Cabaran aku pulak !

Sebelum ni , amik jalan mudah. Terpaksa ! Aku bekerja dari rumah. Anak anak sering datang nak join bila aku mula buat kerja. Kalau tak ASAP punya job , aku boleh buat malam. Tapi kalau nak segera ni , aku mula pening ! Camana nak alihkan perhatian anak anak ?
Ok.. bagi mereka permainan. Hurmmmm.. kasi dah tapi tau apa risiko ? Yang si kecik ni , akan masukkan mainan dalam mulut. Si besar , ok dah skit tapi ada je menda dia nak aku buat.. tarik perhatian ! Aduhh... memang leh tekanan jiwa la jap. Jalan mudah.. kasi gajet jer ! Dan itu satu kesilapan yang sering aku dan ramai lagi buat ! 
Wife dah pesan banyak kali tapi dia ada pilihan. Bekerja di pejabat.. aku ? Kalau aku tak perlu cari duit , senang la tugas aku jaga mereka. Tapi aku perlu 'bekerja' juga dan pendapatan aku juga penting dalam keluarga ni. Sejujurnya , kami juga terkesan sangat dengan kenaikkan harga itu ini ! Tu aku terpaksa bekerja lebih keras sekarang ni. 
Tapi semua tu bukan satu alasan untuk kita amik jalan mudah yakni besarkan anak anak dengan gajet! Main game tu satu hal tapi Youtube tu lagi bahaya dari game ! Haihhhh.. macam macam cara mereka nak rosakkan minda anak anak kita 
Hari ni hari pertama aku jaga anak anak setelah seminggu 'bercuti'. Qhaliff lak 'cuti' ari ni. Maka aku kena jaga bertiga sekali gus , dari pagi hingga petang ! Adehhh... kalau berdua , boleh lagi la nak kawal tapi bertiga ? Adehhh... bergaduh dan bersepah tu , biasa dah. Yang si kecik ni asik nak panjat tangga. Dan nasib baik la tandas bukan tempat dia nak bermain.
Alhamdulillah... berjaya lalui jugak aku. Rumah bersepah tapi si abang dah pandai mengemas. Tu pun selepas daddy janji nak belikan Snikers dan layan movie nanti.. Ok je bagi aku.  Sebelum wife balik , segalanya seperti sediakala. 
Sesekali Qhaliff cuba nasib.. mintak handphone sekejap.. " Satu je , daddy.. " . Ok la.. aku kasi untuk 5 minit saja dan ajar dia berpegang pada janji. Ini hasil didikan wife dan Qhaliff berjaya turut dengan baik sekali. Bila minta semula , dia kasi.. pastu dia tidur ! 
Sejujurnya banyak Qhaliff belajar dari gajet ni tapi gajet ni buat dia mudah hilang fokus di kelas . Kepala dia ingat kat game jer.. Dan sekarang , dah ok dah.. Cuma di kelas tu aku tak tau sangat sebab baru dua minggu je perubahan ni dibuat. 
Sesekali ok... tapi jangan galakkan. 

7 ulasan:

  1. dh buat kat anak bauh jgak..menjadi

    BalasPadam
  2. Bagus bagi mainan camtu, rumah bersepah takpe janji anak² tak leka dengan gajet je.

    BalasPadam
  3. Gitulah cabaran menjaga anak anak. Lebih lagi anak anak yang masih kecik. Pulak dengan gadget dan game yg macam macam sekarang ni. Tak boleh elak sebab benda tu semualah yg jadi umpan untuk diaorang leka buat sementara waktu so kita bolehlah buat kerja kita ...

    Balik kerja, wife sure terkejut tgk rumah tu hihi

    BalasPadam
  4. Dapat rasakan betapa exhaustednya

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI