Tak nak dah beli barang buatan China !

by - Khamis, November 02, 2017

Ingat lagi tak Dji Osmo Mobile yang aku beli awal tahun ni ? Haaaa... rosak dah dia ! Hahahaha.. Camana lek rosak ? Hurmm... Ingat tak kes aku tergelincir kat Hutan Royal Belum , tempoh hari ? Kalau korang follow blog aku ni, mesti tau kes tu kan.. Kalau tak tau , boleh baca di SINI.
Dji Osmo Mobile memang best. Gambar pun cun. Video pon kemas dan cun jer. Tapi nak guna tu , leceh skit je.. skit jer.. Kena rajin. Dan bateri pun akan mencair walaupun sekadar guna bluetooh. Tapi tak la cair giler babas.. Dari 5 bintang , aku kasi 4 bintang la kalau guna Dji Osmo ni. 
Ok... berbalik pada tajuk entri aku ni.. Minggu ni aku gi antar repair Dji Osmo Mobile aku tu kat Alamanda. Memandangkan masih ada waranti.. aku cuba nasib je la. Aku baca gak pada kertas waranti tu.. katanya boleh antar untuk claim. 
Di kedai tempat aku beli tu , aku cerita la punca bagai. Software pon ada prob gak.. Menatang tu rekod 10 saat pastu stop. kena tekan berkali kali. Letih la gitu. Tak tau la kalau melibatkan setting. Aku mintak dia check gak. Memula tu dia kata aku kasi jatuh dan masuk air sebab aku lap. Yelah , aku jatuh atas tanah berlecak tapi Dji ni tak pon sendirinya. Aku pegang. Takda tanda calar atau sobek pon ! Semua ok... 
Bila dia kata masuk air.. aku tunjuk kat kertas waranti tu. Ada cover sekali je untuk  water damage. Tak kisah la.. Kalau takda pon , bagi aku takda rezeki la nak repair. Cuma yang buat tak best tu ialah.. dia kata 4 bulan baru siap ! Giler apaaa ??? Aku tanya kenapa ? Katanya sebab kilang kat China. Maka kena pos balik ke sana ! Aku tepuk dahi. Giler la 4 bulan. Bila dah ok , Dji Osmo ni mestti tak relevan dah untuk dipakai.
Sudah la 4 bulan.. kos hantar pon kita kena tanggung ! Hadih.. aku rasa ni last la aku beli barang China yang takda pusat repair kat sini. Dji dulu ada .. tapi dah pindah. Pasni nak beli barang.. kena tanya. Kalau nak repair , kat mana boleh ? Jangan main beli jer. Huhuhu.
Tapi masalahnya... sekarang ni memang bersepah dah MADE IN CHINA termasuk iPhone yang dibanggakan itu.. kikiki...

You May Also Like

9 comments

  1. giler 4 bulan...tak berbaloi langsung . beli baru jela gamaknyer Aben !

    BalasPadam
  2. Merugikan kita balik lah kalau cam tu

    BalasPadam
  3. susah skit kan sebab semua brg from china

    BalasPadam
  4. part last tu aben, mengundang kemarahan pengguna ipong. haha! naseb bukan pengguna ipong..

    sensitif juga dji ni, baru nak aim satu...huhu

    BalasPadam
  5. yaaa byk sgt dah buatan China, itu pun ramai peniaga ckp ori ori hahahha kdg2 kurang percaya gak...sayangnya kena tggu 4 bulan...huwaaaaaaaa nak gi jepun acaner ben...beli baru lah...tu pun kalau murah...mmg x murah la kan...osmo mahal oooo

    BalasPadam
  6. Laa macam tu pulak ke kalau nak claim warranty..adehh..

    BalasPadam
  7. gilerrr lah 4 bulan?? baik beli baru guna gaji 4 bulan tu..huhuu

    BalasPadam
  8. Last last ipong jugak disebut hahahaha

    BalasPadam
  9. iphone tu dipasang saja di China. Bukan made in China.

    BalasPadam