Tak boleh tidur malam ? Cuba tiru Qhaliff !

by - Sabtu, November 25, 2017

Dialah insan paling susah nak tidur , kalau nak diikutkan....terutama selepas penguatkuasaan NO GADGET di rumah ! Segalanya berubah bila aku gi Jepun ari tu... dia dah mula 'dijauhkan' dari teleon pintar. Begitu juga Zahra. Mak dia berjaya lakukan dengan bantuan muka garangnya.

Dan baru-baru ni, aku ada bagi kat Qhaliff sleeping eye mask. Japan Airlines punya. Ada dua.. dua dua dia punya. Dan pertama kali aku kasi , tak sangka dia pakai... dia tutup mata... dan tak sampai 10 minit dia baring... dia lena ! Eh ?? Aku ingatkan dia main main.. sekali siap berdengkur ! Huhhh. Dan yang bagusnya , dia sangat lena.. berjam jam lamanya. Tu tido di waktu tengahari tuuu.. kalau tak , tengahari tu dia cuma tidur sejam dua je... 


Sejak tu... memang aku simpan menda alah tu. Dia akan pakai selepas mandi.. waktu malam. Kalau dia dah turunkan ke mata... bagi la 5 minit.. Dan aku bawa di hotel. Aku nak tengok dia. Apakah dia nak pakai gak ? Sebab dia ni pon jenis hangat hangat tahi ayam gak. Awal awal je panas. 

Ternyata sangkaan aku meleset !



Serius ! Dia sangat lena tidur. Bunyi tv tak langsung menganggu tidur dia. Tak berjaga langsung seperti sebelum sebelum ni. Perghhh.. Ini sudah lebih ! Nampaknya , aku nak ada gak ni. Kena beli satu untuk aku. 

Google... Jumpa! Lazada ada jual. 11 Street pon ada. Harga tengah cun ! Black Friday katanya.. Hahahaha.. Beli satu untuk aku... Zahra ? Hurmm.. Harga , ok jer. Bawah RM20.

Hurmm.... mau gak si Qhaliff amik yang ni kalau aku beli ! Tak payah dah nak didodoi bila nak tidur atau  cari ketiak aku dah ! Hahaaha ..

You May Also Like

12 comments