Kenapa Fukushima patut berada di dalam senarai tempat wajib lawat di Jepun ?

by - Jumaat, November 10, 2017

Hurmm... 2 hari di Fukushima... jujur aku cakap , tak puas ! Aku suka Fukushima berbanding Tokyo! Tokyo terlalu sibuk. Aku dari Kuala Lumpur yang bandarnya ,sibuk tanpa henti. Aduh.. pening dibuatnya tapi Tokyo lebih teratur dari Kuala Lumpur. Maaf cakap yer.. Realiti yang perlu kita terima. Namun , hujan emas di negara orang.. kan kan ?

Ok.. Tamo citer pasal Tokyo mahupun Kuala Lumpur. Aku nak fokus pada Fukushima. Yer , aku tau... sebelum aku datang , aku ada Google mengenai Fukushima. Majoritnya mengenai Fukushima adalah negatif ! Cerita cerita begitu memang membuatkan ada peserta trip kali ni menarik diri ! Aku? Aku yakin dengan kemampuan dan persediaan penganjur iaitu Japan Airlines dan  Fukushima Prefecture Tourism & Local Products Association iaitu memastikan segala galanya dalam keadaan selamat ! Takkan la nak bawak kitorang dari Malaysia ni ke tempat tak selamat kan ?


2 hari... tak cukup untuk jelajah bandar Fukushima. Kena pulak aku gi dalam musim luruh. Aduhhh.. seperti yang korang tengok laa... tempat tempat cantik begitu bukanlah dibuat baru dibina sebaliknya usianya lebih daripada usia aku ! Jap.. aku baru 17 tahun.. usia korang !!! Korang dah 40an kan ? Haaa..

Dari segi pemakanan.. sana ada makanan laut , buah-buahan serta ada makanan yang disediakan mengikut kehendak kita , seperti Halal walaupun ada restoran belum ada sijil Halal lagi. Buat pengetahuan . kerajaan Jepun senantiasa bekerjasama dengan Jakim. Ini satu perkembangan yang bagus apatah lagi orang Islam di Malaysia amat sukakan Jepun.
Penginapan ? Banyak je pilihan hotel di sana..

Bagi keindahan bandar Fukushima , jangan cakap laa.. Aku dah tak larat nak ngaga ! Buat pengetahuan korang , bandar Fukushima ni cantik tak kira apa jua musim sekali pun ! Haaaa.. Aku nak datang lagi nanti masa winter dan juga Spring.. nak tengok cherry blossom dan sakura ! Huhuh.. 
Rakan rakan yang datang sini.. kebanyakkan dah pusing dunia tapi 2 hari bersama , masing masing teruja dengan keindahan Fukushima!

Amacam ?

 
 
 
 
 
 
 
 


Cantik kan ? Diorang kata banyak lagi tempat cantik... tapi sayang kami mengejar masa ! InshaAllah, akan kembali bersama keluarga tercinta.. dengan menggunakan Japan Airlines yang pastinya selesa untuk aku dan juga keluarga aku... terutama anak anak !

Yer... Keselesaan anda , keutamaan mereka ! 

Jangan risau bab pengangkutan di sini. Kalau korang nak travel sendiri , pengangkutan awam mereka antara yang terbaik di dunia. Dan mereka juga dah mengutamakan bahasa English. Maknanya mereka boleh menjawab pertanyaan ketika membeli tiket. Takda masalah.

Kalau takut nak guna keretapi mereka yang canggih tu... boleh guna agen travel yang berlesen dan berpengalaman ! Tak susah pon.. sediakan masa dan duitnya saja.. heeeee.. Jangan lupa ajak aku sekali eh...

Best ! Gi laaaa.. Bayangkan mereka dilanda bencana pada tahun 2011 tapi sekarang 2017 , mereka dah kembali malah dengan penuh bersemangat ! Teruja aku tengok wooo..
Baca entri berkenaan : Fukushima, Hari 1 dan Fukushima, Hari 2

You May Also Like

17 comments

  1. Lawa tempatnya. Harap ada rezeki jejakkan kaki kesana nanti

    BalasPadam
  2. Orange betul daun2 tu .. lawa , subhanallah

    BalasPadam
  3. Jepun sememangnya negara yg mempunyai keunikan yg tersendiri. Teringin nak jejak dgn anak². Moga ada rezeki..

    BalasPadam
  4. tenang je tengok tempat2 yang abg ben pergi..nak jugak pi sana...😂😂😂

    BalasPadam
  5. Syukur...seronoknya...bawa family..mesti anak-anak teruja..

    BalasPadam
  6. Memang cantik, lega je mata memandang. Dahlah negara diaorang bersih, suka tengok.

    BalasPadam
  7. Lawanyaaaa bestnyaaaa.. Boleh masuk whistlist ni

    BalasPadam
  8. SubhanaAllah,indahnya ciptaan Allah di bumi Jepun. Hope one day boleh jejakkan kaki di sini

    BalasPadam
  9. Subhanallah.. Cantiknya pemandangan kat Fukushima ni.. Macam latarbelakang lukisan..

    BalasPadam
  10. Aman damai je suasana Fukusima ni. Rasa tenang dari kesibukan kota metropolitan. Pemandangannya pun cantik-cantik. Dah masukkan dalam senarai tempat yang akan dilawati. Mudah-mudahan suatu hari nanti akan dapat jejakkan kaki ke sini. Terima kasih Ben Ashaari atas perkongsian dan info yang berguna ini. Memang terbalik dari persepsi negative yang dikhabarkan sebelum-sebelum ini.

    BalasPadam
  11. Best. Konfirm nak pergi sana suatu hari nanti. InshaAllah

    BalasPadam
  12. Lepas ni dah tak ada pandangan negatif lagi mengenai Fukushima ni..cantik sangat tempatnya.

    BalasPadam
  13. Alahaii tenangnya dekat sana.. wajib pegi satu hari nanti!

    BalasPadam
  14. suasana nampak tenang dan mendamaikan ...memang best untuk santai2 ....err rasa nak cari rumah pulak kat sana ....

    BalasPadam
  15. wah bestnya ke jepun view pub cantik..cantik...nak pergi juga one day insyallah

    BalasPadam
  16. bnyk warna pemandangan tempat ni... macam lukisan...

    BalasPadam