Sementara nak berakal.

Sekejap masa berlalu... dah jadi terlalu rapat ! Bila bergaduh , aku pening. Bila bergabung , aku pening. Makin banyak akal. Si abang dah bijak 'memerintah'. Si adik menurut perintah. Sampai si abang bijak amik kesempatan..  Tapi tengok gak. Kena masa , adik punya malas... abang pon pening ! Hahahaa..

Kelmarin , bertolak balik dari Kelantan.. Dalam kereta , aku punya darah seolah memancut kuar dari lubang hidung dan anak tekak ! Aku rasa ramai je alami kes cam aku. Anak anak nak membesar.. gitulah perangai mereka. Nanti dah berakal , lain lak ceritanya.




Melayan aja si adik ni. Tapi aku rasa kalau dia dah bersekolah ni nanti... si adik akan jadi lebih garang. Lembut tu yer gak tapi garang.. cam mak dia. Si abang ? Hahahaha.. Yang merisaukan aku ialah si adik dia.. Hurmmm.. nampak dah kuat mengekor jer. 

Rasa cam nak antar je ke tadika si Zahra ni tapi mengenangkan yuran dia yang.. hurm... memang boleh buat daddy dia garu kepala. Hahahaa... bukan murah skang ni.. kan ? Aduh... Tak pe la. Duduk umah dulu la.. tolong daddy jaga adik dulu.

Sekejap je masa berlalu. Ingat , apa yang kita tunjuk pada mereka.. mereka akan 'pulangkan' pada kita nanti. Maka , berhati-hatilah.

9 ulasan:

  1. enjoy je tempoh besarkan anak-anak singkat sahaja.tetiba rindu dioarang kecik2

    BalasPadam
  2. Makin hensem laa qhaliff, zara pon comel ^^

    BalasPadam
  3. Amanah Allah paling berharga. Kejap je dah besar kan Ben

    BalasPadam
  4. Abang adik bergabung meletop...

    BalasPadam
  5. Hahaha dah lepas fasa ni
    Bertabahla ya en ben��

    BalasPadam
  6. Fasa gini memang indah bila di kenang... Pasti akan tersenyum simpul bila teringat gelagat anak² yang selalu buat mak pak naik angin! Hahaaa

    BalasPadam
  7. Saya pun akan jadi singa kalau dalam kereta, macam² perangai anak². Hahahaa!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.