Whatsapp 'down' ! Bayangkan jika..

Kecoh sedunia ! Baru Whatsapp down.. belum internet yang down kan ? Kalau internet down , handphone canggih manggih bernilai ribuan ringgit itu tiada maknanya. Maka berpakatlah semua berhuhu depan handphone.. selfie muka  monyok masing masing !
Ada yang tak kisah Whatsapp down. Tapi bagi aku dan rakan rakan blogger lain, whatsapp down memang kacau jap laa.. Maklumlah , kami berurusan dengan agensi agensi advertising ni melalui Whatsapp je. Mudah , cepat dan pantas ! 
Bila whtsapp down gini , baru kita sedar... sememangnya ramai pengguna internet menggunakan Whatsapp untuk berurusan hal dunia. Bila takda , abis cuak semua ! Yelah , ada yang sedang deal bisnis.. ada yang sedang call bonda tersayang... bervideo dengan awek dan ada yang sedang track si tersayang ke mana menyorok ! Hehehehe.. 
Aku tak dapat bayangkan jika dunia tanpa internet ! Boleh mati keras ramai insan insan wooo.. kan kan ? Handphone mahal cam Iphone tu , jika takda internet umpama telefon botol air je.. Takda apa maknanya pon.. kan ?
Jam 5 lebih petang .. baru ok balik Whatsapp. Pasni kena standby back up aplikasi chat... apa cadangan korang ? Yang bagus la.. 

1 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.