Lemahnya daddy bila anak-anak dah pandai merajuk...

Si abang belajar mana pun aku tak tau laa... Ayat yang sering dikeluarkan bila daddy 'menyebelahi' adiknya , membuatkan aku dan wife sering ketawa besar..
" Daddy tak sayang abang pon. Asyik sayang Ara ngan Aariz jer. Tak sayang abang pon. ". Sambil tutup muka dengan bantal. Yer, kita nampak ianya satu yang lucu tapi sebenarnya memang mereka terasa pon. Dalam keadaan begini , kita sebagai ibu bapa jangan pandang ringan. Kalau dibiarkan , boleh membuatkan hati si pengadu tu makin keras dan lama lama akan membuatkan dia jadi keras hati..
Pujuk.. ok ! Pujuklah... Tapi bila kita pujuk si abang...kita jelaskan keadaan sebenar , si adik lak bersuara selepas berlari ke sofa yang jauh dari kita sambil bersuara ketar...
" Daddy tak sayang Ara pun. Sayang abang jer. " Pastu teriak ! Ahhhh, sudah! Kalau dua dua dah merajuk ? Ana kawin tiga ! Eh , ternyanyi lagu madu 3 lak.. hehehehe.. Nak kena dukung dua dua lak. Tapi kalau selalu begini , boleh die hard daddy ! 
Sambil renung si kecik yang dah pandai tarik muka bila kena marah.. Ni pun lebih kurang je nanti ! Huhuhuh.. Menanti masa jer.

5 ulasan:

  1. huhuhu..kemana tumpahnya kuah kalaubrak ke nasi..
    tu normal bg budak2 yg dah ada perasaan..kita mak ayah ni yang kne pantau emosi anak2..

    BalasPadam
  2. ermmm.. bukan budak je. yag dh dewasa pun ada yang mcm ni juga

    BalasPadam
  3. hahaha comel. samalah ngn bebudak kat umah ni...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.