Rabu, 11 Januari 2017

Mencuba Genki Pants setelah kecewa dengan yang lain !

 

image

Kenapa aku pilih yang ni ? Sebab aku ternampak JAPAN TECHONOLGY ! Apakah kelebihannya ? Aku tak pasti dan harganya pon lebih mahal dari yang lain.

Aku dah cuba pelbagai jenis dan kerap bocor ! Tak puashati tul aku. Tapi aku tak nak kata tak bagus pon produk tu. Mungkin air buangan tu banyak sangat lebih lagi bila Zahra demam. Kerap minum air.

Aku beli satu pek. Balik , siapkan Zahra dan pakaikan dia. Masa aku pegang lampin pakai buang ni, terasa kelainan skit. Agak lembut. Dan nak pakaikan pada Zahra pun takda masalah. Dia pon nampak selesa jer.

image

image

Buatan mana ? Masih lagi buatan Malaysia. Cuma teknologi digunakan dari luar jer..

Apakah bagus ??

image

Lom tau lagi.. heee.. baru try. Kalau bagus , aku pun nak pakai !

Qhaliff ponteng buat pertama kalinya !

 

“ Qhaliff.. bangun… “. Dia tidur lewat malam tadi. Ikut aku gi Alamanda dan makan aiskrim Baskin Robin. Gula terlebih maka malamnya bermain dulu dengan adiknya yang demam tu.. Zahra , dah 2 hari demam akibat tonsil. Kalau dia makan bukan bukan , dapat la sakit tu.. Qhaliff pon gitu gak !

Takda masalah nak bangun dah Qhaliff. Nak gi tadika pon ok je dia. Tak meroyan dah. Cuma hari ni aku pulak yang meroyan. Badan rasa tak sedap sangat. Tak bermaya. Zahra pulak demam. Bila dia demam , aku kena dukung dia. Bila aku dukung dia… Aariz sapa nak dukung ? Wife tak leh cuti sebab ada kerja luar ! Boss nak dia datang. Hurmm.. Terpaksa.

“ Qhaliff teman abang je la ari ni. Boleh gak dia tolong tengokkan Zahra. Zahra pon ada kawan nak lepak baring kat depan tu. “. Wife setuju.

Aku bagitau dia.. seronok la dia ! Terus gi depan dan pasang tv. Mintak roti dan milo kotak dia. Perfect ! Aku ngan Aariz dalam bilik. Tidurkann dia. Zahra yang demam , terus ceria. Bermain dengan abang dia..

Tengahari.. Badan Zahra panas. Aku check suhu badan Zahra. Panas !

image

Qhaliff tengokkan Aariz. Kasi susu sambil mata tengok tv. Huhhh.. tak kisah la.. asalkan membantu aku. Tak tidur petang pon dia. Aku roger wife. Ajak gi klinik untuk check Zahra. Dan wife balik awal skit dan nasib baik Qhaliff tak sekolah hari ni. Cepat skit sampai. Kalau tak kena gi amik dia dulu..

Hurmm… Aku jadi lembik semacam 2-3 hari ni. Petang , aku paksa diri gi jogging dan gym. Di gym , aku pekena air 100 Plus. Zasssss ! Tenaga rasa cam baru direcharge ! Aku minum sebotol lagi ! Terus hilang rasa lemah badan. Hurmm..patut la ! Aku kurang gula rupanya.

Balik rumah , Zahra macam dah ok skit. Panas la skit. Dah kasi ubat antibiotik dan ubat demam. Tengok camana keadaan dia esok. Harap dah ok sebab aku ada kerja esok. Abang dia pon kena gi sekolah. Tidur awal malam ni dia.. Huhuh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI