Kenapa OMBAK KITCHEN patut jadi pilihan anda dan anda semua ? Haa.. meh aku citer ?

Aku bukanlah pengemar makanan laut. Kalau makan pun , jarang sekali. Ikan , udang , sotong tu ok laa.. Selain dari tu , makan bila ada depan mata jer. Kalau takda , tak kisah sama sekali. Nak mencari atau mengidam tu , tidak la.

Sejak jadi blogger ni , banyak kali aku terima pelawaan buat review restoran makanan laut. Semua sedap sedap belaka. Masing masing ada resepi dan rahsia tersendiri. Kesedapan masakan dan harganya saja membezakan antara mereka. Kalau tanya aku , mana yang sedap ? Jawapan aku , berapa kau punya bajet ? Lokasi ? Bagi aku , kalau dah tertarik.. tak kisah dah. Boleh redah punya gi carik ! Kan kan ?

Aku suka tagline Ombak Kitchen ni... very the Malaysia gituu ! Cayalah la.

Terbaru , aku gi review Ombak Kitchen yang terletak di Bukit Jelutong , Shah Alam. Nak ke sini , tak susah sama sekali. Guna je waze. Confirm jumpa ! Hehehehe.. Takda masalah mencari tempat di zaman ni. Macam macam aplikasi ada. 

Parking, mudah. Berdekatan dengan masjid. HALAL dalam permohonan tapi takda masalah aku rasa pon untuk lulus sebab restoran ni memang terjaga dari segi kebersihan. Tiada alkohol dihidangkan dalam restoran ni. 

Okeh... jom tengok dulu Ombak Kitchen ni. Susun atur dalam restoran ni menarik minat aku. Kalau ada anak anak kecil , diorang pon selesa nak bergerak ke sana sini. Ruang laluan yang luas dan ini bagus untuk elakkan rasa semak di mata dan rasa sempit seterusnya menghadirkan perasaan tak selesa. 











Tandas pon luas. Dan pengasingan tandas mengikut jantina. Tak seperti sesetengah restoran yang mana tandasnya sempit dan bercampur ! Hurmmm... kena peka skit part ni yer. Kan kan ? Maklumlah, kita masih ada rasa 'segan' di jiwa. Ececece.. 

Ok.. jom ke dapur lak. Ketam di sini , mereka amik yang segar. Maksudnya , yang hidup hidup. Sebab nak pastikan pelanggan berpuashati dengan apa yang mereka makan serta berbaloi ! Takda la rasa 'tertipu' gitu kannn.. Haa... 


Di Ombak Kitchen , mereka tidak masak guna wok-fried atau deep-fried seafood tetapi menggunakan kaedah merebus bagi memastikan kesegaran dan 'juicyness'  makanan laut tu terasa dan terpelihara. Menarik kan ? Haaa... aku kata dah ! 

Manakala udang pula , hanya size Extra Large saja akan dihidangkan. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan Ombak Kitchen. Kerang Hamaguri diimport khas dari Jepun kerana mempunyai isi yang lebih banyak jika nak dibandingkan dengan kerang tempatan. Selain daripada tu , mereka turut menghidangkan Alaskan King Crab , Canadian Red Lobster yang diimport dan banyak lagi. 

Ok.. inilah kelebihan Ombak Kitchen ! Bersedia nak tau rahsianya ? Di Ombak Kitchen, mereka hidangkan sos yang hanya menggunakan Western Sauce seperti Cajun Seasoning , Old Bay Seasoning dan masak menggunakan butter dan bukannya minyak masak ! Haaaaa , memang sedap sosnya ! Confirm bertambah... Tujuan mereka bukan saja untuk menghidangkan makanan yang bermutu tinggi tapi untuk menambah rasa makanan. Dan nasi yang dihidangkan , memang jenis bermutu tinggi. Ala ala rasa cam pulut gitu. Tetiba teringat nasi di Jepun. Sedap !! 

Rempah import khas ! Bukan main guna yang 'segera-segera' punya. 






Pakai Tangan Jer.. ! 

Hehehe.. Restoran ni takda peraturan di meja. Nak bising ? Bisinglah... maksudnya , bukan buat live band atau konsert atau sebarang tarian atas meja yer ! Tapi makanlah tanpa rasa malu dan segan. Takda sapa nak tengok atau jeling ! Yer , tiada sudu garfu gitu ! Makan je pakai tangan. Tiada peralatan atau pinggan mangkuk. Gunakan jari untuk mencelup pelbagai jenis makanan anda ke sos sos yang dihidangkan.

Jom basuh tangan dulu.. 


Opsss.. sebelum makanan sampai , boleh order air dulu. Ada banyak pilihan air seperti Mocktails , Bubble Tea , Fruit Tea , Cold Cafe , Fresh Juice , Matcha dan Soft Drink. Aku dah try Bubble Tea dan Chocolate. Dan jangan lupa cuba dulu makanan pembuka selera ! Aku cuba Sotong Lobang , Kambing Black Zepper dan BBQ Daging Bebola. Huhuhuh.. Aku sukaaaaa BBQ Daging Bebola ! 

Yummmy !! 






