Gegar Vaganza 4 : Minggu ke 2 yang kurang menyengat !

by - Ahad, November 05, 2017

Pengacara 'panas' tapi menghiburkan. Untunglah... 

Permulaan yang hambar. Maaf , sila cuba lagi. Nasib baik kehadiran Dato' Jalalluddin Hassan , kembali menyegarkan suasana. Nyanyian orang lama... nak kata apa kan ? Semua orang tau dia nyanyi memang 'mengancam ! Hehehehe.. 

Ok.. peserta pertama.. Hazami, lagu Judika. Tajuk lagu. Setengah Mati Merindu. Komen aku ? Boleh layan. Takda masalah bagi aku suara dan lenggok nyanyian dia. Peserta kedua , Lan Kristal bawak lagu Karam.. Ok jer ! Mantap. Belum tercabar lagi buat dia. Bagi aku, dia bawak selamba je la.. Rock jumpa rock.. ok jer ! Tunggu lagi mencabar skit.. 

Giliran Aqasha. Bawak lagu Jamal Abdillah yang bertajuk Aku. Bagi aku masih belum jumpa taringnya lagi.. Nyanyian ok jer. Untung hensem je la. Mesti ramai perempuan undi dia ni.. hehehe.. kan kan ?
Drama , drama , dramaa... Inilah 'gula-gula' Gegar Vaganza dari dulu hingga sekarang.

Haida , bawak lagu Fauziah Latiff... lagu feveret aku ni. Gaya nyanyian , ada la cam Fauziah Latiff. Tapi ok je bagi aku. Masih ada lenggok Haida lagi. Aku rasa dia antara peserta ferevet ke semi final selain Hazami.

Elyana , macam Lan Kristal... lagu Masih Cinta ni , makan dia jer la. Masih belum mencabar buat dia dan juga pengundi dia.. Hehehehe.. Eh , aku minat dia gak ok ! Haaa.. harap dia masuk final la. Good luck eh..

Gaya dia..

Satu satunya peserta dari Indonesia, Firman.. bawa lagu Rindu Serindu Rindunya. Yes , ni la diaa... Bawa gaya sendiri ! Antara penyanyi yang bakal ke final melainkan dia tarik diri ! Hehehehe.. Namun , aku masih suka lagu asal yang cukup berhantu ! Hehehe...

Teringat kenangan bersama diorang dulu , Spoon ketika gi melepak kat Johor Bahru. Zaman zaman Mirc gitu.. hehe.. Jumpa geng chat.
Mantap persembahan Firman

Setakat sampai Firman , aku masih tak terasa bahang minggu ke 2 ni.  Raja Azura lak menyanyi.  Dia bawak lagu Endang S. Taurina  ( Apa Yang Ku Cari ). Hurmm.. hurmm...Ok gak cuma bagi aku , dia buat satu kesilapan masa berhenti tu. Tak sepatutnya dia 'merayu undi' gitu.

Persembahan tip top bagi aku.

Ferhad , bawa lagu nyanyian Cakra Khan yang bertajuk Harus Terpisah.  Ok , bukan peserta kegemaran aku. Gaya ada. Suara , hurmm... Moga bertuah ke final ! Hehehe.. Rileks.. baru minggu ke 2. Banyak minggu lagi ada.. kan kan ? Kasi persembahan lagi best eh.

Syura... lagu Khatijah Ibrahim nyanyi.. Ku Pendam Sebuah Duka... best ! Hehehehe.. Pencabar buat Haida tapi bukan Aishah yang menyanyikan lagu Dingin ( Ziana Zain ) yang cukup mantap ! Gegar Vaganza ni bukan level dia. Kalau diletak peserta cam Siti Nurhaliza , Ziana Zain , Amy Search , Sheila Majid , Zainal Abidin , Awie , Khatijah Ibrahim.. haaaaa.. baru Gegar Pentas tu ! Huhuh..

Tak terkata persembahan dia ! 

Tia JinBara bawa lagu Cenderawasih, dari kumpulan Kris.. macam Lan Kristal gak la. Lagu makan dia jer. Memang boleh feel punya ! Yeargh... dua dua aku sokong tapi bukanlah peserta feveret aku untuk Gegar Vaganza kali ni.. maaf yer. Hee.. tapi aku harap diorang ke final , hasil persembahan minggu ni.

Power bro ! 

Liza Hanim... Aku Hanya Pendatang, Francisca Peter ! Fuh... lagu berhantu ni weh ! Dan dia berjaya membawa dengan gaya tersendiri ! Memang gempak ar ! Mampu menjadi pencabar di final nanti ! Pergh.. juri pun kagum wooo.. Apatah penonton ! Haaaa... 

Sayangnya kan... zaman Liza ni , dia kena bersaing dengan Siti Nurhaliza. Tewas sebab 'rupa' jer Kalau takkk.. Haaa ! Malatoppppp top top dah ! Tapi mana tau kan ? Gegar Vaganza kali akan up dia kembali seperti Siti Nordiana.. kan kan ?

Ok... Siap semua dah ! Sapa tak terpilih untuk ke minggu ke 3. Berani ke tidak temanya. 

1. Lagu untuk mu ( Meet Uncle Husain ) - Liza Hanim 
2. Kenangan bersamamu (Lefthanded )  - Haida 
3. Joget Kenangan Manis ( Sudirman ) - Hazami 
4. Knock Knock ( Elizabeth Tan )  - Syura
5. Terukir di Bintang ( Yuna  ) - Aishah 
6. Bila Resah  ( Anuar Zain ) -  Tia JinBara
7. Sayang Sayang ( Aliff Aziz ) - Lan Kristal 
8. Cinta Tak Keruan ( Amigos  ) - Aqasha 
9. Zalikha ( Floor 88 ) - Firman 
10. Wulan Merindu ( Cici Paramida ) - Elyana 
11. Perhaps Perhaps Perhaps - Raja Azura

Dan Ferhad... terkeluar seperti yang dijangkakan .. Moga minggu depan jangan ada adegan merayu undi yer ! Boring ar tengok ! Keseluruhan , bagi aku minggu ni tak sehangat minggu pertama ! Tunggu minggu ke 3 lak.. kalau panjang umur.. Heeee..



You May Also Like

6 comments

  1. Liza Hanim memang best minggu, memukau dan suara pun best. Lan Kristal pun best! Tapi ingat KE tersingkir, hehehe!

    BalasPadam
  2. tak dapat nak komen apa2..yang pasti tak sabar nak tengok minggu depan nabil & jihan nyanyi lagu baby shark..heee

    BalasPadam
  3. tak dapat nak komen apa2..yang pasti tak sabar nak tengok minggu depan nabil & jihan nyanyi lagu baby shark..heee

    BalasPadam
  4. GV pun guna undian ea? ingatkan 100% juri..

    BalasPadam
  5. Keluarkan je la raja azura. Kesian kat dia. Susah betul nak raih undi

    BalasPadam
  6. Wahh nanti nak tgk lah..ehh lan akan nyanyikan lagu sayang sayang..wow.. menarik

    BalasPadam