangat makanan kat cheese banjir ni.. Wajib repeat lagi lps ni..

    BalasPadam
  3. Best nampak makanan tu, sesuai lah dengan harga..bersyukur dapat nikmati makanan Malaysia yang hummm!!! sedap

    BalasPadam
  4. teruja nya tengok korang makan. Jado tukang like jer la.. nampak semua sedap

    BalasPadam
  5. Yg tak makan cheese pun boleh pergi...SBB tgk menu lain pun menyelerakan tu.

    BalasPadam
  6. Fuhhh makan kat sini rasa takmau stop! Sedap nyaaa semua menuuu!

    BalasPadam
  7. Kannn sedap sgt2..punya besar kte yang 10 orang pub x abes makan hehe

    BalasPadam
  8. Dok terbayang lagi cheese tu.... Jom repeat..

    BalasPadam
  9. memula tengok gambar,. besarnya .. habis ke aku ? hahahah.. makan dengan kawan2 sedap ni ... kan. makan seorang memang tkleh abes.. murha ak kalai sekepala rm32

    BalasPadam
  10. nak repeat, sedap sangat rasa dia! memang puas hati makan, portion besar

    BalasPadam
  11. tergoda tengok meatball tu,harga pun berbaloi

    BalasPadam
  12. lepas tengok gambar ni, wajib la datang sini..

    BalasPadam
  13. Memang memikat betul Meatball Naga Berapi tu, nak cuba jugaklah nanti makan kat sini.

    BalasPadam