Ok... sampai dah beg yang berisi makanan laut seperti yang dipinta ! Combo 1 yakni untuk 2 orang makan. Sorang pon boleh je tapi.. hehhehee.. banyak kot ??? Sebelum tu , nak kasi tau.. cara nak order ni ada dua. Satu ala carte dan satu lagi combo. Kalau yang baru baru ni , aku cadangkan amik je Combo 1 je dulu. Lain kali baru leh test yang lain ! 

Combo 1 , harga promosi RM98 jer ! Puashati ! Ni paling murah la combonya. Ada lagi yang lagi gempak ! Harga pon setanding dengan makanan gempak tu laaa ! Jangan kata mahal sebab bagi aku , ni murah dah. Pernah jumpa dengan harga yang memang gempak ! Hahahaha.. 

Ada 4 jenis combo keseluruhan atau ala carte jer. 




Ada potato , jagung , brocoli dan nasi.  3 jenis sos istimewa Ombak Kitchen : 
  1. Red Hot Sauce ( Cajun ) - pedas ! 
  2. Black Sauce ( resipi rahsia chocolate terbaik Ombak Kitchen ) - pedas tapi lembut rasanya.
  3. Creamy Lemon Butter Sauce - Ringan dan beraroma tanpa kepedasan. 



Serius , sedap ! Best part... Kenyang tapi tak mengah ! Secukup rasa masakan mereka. Huhuh... Rasa macam nak kembali lagi dengan kawan atau ahli keluarga yang kaki makan seafood ni ! Hahahaha.. Best, best ! 

Selesai part orang tua .. part anak-anak lak ! Hahaha.. mesti diorang suka tengok part ni. Ni dessert signature mereka. Rare gituu ! Persembahan untuk anak anak kita dan juga kita !! Heee.. kasi kreatif skit. 


Pemanis mulut yang dinamakan Heavenly Manis. Buah-buahan , malassada yang diisi dengan durian , pastry , sirap dan seorang pelayan yang kreatif akan bersedia menawan hati anak anak korang ! Bakal tecengang dan abiskan segalanya atas meja tu nanti ! Hahahaha..


Panjang benar cerita aku ! Hahahaha.. Ok ok , buka setiap hari kecuali Isnin. Hari Selasa sampai Jumaat ,buka dari jam 5 petang - 11malam manakala  Sabtu dan Ahad , buka dari jam 12.00 tengahari hingga 11 malam. 

Untuk maklumat lanjut : 
Tel : 03- 7734 4699 
Facebook : Ombak Kitchen 
Instagram : Ombak Kitchen 
Alamat : No.5.G.01 , D'Vida Business Centre Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong , 40150 , Shah Alam.

Sedap , bagitau aku ! Tak sedap ? Panggil manager ! Hahahaha.. InshaAllah,  sedap ! 


23 ulasan:

  1. wah menarik ni . macam banyak je seafood tu .. hahah kena bawa geng kalau nk makan situ

    BalasPadam
  2. Kreatiflah part desert tu..bukan anak2 je suka tu..mak pak pun suka camni

    BalasPadam
  3. perghhhh tgok pun dah buka selera...lokasi pun dekat..mmg awesome lah, boleh cuba ni..

    BalasPadam
  4. presentation menarik..seronok je qhaliff tu tersenyum..mst sedap kan

    BalasPadam
  5. Uhhh semua nampak sedap-sedap...ok masuk list nak kena cuba ni...

    BalasPadam
  6. Suka tagline dia.. pakai tangan jer.. So welcoming... Dessert dia nampak menarik sangat.. sibujang ngan anak dare tu pun manis je senyuman diorang tengok demo tu

    BalasPadam
  7. Wow hebat..nampak sedap dan terpanggil2 nak pergi sana..

    BalasPadam
  8. Kalau dekat ni confirm terus pergi terjah. Mmg favorite food ni. Presentation dia menarik

    BalasPadam
  9. Uniknya pencuci mulut tu,sedapnyaaa seafood...

    BalasPadam
  10. kedai dia nampak sangat kemas. Makan shellout macam ni dah dikira murah dah ni.

    BalasPadam
  11. Pergh..pakai tangan je mmg heaven la mkn..makanan pun nmpk menyelerakan..lagi seafood

    BalasPadam
  12. Pakai tanganlah syok, baru terasa kesedapan sambil menjilat jari.

    BalasPadam
  13. Menariknya persembahan signature tu ben...lain dari yang lain...terus rasa mcm diri diambil hati gituuuu

    BalasPadam
  14. Bagus tagline nya.. Tak payah susah-susah nak makan ketam guna sudu.

    BalasPadam
  15. Pakai tangan je mmg ssuai utk ai yg kampung ni haha best nya trliurrr

    BalasPadam
  16. Aben ni kenapa lahh asyik makan kat tempat best best jeee! Jelesnyaaa tengokk

    BalasPadam
  17. Makanan mewah ni..jarang ada di Keningau ni ..dekat Kota Kinabalu lamakab makanan ni sebab ada laut..bertuag=h dapat makan..nampak gaya begitu menggoda..hehehe

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009