Ulang Tahun Pertama serta Majlis Makan Malam Amal Dan Penyampaian Sumbangan Pertubuhan Wanita ELIT



Sewaktu dijemput oleh 'orang kuat' Wanita ELIT ni , aku rasa cam.. segan jee nak penuhi jemputan tu ! ELIT kauuuu ! Mesti power-power ni. Tak setanding dengan aku. Segan laaa nanti ! Ditambah pulak dengan tema The Glamorous Of Batik ! Aku dengan pantasnya , jengok almari baju aku.. Adeh.. baju batik dah hilang ! Baju batik 10 tahun dulu. Aku dah bertahun tak pakai sejak 'bersara'.

Pikir punya pikir.. aku rasa bodoh gak kalau tak gi ! Walaupun aku tak la 'setanding' dengan mereka yang bakal datang tu nanti tapi peluang keemasan gini amatlah rugi untuk dilepaskan. Maklumlah, network depan mata tuuu.. terbentang luas ! 

Sebelum tu, aku buat kerja rumah skit.. Google dan cari apa tu Pertubuhan Wanita ELIT ? 


Pertubuhan Wanita ELIT ( Ekonomi. Legasi. Inovasi. Teknologi ) ditubuhkan pada tahun 2016 bertujuan menjadi platform kepada wanita untuk lebih berdaya saing , berilmu dan berterampilan berbekalkan prinsip jaringan tanpa sempadan. Mereka bukan saja berkemampuan dari segi kerjaya dan keusahawanan , tetapi wanita ini menjalinkan ukhwah dalam mencari rezeki halal serta menyumbang kepada pembangunan diri dan keluarga.

WE dipengerusikan oleh Datin Sri Hajah Nurzarina Serpan dan dibantu oleh Puan. Gienna Ali serta beberapa orang AJK yang berdedikasi dan bersemangat tinggi. Banyak aktiviti mereka sepanjang penubuhan WE ini . Satu pencapaian yang cemerlang bagi pertubuhan yang masih muda ini. Sasaran mereka memang besar dan sedang berusaha untuk mencapainya. 

Bagi yang berminat nak mengetahui lebih lanjut atau nak sertai Pertubuhan Wanita ELIT ni , bolehlah hubungi mereka di : 

PERTUBUHAN WANITA ELIT 
Alamat : No 46C,  Faber Plaza , Jalan Desa Bakti , Taman Desa 
Off Jalan Kelang Lama , 58100 Kuala Lumpur 
Faks : +603 7981 5722 
No Tel : + 6016 205 8970 / + 6019 272 6911 
Email : pertubuhanwanitaelit@gmail.com


Ok... Berbalik ke majlis ulang tahun Pertubuhan Wanita ELIT baru baru ni yang turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat , Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan ramai jemputan VVIP , termasuk aku yang bukan VVIP.. hehehe.. memang gempak abis laa ! Nasib baik aku jumpa baju batik aku warna oren tu.. Haahaha.. 


Suasana sebelum majlis bermula. Ada jualan di booth booth yang disediakan.

Macam biasa... ucapan dari Menteri , Presiden dan majlis dirasmikan. Kemudian acara acara yang dijalankan memang menarik... persembahan.. hiburan sepertinya nyanyian yang sesuai dengan majlis ni. Haaaa.. tak over gitu ! Cabutan bertuah pon ada. Hadiah dia batik bernilai RM5K gituuu ! 

Memang nampak lembut majlis ni. Takda la sampai kita pun terasa tertekan gitu. Maka , para hadirin pon enjoy git.. kan kan ? 




Satu usaha yang wajar dipuji. Moga Pertubuhan Wanita ELIT akan berada di tahap yang lebih gemilang selepas ni. Bagi mana mana usahawanita yang berminat nak sertai Pertubuhan Wanita ELIT ni ,boleh la hubungi mereka cepat yer. Banyak kelebihan dengarnya. Maka , boleh la selidik selidik sendiri yer. 

Kalau aku ni usahawanita , aku join ! Hehehehe.. Luaskan network orang kata... Moga berjaya yer. 

13 ulasan:

  1. Meriahnya majlis tapi mcm pelik je Abg Ben yg pergi. Apapun, no pengalaman baru utk Abg Ben

    BalasPadam
  2. Baru tahu ada pertubuhan macam ni. Thank you abg ben.

    BalasPadam
  3. Memang malam yang penuh glamer. Syabas dan tahniah pada Pertubuhan Wanita Elit atas sambutan ulangtahun pertama mereka yg penuh gilang gemilang.. Merasa jugak attend majlis gah mcm ni..

    BalasPadam
  4. Bagus yaaa ada pertubuhan gini. Moga terus sukses usahawanita !!

    BalasPadam
  5. Nanti bila dah jadi usahawanita semula, nak joinlah..dulu tak tau

    BalasPadam
  6. Ada persatuan begini. At least membantu dan memberi sokongan pada ahli. Hebat!

    BalasPadam
  7. Wow..rm5k batik hadiah cabutan bertuah..bagus juga ada pertubuhan macam ni..

    BalasPadam
  8. Wahhh wanita elit, mesti semua usahawan hebat!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009