Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 9 Januari 2017

Minggu ke 2 , Qhaliff ke tadika.

 

Dua hari cuti. Cuti hujung minggu. Jumaat sebelum bercuti , dia ke tadika tanpa tumpahkan setitis air mata tapi sebelum dia masuk ke dalam tadika , ada dia lafazkan sesuatu pada aku.

“ Daddy tak payah balik la.. “ .

Aku ketawa. Aku gosok kepala dia dan dia berjalan masuk ke dalam. Disambut oleh gurunya yang peramah. Alhamdulillah.. Dan cuti menjelma. Satu kenikmatan buat mereka yang bekerja serta belajar , kan ? Heheheee..

Apakah rahsianya yang membuatkan Qhaliff tak menangis ? Aku kasi dia milo kotak dan roti setiap pagi sebelum keluar rumah. Dengan perut kosong , mana mana budak akan buat karenah punya ! Sapa nak gi kelas dengan perut kosong kan ? Hehehee..

image

2 hari bercuti.. Isnin menjelma. Malam sebelum tu , ada aku tanya dia..

“ Esok sekolah tau.. “. Aku nanti jawapan dia.. Dan dia senyum jer. Aik ? Dah redha ke ? Huhu.. lega aku. Takda dah drama di pagi hari. Cuma dia perlu tidur awal untuk elak mengantuk di pagi hari. Kul 10 kena tidur dah !

Awal pagi.. tugas aku ialah mandi serta siapkan dia. Manakala wife akan masak sarapan serta makan tengahari. Nak mandikan Qhaliff , tak susah.. Dukung terus ke bilik air. Dan dia akan buka mata sejurus aku letakkan dia.

Dan pagi tadi , wife antar dia gi kelas. Menurut wife , sampai je depan tadika tu , dia disambut oleh seorang pelajar perempuan. Waduhhh.. ceria kata wife. Hahahaha.. Dan automatik dia sendiri yang buka kasut , letakkan di rak dan masuk ke dalam. Amboi… depan awek berlakon kaw kaw gitu.. Perangai sapa la dia ikut nehh !

Jam 4 petang , aku amik dia di tadika. Aku intai dia. Ok je dia. Semua pelajar sedang berehat. Ceria bila nampak aku. Dalam kereta , lena ! Huhuhu.. Sian , penat.. Aku sekolah dulu pun setengah hari.. budak budak sekarang , serupa macam gi kerja !

Masalah timbul dah ! Dia dah tidur petang.. malam berjaga lak ! Huhhh..

Muhammad Aariz Iman , 4 bulan sudah dia !

 

image

Hari ni dia kena pergi buat pemeriksaan berkala di Klinik Kesihatan. Fuh , kejap je 4 bulan. Patut la pelik je perangai dia. Dah boleh meniarap.. air liur melimpah keluar tanda gigi nak  tumbuh dan banyak membebel ! Paling tak leh tahan , kuat senyum… cam daddy dia.. manis gitu ! Kan kan ?

Aariz.. masuk 4 bulan ni memang banyak sungguh la karenah dia. Kalau letak dalam buaian , dia punya meronta nak keluar ..cukup menakutkan tul ! Tapi kalau keluarkan dari situ , dia tak nak duduk bawah. Nak didukung jer ! Adeh.. nak kena pakai gendong tu la jawabnya aku. Cer bayangkan aku pakai..

image

Hurm.. kacak gak kan ? Nak beli la.. tapi kat mana ada jual ? Adehh.

Ok..berbalik pada Aariz.. dia dah masuk 4 bulan. Berat 7.5kg. Tinggi dia 7cm ++. Lain lain , normal. Takda masalah. Alhamdulillah.. Ceria sokmo.. Ni aku tengah update blog pon leh dengar suara dia dalam bilik tu dengan wife.. dok teriak. Giliran wife jaga lak dan aku , buat kerja !

Hurm… syukur pada Allah dikurniakan anak anak yang sihat dan cerdik. Kacak cam apak dia gak kan ?

Susu Kambing I-Sihat : Terbaik untuk Zahra Nur Iman dan aku jugak !

 

Daddy , nak susu botol.. “. Pinta Zahra.

Aku garu kepala ! Ini botol ke 3 untuk malam ni. Nasib baik bukan susu lembu yang biasa aku beri sebelum ni. Bukan apa , susu biasa tu dia dah tak lalu sangat nak minum. Mesti tak abis punya.

Sejak aku beri dia susu kambing berperisa coklat dari jenama I-Sihat , dia asyik mintak jer nak susu. Secara jujurnya aku kata , aku sempat minum beberapa kali je dan selebihnya , terpaksa aku jimatkan untuk Zahra.

