Akhirnya , aku tewas... aku serahkan gigi aku pada Dr.Smile Putrajaya !

Aku perhati je dari jauh. Nak masuk ke tak nak ? Sekejap sekejap aku tengok jam. 11.28 pagi. Lagi 2 minit temujanji aku. Camana ni ?? Nak masuk ke tak ? Ke nak kasi alasan perut tiba tiba sakit ! Haa.. terus balik rumah !!! Amacam ? Tapi tu bacul dah tuuuu.. Kata anak jantan ! Lu bukan Sajat weh !! Sajat pon berani jumpa doktor gigi ! Haaa... Bukan Sajat penyanyi terkenal tu yer. Kawan aku , okeh.. haa ! 

Aku tenung jer.. Mencari kekuatan yang dah lari meninggalkan aku , dari malam lagi setelah dapat tahu, hari ni ada temujanji dengan doktor gigi ! Kali terakhir aku jumpa doktor gigi dan menyesal jumpa dia ialah ketika usia belasan tahu. Masih bersekolah dan kena cabut gigi geraham tak seingat aku. Apa yang berlaku selepas tu , aku terus balik rumah jalan kaki. Sejam gak la nak sampai umah ! Hahahhaha.. dengan gusi berdarah sebab gigi baru dicabut. Tak sempat jumpa doktor utk amik ubat dan juga MC. Aku berjalan kaki ketika tu.. menyumpah seranah doktor gigi ! Hahahaha... Sakit okkk! 

Nak masuk ke tak nak ??? Orang takda tuu ! 

Ahhh.. aku nekad jer. Takda orang lagi. Heeeee.. Berjalan masuk ke dalam klinik. Nak buat kasi bersihkan gigi punya pasal ! Gigi mesti baikkk punya berkarang wooo ! Hahahah.. berapa punya lama tak dicuci ! Haa.. apalah nanti doktor komen gigi aku. Malu aiiii ! 

Daftar dan doktor panggil. Giliran aku. Tak sempat aku nak panaskan bontot di kerusi ruangan menunggu. Dup dapppp... dup dappp ! Aku masuk. Tak sempat berbual mesra. Dental Nurse pun kelihatan cun je tuuuu... heheee.... Segan nak tayang gigi.. tapi sampai bila kan ? 

Aku dipakaikan cermin mata hitam untuk elakkan silau cahaya lampu dan kemudian 'dibaringkan'. Mulut dibuka. Dan aku serahkan segalanya pada doktor. Redha dan tawakal. Silalah Dr.Shazleen. Buatlah yang terbaik buat gigi ku itu ! Aduh...

Dia pun mulakan kerja dan dibantu staffnya. Lembut dan penyayang jer. Nasib baik dah kawin. Kalau tak , nak mintak no telefon dah staff dia tu. Dr.Shazleen tak leh.. baru je lahirkan anak. Paham paham la kan.. Hahahaha. Ok , aku gurau jer ! Maksudnya , diorang buat kerja lembut jer. Tak la macam zaman aku dulu.. tengok doktor pun aku dah gigil kepala lutut ! Haaaa... 


Dia kata takda lubang ! Ehh.. yeke ??? Wah , bagussnyaa aku jaga gigi ! Hahahaha.. Masalah aku cumalah pada gigi yang terkesan dari pelanggaran sewaktu bermain bola ketika usia 12 tahun dulu. Tu yang aku jadi fobia jumpa doktor gigi. Dia kata kena cabut ! Gile kena cabut ? Abis la nampak rompong bahagian depan tuu ! Hahahahaa... 

Jam 12 tengahari. Siap ! Wahh... sekejap je yer.. Aku tengok cermin. Waduh waduh.. Jatuh cinta aku pada diri aku sendiri. Kacak rupanya gigi aku tu yer.. Huhu... 


Yess.... Kembali sudah keyakinan aku ! Pasni tiap bulan aku nak ke sana. Hehehe.. Kena buat temujanji dulu yer. Jangan main redah... Heee. Terima kasih Dr.Shazleen atas rawatan tersebut. Terbaik ! 

Bagi yang berminat... boleh la hubungi mereka terus yer :


13 ulasan:

  1. Biar putih tulang jgn kuning gigi hehehe

    BalasPadam
  2. Padan laaa semalam Aben senyummmmm jer!
    Gigi dah cun

    BalasPadam
  3. adui..cabut gigi memang ngeri saya..ada petua nak tahan gigi agar hilang ngilu makan buah bagai..nanti saya buat entri. Alamak promot lah pula..sekadar infor
    Sabar ja lah, semua orang pernah sakit gigi ni bro Ben..

    BalasPadam
  4. Waa bagusnya tak berlubang.. Kalau berlubang acene? Alamak takutlaa..

    BalasPadam
  5. macam best jer nak cek gigi dekat dr smile ni, mesra pesakit macam tuuu...teringin nak buat scalling jugak.

    BalasPadam
  6. Faham ketakutan itu...aii pun takut jumpa doktor gigi haha

    BalasPadam
  7. hahaha...mcm suami je tkut jumpa doktor

    BalasPadam
  8. Lama xpergi jumpe dentist...sbb takut...hehehe

    BalasPadam
  9. Nak tampal gigi rasanya ni, gigi geraham ada lubang..tiap kali makan, ada nasik or daging masuk

    BalasPadam
  10. tkut juga nak pergi jumpa doktor gigi..kihkih

    BalasPadam
  11. teringin nak jugak jumpa dr gigi walaupun takut..

    BalasPadam
  12. Semua orang akan rasa semacam kalau nak jumpa doktor gigi kan? Tapi kalau doktor pandai buat konpem tak sakit punya!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009