Cita-cita tercapai di tahun 2017 ! Selamat Tahun Baru 2018

Alhamdulillah.. 9 tahun dengan pelbagai pengalaman pahit manis , suka duka dan penuh dengan pengajaran ! Kenangan sebagai blogger inilah yang paling memberi kesan mendalam pada diri aku. Biasanya , aku mampu berada di satu satu sektor pekerjaan hanya untuk 3 tahun saja. Pastu akan jadi bosan dan mula buat pasal ! Huhuh.. pastu berenti dan cari kerja lain yang lebih memuaskan hati ! 

Apakah kenangan manis 2017 yang cukup meninggalkan kesan dan penghargaan buat aku ??? Pastinya jemputan dari JAPAN AIRLINES ke Fukushima dibawah trip business bersama beberapa agensi travel terkenal di negara kita. ! Itu antara impian aku sejak awal berblog lagi ! Memang terasa bangga sangat ! Bukanlah nak kata blog aku bagus sangat tapi bila ada yang hargai , cukup dah buat aku. Maklumlahkan.. blogger picisan jer.. Sebelum ni , dengan Air Asia dan MAS. Ok la kan ? 



Keduanya , Sony Mobile Media Creator ! Giler kooo.. Sony sponsor telefon pintar sepanjang tahun ! Sebelum ni , aku asyik beli je phone Sony. Maklumlah , aku memang kagum dengan Sony ni lama dah.  Bila dapat tawaran gini , mestilah bangga kan ? 

Dan kontrak bersama Sony Mobile disambung setahun lagi. Alhamdulillah. 


Lagi ? New Zealand pastinya. Lama dah aku mengidam nak jejakkan kaki ke sana. Aku ingatkan , aku sekadar mampu berangan... huhu.. Tapi sapa sangka kan ? Usaha perlu ada untuk pastikan angan angan jadi kenyataan ! 


Lagi ?? Hee.. kontrak aku sebagai duta Cosmoderm dilanjutkan setahun lagi ! Dan secara tidak langsung , #KBBA9 turut mendapat manfaatnya. Alhamdulillah.. 


Hurmm.. Banyak sangat nak diceritakan. Tapi yang paling membanggakan ialah kejayaan rakan rakan blogger #KBBA9 yang berjaya menaikkan nama komuniti blogger ini ! Ada yang anggap #KBBA9 sekadar komunti syok sendiri atau perasaan hot tapi bagi yang mengikuti perkembangan #KBBA9 , pastinya tahu segalanya. 

Tapi tak mengapa. Tak perlu terasa hati dengan insan insan begitu. Mereka ada dunia mereka , dan kita ada juga. Masing masing jaga , sudah.. 

Terlalu banyak gambar nak diletakkan ! Sila follow Instagram #KBBA9

2018 , aku dan #KBBA9 dah ada banyak program sehingga hujung tahun. Awal awal tahun pon dah ada program kembara tapi nampaknya tahun ni aku lebih berminat nak fokus dalam negara. Yer , terlalu banyak tempat menarik di dalam negara perlu diterjah ! InshaAllah..

InshaAllah. Doakan agar komuniti ini terus sukses dan lebih ke hadapan di hari hari mendatang ! Er, jangan lupa doakan aku dan juga keluarga aku juga yer. Heee.. Semoga Allah berkati dan murahkan lagi rezeki kita semua. Aamin...

Selamat Tahun Baru 2018 !

18 ulasan:

  1. Insyallah semoga 2018 semoga sukses..

    BalasPadam
  2. Tahniah atas pencapaian terbaik aben.. Kontrak sony tu.. Terbaikk

    BalasPadam
  3. Aamiin...
    Syukur Alhamdulillah, nina berada dalam family #KBBA9
    Banyak kenangan manis sepanjang bersama #KBBA9
    Moga KBBA9 terus sukses!

    BalasPadam
  4. Aamin. Tahniah aben. Dan terima kasih sudi berkongsi rezeki dengan kami dalam KBBA9 😊

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..tahniah aben..semoga murah rezeki tahun depan

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah. Semoga tahun 2018 membawa lebih banyak rezeki untuk aben dan kbba9!

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. Tahniah Aben.. Terima kasih kerana mewujudkan KBBA9 n terima kasih terima Tati sebagai sebahagian keluarga besar KBBA9 n berkongsi rezeki dgn kami semua..

    BalasPadam
  8. Amin... terima kasih juga sebab bagi peluang huda menjadi sebahagian keluarga KBBA9 yang memang awesome! Semoga perancangan 2018 dipermudahkan

    BalasPadam
  9. Buat apa yang kita suka.. mesti bahagia hidup kita. Selamat tahun baru 2018.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, tahniah aben. Semoga terus melangkah dan melangkah ke depan. Ada rezeki lebih tu hulur-hulurkanlah ya..

    BalasPadam
  11. semoga 2018 permulaan yang baik. tahniah :)

    BalasPadam
  12. Moga Aben dan KBBA9 terus berjaya di 2018. Tumpang bangga!

    BalasPadam
  13. Blog menarik dan santai. Aku perlu banyak belajar untuk menjadi blogger kerja sosial...mohon share juga blog aku http://kopikarat.blogspot.my/

    BalasPadam
  14. Bagus juga kembara dalam negara. Secara langsung kami yang jauh jauh boleh dapat info dari KBBA9 kalau nak melancong. Wehehehe..

    semoga Aben dan KBBA terus maju dengan jayanya pada tahun 2018 dan seterusnya.

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah~ Semoga terus berjaya dalam dunia blog :)

    BalasPadam
  16. allhamdulillah... semoga terus berjaya di masa hadapan...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.