Qhaliff memang sejak declare dirinya dah besar , susu botol dia dah memang jarang sangat nak minum. Sehari sekali dua jer. Tu pun aku bagi susu yang biasa dia minum… bukan yang susu kambing ni sebab aku simpan untuk Zahra jer. Tunggu aku order lagi , baru boleh minum beramai ramai. Huhuhuh..

image

Manis ? Tak ! Kandungan gula di dalam susu kambung I-Sihat ni tak tinggi dan sememangnya sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas yang mana si ibu tak dapat berikan susu ibu pada bayi mereka tapi tak nak kasi susu lembu !

Apakah keistimewaan Susu Kambing I-Sihat ni ? Selain dari punya perisa Vachoc , korang ada pilihan untuk perisa asli ! Ianya adalah produk milikan penuh orang Islam dan Bumiputera yang mana produk ini  direvoluasikan di tahap citarasa VVIP bertaraf antarabangsa serta dirumuskan secara saintifik.

Yang aku dan Zahra minum ialah VACHOC PLUS 10 yang merupakan susu kambing diadunkan bersama campuran 10 ekstrak semulajadi dengan adunan ekstrak Vanila dan Coklat yang memberi rasa gabungan yang sangat sedap ! 

Susu kambing ini diimport dari Holland dan diadunkan bersama campuran sepuluh bahan makanan sunnah iaitu kurma , kismis , safron , delima , habbatusauda , badam , zaiton , buah tin , manna dan ditambah nilai dengan gingikobiloba. Campuran ni menghasilkan rasa yang enak disamping mempunyai kandungan kandungan zat serta vitamiin yang diperlukan tubuh badan.

image

Bau hamis ? Nopeee.. tiada sama sekali ! Punya sijil Halal lagi serta diuji secara saintifik.. selamat untuk dinikmati oleh seisi keluarga gitu !

Dan malam tadi , aku garu kepala.. stok abis ! Kena beli 2-3 kotak ni untuk stok di hari mendatang ! Kalau tak , memang dia akan mencari punya nanti.

Sedap ok !

image

Apakah kelebihan susu kambing ni ??

  • Menambahkan tenaga dan stamina tubuh badan
  • Meningkatkan daya ketahanan badan (imunisasi) dan fungsi tulang , gigi , otot , sel kulit serta saraf
  • Meningkatkan daya ingatan , kepekaan dan kecerdasan minda.
  • Mudah hadam serta bersifat alkali.
  • Menjana lebih banyak susu ibu yang berkualiti
  • Membantu masalah kulit dan membuatkan kulit lebih cantik , cerah serta sihat.
  • Mencegah anak dari demam kuning , ekzema , sembelit dan pembentukan lendir.
  • Membantu kesuburan pasangan yang telah berkahwin
  • Membantu penyerapan kolestrol dan sistem pernafasan
  • Membantu pengidap penyakit seperti gastrik , ulser perut , insomnia , obesiti , menopous , kolestrol berlebihan , sakit sendi , tulang rapuh , demam selsema , kencing manis , jantung dan banyak lagi..

I-Sihat sesuai untuk siapa ?

  • Bayi 6 bulan ke atas dan kanak-kanak
  • Pelajar sekolah dan universiti
  • Dewasa dan warga emas
  • Wanita mengandung dan menyusu anak
  • Pasangan ikhtiar hamil
  • Mereka yang utamakan kesihatan

Ok.. khas untuk aku dan wife ! Ni Zahra mampu tengok dari jauh je la yer.. Heeee..

Premium Berry , minuman kolagen dengan 15 bahan aktif semulajadi dan terpilih dari seluruh dunia !

image

Kenapa perlu amalkan Premium Berry ?

  • Kandungan vitamin C membantuk mencantikkan wajah dan meningkatkan ketahanan tubuh. Kulit berseri seri dan awesome.
  • Kolagen membantu memperbaiki masalah kulit dan rambut serta menambahkan keanjalan kulit dan bertindak sebagai anti penuaan.
  • Melatonin yang tinggi dari ekstrak sakira membantu dalam memultihkan dan melembabkan kulit serta merawat kulit kusam.
  • Ekstak applephenon membantu mengurangkan pigmentasi kulit , mencerahkan kulit dan anti penuaan serta mengurangkan paras kolestrol.
  • Astaxanthin yang terkandung membantu ketahanan kulit dan kesan sinaran UV selain dapat merawat ekzema dan dermatitis serta bersifat anti fungal.
  • Diperkaya dengan bahan bahan semulajadi demi kebaikan tubuh badan dan kesihatan.

Berminat nak beli ? Nak jadi agen pon boleh !

image

Sila Hubungi :

Careline : 019 2020 911

Web : www.isihat.com.my

Facebook : I-sihat Susu Kambing HQ

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI