Ahad, 1 Januari 2017

Pencapaian blog BENASHAARI.COM sepanjang zaman !

 

Eceh.. sepanjang zaman la sangat.. Hahahaa.. Nampaknya tahun 2016 adalah tahun yang mencabar bagi aku. Membesarkan 2 orang anak serta penambahan seorang lagi di hujung hujung tahun memang sangat memberikan kesabaran buat aku. Nak update blog , bukan mudah di kala ini ! Antara anak atau blog ??

Hurm.. Alhamdulillah , walaupun kelihatan seperti menurun tapi sebenarnya aku berbangga sangat kerana entri di blog aku tidak lagi melibatkan kontroversi kontroversi yang mampu mengundang dosa gitu berbanding satu tika dulu , aku terikut-ikut rentak dan gaya mereka yang mengejar trafik !

Dan dulu , sehari aku post lebih dari 10 entri. Sekarang , sehari 2 entri jer. Kena tumpu pada anak-anak gitu. Nak update blog di malam hari pun , minda dah penat. Kena rehat dulu baru leh update.

Jom tengok hasil tahun 2016.

image

Dan tahun tahun sebelum , bermula dari tahun 2012.

image

image

image

image

Tahun ni , aku sekadar nak maintain tapi nak perbaiki kekurangan yang sedia ada. Nak mantapkan lagi dari segi penulisan dan pengisian. InshaAllah.

Yang penting , aku dah ada pembaca setia.. setiap hari akan membaca tanpa jemu ! Terima kasih pada mereka yang menyokong aku dari dulu hingga sekarang !

Petrol naik 20 sen tapi aku tetap tenang !

 

Tenang giler ! Apa jua alasan diorang , segalanya dah dibaca. Memberi alasan itu sememangnya kerjaya agung mereka. Aku sebagai rakyat jelata yang hanya berkuasa ketika hari mengundi , tak mampu nak berkata apa. Nak ‘sound’ kat media sosial , kena tangkap. Dah tu ??

Tadi aku isi petrol. Baki di meter dashboard menunjukkan ada lagi satu setengah suku. Esok , nak keluar lagi.. cari barang keperluan rumah dan sekolah anak. Maka kena isi la tangki tuu..

Petrol masuk ke dalam tangki. Berdebar aku melihatnya. Akhirnya berhenti di angka hampir mencecah RM50 ! Fuhhh.. Giler laaa wehh ! Baru sehari di tahun 2017 ! Hahahahaha.. Seperti yang dijangka pakar pakar ekonomi media sosial yang mana tahun 2017 ini mencabar dan tercabar. Kecuali pakar ekonomi yang terpilih je bagitau 2017 tahun bakal menjadi tahun gemilang buat kita semua disebabkan pencapaian 2016 yang sangat memberangsangkan ! Huhuhu.. celah mana pon aku tak tau laaa..

image

Aku ada 3 orang anak. Seorang bakal bersekolah 3hb nanti. Nak hantar dia g sekolah , guna minyak. Nak amik pon begitu juga. Kos sara hidup aku bertambah. Nampaknya , kena kerja keras lebih lagi tahun ni..

Hati ini mencaci maki di dalam entri ini tapi rasanya.. tak payahlah. Memadai jer berdoa pada Allah.

Hari 2 : De Rhu Beach Resort , Kuantan.

 

Tak banyak aktiviti aku hari ini selain dari makan dan workout ! Hehehe.. Nak mandi kolam , hujan sepanjang hari ditambah dengan anak anak tak nak gi mandi kolam  ! Arghhh.. stress gue dibuatnya. Puas pujuk , tak nak turun ! Nak lepak dalam bilik. Best katanya. Huhhh…

Tapi yang menariknya ialah gym di De Rhu Resort ni yang mengujakan aku. Sekurang-kurangnya , lepas makan sedap sedap di sini , aku boleh bakar semula kalori serta lemak lemak yang masuk ke tubuh badan.. hahahha… tu pemikiran amatur cam aku la ! Heee..

Gym best ! Puashati aku.

image

image

Dapat la gak mengeluarkan peluh jantan aku.. hehehehe.. Lega rasanya… Heeee…

image

Dan pastu , masuk balik makanan ! Hahahaha.. Makan malam yang sekali lagi tidak menghampakan ! Masakan dari chef yang berpengalaman , membuatkan aku tidak menyesal melanggar pantang diet aku ! Hahahaha.. Sedap woiii !

image

image

image

Ayam , lamb dan salad ! Lengkap ! Haahahaha… Masa untuk tidur ! Baca dulu entri Hari 1 : Ke De Rhu Beach Resort , Kuantan. ni bagi mereka yang belum baca..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI