Kali pertama memandu dalam ketakutan !


Selesai ziarah keluarga mak saudara aku yang meninggal semalam , terus gerak ke Kelantan.. sekeluarga. Lama tak balik. Ikutkan minggu lepas lagi nak balik tapi disebabkan banjir, perancangan ditunda ke minggu ni. Harap tak banjir minggu ni tapi dengar cerita gelombang kedua akan berlaku minggu ni. Moga Allah lindungi kita semua dan mangsa banjir. 

Bertolak dari rumah sana , jam 12 lebih. Jangka akan sampai Kok Lanas , Kelantan dalam malam gitu la.. Cuma yang menakutkan aku ialah hujan lebat di waktu malam. Hurmm.. Aku memandu dalam kelajuan biasa. Dengan keadaan kereta yang dah pon cecah 200 ribu KM , dan berusia 4 tahun sudah., aku kena hati hati. Anak anak kat belakang , asyik bertelagah jer. Aduhh. Baru 3 orang. Perancangan 7 orang ! Huhuhuh..7 la sangat ! 3 pon dah macam Hulk je aku ni.. huhu.. 

Sampai RNR Gua Musang , jam 5 lebih. Banyak kali berhenti sebelum tu sebab ngantuk dan kelaparan.


Mandikan anak anak . Pastu makan. Hujan dah turun renyai renyai. Aduh.... jangan laa lebat , bisik hati kecil aku. Kalau lebat , jangan laa ada yang tumbang ke bumi ! Huhu.... Aku perlu bertolak segera. 

5 minit memandu ke arah Kok Lanas , hujan makin lebat ! Yang menakutkan aku ialah ketiadaan lampu jalan dan penglihatan terhad gara gara hujan terlalu lebat. Jalan raya lak , garis putus tak nampak ! Haihhhh... kena berpandukan kereta di hadapan la jawabnya.  

Yer, sangat menakutkan. Aku beberapa kali gak masuk laluan bertentangan. Nasib baik cepat sedar. Tu belum part tersengguk sengguk lagi ! Haaaa.. 


Stress gilee memandu dalam keadaan di atas tu. Nak laju, kita dah tau kemampuan kereta kita. Maka aku berhati hati , terlebih kali ni.. Bertembung dengan lori lagi ! Haishhh.. kalau salah skit jer, abis laaa semua. Aku berharap dapat berteduh jap di stesen petrol. Penat nak jegilkan mata tengok jalan raya. Hahahaha.. Seriusss wooo.. Macam burung hantu dah mata aku. 

Alhamdulillah... jam 10 malam tiba di rumah mak mertua ! Huhuh.. hampir 12 jam gak tuuu..

13 ulasan:

  1. Jalan sana memang gelap. Memang takut kalau memandu musim hujan lebat macam nie. Semoga Allah swt lindungi kita semua

    BalasPadam
  2. alhamdullillah - selamat sampai ke kampong

    BalasPadam
  3. kalau hujan lebat, memang kena hati-hati lebih. Sebab faktor tak nampak tu. Syukur selamat tiba

    BalasPadam
  4. jauh yer perjalanan..kna elakkan berjalan waktu mlm sbb kawasan gelap kan

    BalasPadam
  5. fuhh, memang mencabar memandu dalam hujan, apatah lagi kalau tak ada lampu jalan, memang membahayakan!

    BalasPadam
  6. Tau xpe , sama la aben semalam berdebar gila .. huhu alhamdulillah semua ok

    BalasPadam
  7. Bila tiada lampu jalan dan bergantung hanya pada lampu kereta...sungguh pemanduan lebih mencabar...lebih-lebih bila banyak selekoh tajam.

    BalasPadam
  8. Memang mencabar memandu dalam hujan lebat. Pandangan kita amat terhad. Kenderaan dan jalan nampak sama warna dari jarak jauh. Tips saya, saya akan on lampu kecemasan. Biar kenderaan dari jauh nampak kereta saya.

    BalasPadam
  9. Kalau dalam kereta waktu hujan lebat gila memang menakutkan. Penumpang kereta pun takut. Inikan pula pemandunya. Time nak belok lagi seram.

    BalasPadam
  10. salam takziah ben. Alhamdulillah perjalanan selamat hendaknya

    BalasPadam
  11. takut jugak memandu dalam keadaan hujan lebat ni..

    BalasPadam
  12. Memang kena hati² lebih kalau memandu dalam hujan dan hari malam ni.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009