Merasa jugak akhirnya PERDANA STREET FOOD 3.0 di Hotel Perdana Kota Bharu , Kelantan.



Tahun lepas tak sempat. Tahun ni , tak kira dah.. Banjir ke tak banjir ke.. aku nak redah gak gi merasa! Mana aci tengok gambar kawan kawan post je kan ? Kali ni nak rasa sendiri keenakkan masakan tempatan.

Aku tak terbayang camana dia punya 'street food' dan camana susun atur mereka. Bila sampai je kat hotel , aku disambut oleh sahabat aku , Eh Chiau.  Wah.... susun atur mereka memang selesakan mata aku memandang. Terus aku dan keluarga aku , terasa kelaparan yang amat ! Bauan masakan menerjah lubang hidung tanpa ditapis ! Aduh... 


Apa lagi aku.. terus tengok apa yang sedap laa ! Tapi masalahnya semua sedap sedap mata memandang. Rasanya camana lak ? Bau dah power dah ! Boroi pon boroi laaa.. Redha jer laa. Takkan nak tengok dan amik bau je kan ? Hahahaha.. 

Cara mereka sistematik. Tak perlu nak berebut. Mula mula gi amik kertas order. Tandakan nak makan mana satu pastu gi kat kaunter tunjuk kertas tu. Mereka akan bagi kupon , selepas korang buat bayaran. Pastu sila la ke booth yang korang nak order tu.. Tu je ! Senang kan ? 


Aku kalau nak test makanan... aku test dua menda dulu. Kalau kat situ ada keow teow , aku nak makan tu dulu. Dan situ ada gak roti John ! Hahahaha.. Ok ,fineee ! Aku nak rasa dua dua tu. Kalau dua dua ni sedap , maka pasti semuanya sedap belaka kat sana ! 

Aku test dua dua ni.. 

Roti John

Keow Teow Kerang

Ok... sedap ! Jom serbu ! Hahahaha.. ikan bakar , cendol , pulut mangga , nasi ayam... dan macam macam lagi ada ! Aku keboroian malam ini. Tak pe la... setahun sekali boroi ! Eh... hahaha.. lantak laaa.. Alang alang kat Kelantan , makan je la. Balik KL nanti baru pikir nak sado semula.. heheee..

Ramen

Nasi lemak

Sambal petai Sotong

Nasi ayam ala carte

Ikan bakar

Ada banyak pilihan kat sini. Sampai tak tau nak makan apa sebab semuanya nampak sedap sedap belaka ! Tapi tak pe... Perdana Street Food 3.0 ni berakhir pada hujung bulan Disember ni. Masih ada peluang nak rasa semua makanan yang ada kat sini. Haahahha.. Oh ya , mula 6.30 petang dan kedai tutup , jam 10.30 malam. 

Untuk pertanyaan , boleh hubungi Hotel Perdana Kota Bharu.

* Thank you Bird ! 


11 ulasan:

  1. Semua nampak sedap...teruja lak nak ke KB

    BalasPadam
  2. Kud tiaw dia menggamit selera la..

    BalasPadam
  3. Rindunya makanan kat Hotel Perdana!!! Sedaaaaaappp

    BalasPadam
  4. Sedap pulak tgk keaw teaw kerang tu... Hihihi

    BalasPadam
  5. Makanan best².... Lepas tu konsep dia cam hari kantin sekolah pulak pakai² kupon ni... Hihihi..

    BalasPadam
  6. Ya Allah..dugaan apakah ini..da la tk lunch lg nii..huhuhu

    BalasPadam
  7. Comelnya dia makan... Fokus lak tu. Hehehe. Makanan juicy betul.

    BalasPadam
  8. Perghhh syoknya makan², semua menyelerakan!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009