Terkedu ! #PrayForMissyBlurkit

Terkejut aku baca status seorang kenalan blogger di Facebooknya. Tak percaya sama sekali ! Semalam je aku komen di statusnya..  komen melawak mengenai aktiviti lariannya pagi ni. Dan berita dia dan rakan lariannya dilanggar amat mengejutkan aku. Terus aku masuk ke FBnya dan dapati ramai rakan rakan termasuk blogger mendoakan agar dia cepat sembuh.. 

Evelyn Ang Loo yang juga seorang blogger, aku kenal pertama kalinya sewaktu gi trip ke Paris/Tolouse beberapa tahun lepas. Seorang rakan yang sangat sangat prihatin dan baik hati. Sesungguhnya itu trip ke luar negara pertama aku dan dia 'kawal' aku dengan cukup baik...

Dia selamatkan aku dari jadi mangsa seluk saku di kota Paris sewaktu nak naik bas dua tingkat tu.. Aku takkan lupakan kenangan tu sampai bila bila. Serius , aku sangat gugup ketika tu. Dikelilingi oleh budak budak perempuan yang minta aku menurunkan tandatangan sejurus nampak aku buka pouch beg aku. Pergh.. dia nampak ada yang dah masukkan tangan dalam pouch beg aku tu dan terus menjerit ! 




Aku cukup respek dengan semangat dia. Kat sana pon dia nak lari ! Hahaha.. dasat. Dan semangat dia tu , turun kat aku gak.. teringin nak jadi cam dia.. Tapi perut dah berat. Huhu.. tak mampu nak lari. Heeee... 

Evelyn dilanggar dari belakang dan mengalami keretakkan tulang tengkorak dan rahang serta pendarahan di dalam otak dan dihantar ke Hospital Sg.Buloh untuk pembedahan di km 14 perlumbaan Klang City International Marathon pagi tadi. Boleh baca di JomKitaLari.Com

Aku tahu , dia seorang yang kuat.. seorang pejuang. Semoga dia berjuang untuk kembali sedar dan seterusnya sihat seperti sebelum ini. Wake up , Evelyn ! Tak nak kehilangan blogger yang cukup berpendirian. Wang bukan segalanya ! Banyak aku belajar dari dia. 

6 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.