Justice League lagi menarik dari The Avengers ?

Aku tak minat Justice League ! Bila nampak Superman dan Batman , terus mati mood nak layan ! Tapi gara-gara Wonder Woman dan The Flash , aku bagi peluang Justice League. Aku bawak Qhaliff dan sepupu dia , layan di Alamanda. 
Dan aku harap ianya berbaloi. 
Aku tak minat Justice League sebab dia dah ala ala The Avengers. Aku yang minat The Avengers dari dulu lagi. Bila tengok Justice League ni macam.. hurmm... Lebih lebih lagi sejak filem Batman semakin membosankan.. dan Superman yang slow giler laaa.. termasuk la Batman Vs Superman ari tu. Menguap tengok. 
Tapi tak peee... macam aku kata tadi , aku kasi peluang. Preview pon nampak cam best. Dan aku harap best la.. kalau tak , memang aku pangkah sampai bila bila la filem superhero DC ni.. kecuali Wonder Woman. Cun gak dia kan ? Hahahaa... 
Show kul 11 pagi. Penonton boleh tahan gak. Beli tiket , beratur je. Online entah apahal tak boleh. Scripting punya error ? Harap berbaloi aku beratur. Hahahaha.. 
Ok.. start .. bla bla bla bla... watak The Flash.. hero hensem tapi agak kaku skit. Lucu , lucu dah tapi macam keras sedikit la.. Tapi kalau lucu sangat , dah jadi cam watak Spiderman terbaru ni.. melucukan.  Si Aquaman... hurmm..watak yang best. Boleh layan la.. Cyborg , ala ala Ironman cuma asal usul dia je lain... hehe.. tapi watak dia berbeza... cool !  Batman , nasib baik la Ben Affleck yang berlakon. Dah nampak tua dah dia.. heeee.. Tapi best la kali ni. Dan Wonder Woman... terbaik ! Oh ya , Superman hidup semula ! Hehehehehe.. Terlalu gagah . Penjahat pon tak setanding dia. Macam mudah sangat je dia belasah penjahat. Tapi watak Superman kali ni aku suka. Dah tak berapa serius. 
Penamat cerita dia.. lain dari filem superhero sebelum ni rasanya.. Bagi aku ending dia sangat menarik Aku suka. 
Kesimpulan... boleh bawak anak gi tengok ! Ada babak cium jap je.. tu pun si Superman je... standard dia la.. hahahaha.. Cuma awalan tu , kalau anak kecik tu di bawah 5 tahun.. dia akan agak boring jap... biasa la kan.. drama drama drama... jap jer.. 
Aku kasi 4 /5 bintang. Menghiburkan. Tiru The Avengers ? Nehhh.. sapa pedulik ! Janji tak tiru KeluangMan dah.. 

15 ulasan:

  1. Lepas baca review aben nie lagi rasa berkobar-kobar nak pi tengok.

    BalasPadam
  2. plan nk tengok jugak ni.
    alasan yg sama sebab wonder woman.
    nak harap kat superman ngan batman memang x layan.

    BalasPadam
  3. Keluangman...? Hahahaha...favourite masa kecik tu.

    BalasPadam
  4. tak tahu kenapa macam tak masuk sangat batman dan superman, haha! kalau arwah suami ada, mesti dia pun komen macam aben. suka sangat dia cerita macam ni

    BalasPadam
  5. tak pandai tgok cerita superhero..huuu

    BalasPadam
  6. Baru tgk tadi, setuju ngan aben. Boleh layan justice league ni, best, tak lena hahaha. Aquamen hensemnya laa haii hahaha

    BalasPadam
  7. Bila dah baca ni yg kena pegi tgk ni.. hehe

    BalasPadam
  8. Tunggu Astro Best ajelah kot

    BalasPadam
  9. Jarang layan movie camni. Kalau ada geng layan kn aje. Kalau dah kata 4/5 rating tu maybe bole plan something on it.

    BalasPadam
  10. tetiba teringin nak p tgk wayang.. haha

    BalasPadam
  11. haha, part last gelak, keluangman? citer kanak2 dulu selalu tengok. Aben kata best, ni rasa teruja nak g tengok.

    BalasPadam
  12. Minat Avengers jugak sebab ada Ironman, hehehee! Tapi JL ni tak pernah layan lagi, nanti nak tengok jugaklah.

    BalasPadam
  13. 4 out of 5? Tapi I fans of Avengers..hmm..boleh dipertimbangkan

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009